Pengalaman Tonton Filem Duan Nago Bogho di Kelantan

Tonton Filem Duan Nago Bogho di Kelantan

Baru-baru ni saya dan beberapa rakan telah berpeluang menonton tayangan ekslusif Filem Duan Nago Bogho yang telah di tayangkan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan, Kota Bharu.

Tonton Filem Duan Nago Bogho di Kelantan

Ini merupakan tayangan awal filem ini khas untuk rakyat Kelantan sebelum tayangan rasmi nya bermula 19 Jan 2023 dan sebagai tanda rasa terima kasih Sabri Yunus kepada seluruh rakyat Kelantan diatas sokongan di atas hasil kerja-kerja beliau.


Review Filem Duan Nago Bogho

Untuk pengetahuan korang, 'Nago Bogho' bermaksud ular tedung selar dan tajuk ini dipilih bagi menggambarkan perwatakan watak utama filem ini iaitu Duan. Filem arahan Sabri Yunus ni menggunakan dialek bahasa Kelantan sebanyak 80 peratus di dalam keseluruhan penceritaannya. 

Namun, korang tak perlu risau kerana filem ini ada menyediakan sarikata bahasa Melayu untuk memudahkan penonton yang bukan berasal dari Kelantan untuk memahami setiap tutur kata para pelakon di dalam filem ini.

Filem ini menampilkan pelakon Asrul Faizal selaku teraju utama. Selain itu, ia turut menampilkan barisan pelakon hebat berbagai kaum seperti Datuk Rosyam Nor, Jojo Goh dan Sangeeta Krishnasamy, Sabri Yunus, Saidi Sabri, Hushairi Husain, Dr. Lim Swee Tin, Angeline Tan, Jason Chong, Issey Fadzlisham, Yank Kassim, Arjunasukma, Zamzuriah Zahari, Pokku Redang dan ramai lagi.


Apa yang saya boleh katakan, Filem Duan Nago Bogho ni merupakan sebuah filem yang penuh aksi berwajah Malaysia yang berjaya menampilkan etnik yang pelbagai serta seni budaya Malaysia iaitu Mak Yong dengan cukup menarik.

Bagi korang yang masih belum tonton filem ini, korang bolehlah ke panggung wayang berdekatan dengan segera. Selamat menonton dan jangan lupa kongsikan artikel ini di sosial media kalian untuk manfaat bersama. Wassalam.

Post a Comment

0 Comments