Kisah Seram Pelesit; Belalang Pembawa Sihir


Kisah Seram Pelesit; Belalang Pembawa Sihir | Cerita seram tentang ilmu hitam dan ilmu sihir sering kali kedengaran . Bukan sahaja menggunakan bomoh sebagai perantara, malah sihir juga boleh dimasukkan ke dalam badan haiwan sebagai 'pembawa'. Antara haiwan yang sering digunakan ialah katak, lalat, dan yang paling popular ialah belalang yang dikenali sebagai 'Pelesit'.

Penggunaan belalang ini disebabkan ukurannya yang kecil dan tidak menimbulkan ketakutan pada orang lain, sehingga mangsa tidak mencurigai kehadiran pelesit yang membawa racun atau santau. Menurut cerita, penampilan pelesit adalah sebagai seorang tua yang sangat buruk rupa dengan rambut putih panjang.


Ia menumpang di atas tubuh belalang hijau sebagai tunggangannya. Untuk mengenali belalang pelesit, lihatlah tanda merah di atas kepalanya. Jika kepalanya dicabut, akan terlihat untaian rambut yang halus. Kalau ada jumpa pelesit ni, jangan sesekali cuba untuk menyentuhnya dengan tangan. Gunakan penyapu atau kayu untuk memukulnya, atau alihkan dan bakar pelesit sebagai cara yang paling mudah.

Hantu Pelesit dikatakan sering kali dipelihara oleh wanita sebagai pengasih atau untuk meningkatkan daya pemikat. Hantu ini berusaha untuk membuat tuannya disukai oleh banyak orang. Kononnya, Pelesit ni akan dipelihara dengan menyimpan dalam botol kecil dan diberi makan dengan titis darah dari jari tuannya setiap kali bulan purnama.

Pelesit sangat menjaga hati tuannya, dan dikatakan bahwa jika ada seseorang yang menyakiti hati tuannya, termasuk suami atau saudara tuannya sendiri, mangsa akan diserang dengan racun atau santau. Kadang-kadang serangan pelesit terjadi tanpa pengetahuan tuannya. Serangan pelesit akan meninggalkan bekas lebam berbentuk tiga titik di bagian bawah paha, belakang bahu, dan betis.

@projektravel Mitos, momokan atau realiti?? Dulu dulu, kalau terdengar bunyi belalang di tengah malam amat menakutkan. Orang tua dulu kata, belalang tu bawa #pelesit kepunyaan orang yang bela hantu #saka. Disclaimers: Setiap imej di dalam video ini adalah terhasil dari AI #midjourney dan hanya sekadar imaginasi pencerita sahaja. Setiap watak, tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. #BelalangPelesit #Hantu #Ghost #GhostStory #CeritaSeram #Spooky #Scary ♬ Horror atmosphere piano & SE. - Kohrogi

Harus diingat, belalang pelesit tidak bersalah, yang bersalah adalah manusia yang melakukan syirik kepada Allah dengan menjadikan makhluk ciptaan Allah sebagai medium sihir (transporter). Jadi, kesimpulannya kena pandai jaga perasaan hati orang lain, jangan sampai terkena serangan Pelesit yang seram tu!

Post a Comment

0 Comments