7 Hal Menarik Dekat Karnival Jom Cuti-Cuti Malaysia 2022 Di AEON Mall Kota Bharu Kelantan


Menarik Dekat Karnival Jom Cuti-Cuti Malaysia 2022 Di AEON Mall Kota Bharu Kelantan | Pada 23-25 September 2022 yang lalu Tourism Malaysia dengan kerjasama 24 pengiat pelancongan domestik (Kelantan & sekitar semenanjung Malaysia) telah mengadakan program pameran dan jualan Jom Cuti-Cuti Malaysia Roadshow di AEON Mall Kota Bharu, Kelantan.


Karnival ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YBrs. En Iskandar Mirza Mohd Yusof, Pengarah Kanan Bahagian Domestik & Acara pada hari ke-2 berlansungnya karnival ini iaitu pada 24 September 2022 di pentas utama karnival yang terletak di center court AEON Mall Kota Bharu.

1# 24 Pengiat Pelancongan Tempatan 


Pameran dan jualan Jom Cuti-Cuti Malaysia 2022 ini disertai oleh 24 pengiat pelancongan tempatan seperti sekitar Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Johor dengan menawarkan berpuluh pakej menarik khas untuk pengunjung yang datang.

2# Persembahan Kebudayaan


Persembahan nyanyian rakyat dan tarian kebudayaan yang cukup menarik dan bertenaga dari Kumpulan Kesenian JKKN Kelantan.

3#Penampilan Khas Aiman Kecek Kelate


Penampilah selebriti Aiman Kecek Kelate, yang mana pernah tular satu ketika dulu dengan video beliau dan kawan-kawan mat saleh dia di UK bercakap bahasa Kelantan. Aiman merupakan seorang anak muda berdarah Kelantan (ayah) campuran Britis (Ibu) membesar di UK dan kini menetap di Kuala Lumpur .

4# Belon Percuma Untuk Kanak-Kanak


Kanak-kanak yang datang dengan ibu bapa juga akan diberikan belon Tourism Malaysia secara percuma.

5# Cabutan Bertuah


Dengan syarat mudah iaitu like, follow or subscribe mana-mana social media Tourism Malaysia. Pengunjung layak untuk masuk "lucky draw". Cabutan bertuah dengan hadiah menarik seperti pakej penginapan dan percutian dari vendor yang terliba. Tiga (3) kali setiap hari sepanjang tempoh roadshow berlansung.

6# Tawaran Promosi Pakej Sehingga 70%

@projektravel Har8a Sal3 50-70% untuk penginapan di #BayouLagoon, #Melaka. Tawaran hanya berlansung di Karnival #JomCutiCutiMalaysia2022 yang sedang berlansung di Aeon Mall, #KotaBharu dari 23-25 September 2022. #Travel #CutiSekolah #Kelantan ♬ original sound - projektravel

Pelbagai tawaran menarik pakej percutian dan penginapan yang mana ada promosi sehingga 70% khas untuk mereka yang datang di booth mereka.

7# Hadiah Exclusive Dengan Pembelian Pakej Min RM100


Dengan pembelian apa-apa pakej dari mana-mana vendor dengan minimum harga RM100 di roadshow tersebut, mereka layak untuk mendapat hadiah exclusive dari kaunter Tourism Malaysia.

Macamana, menarik bukan? Diharap pihak Tourism Malaysia dapat berkunjung lagi ke Kelantan pada masa akan datang dengan karnival-karnival sebegini.

Bagi saya, ini adalah salah satu usaha yang sangat baik dari pihak kerajaan selepas menjelangnya fasa endemik Covid-19, untuk membantu pengiat pelancongan mempromosikan pakej terkini dan secara tak lansung dapat memulihkan semula industri pelancongan di negara ini.


Jangan lupa untuk hadir ke Karnival Jom Cuti-Cuti Malaysia 2022 seterusnya yang akan berlansung di AEON Mall Tebrau City di Johor Bahru pada 7-9 Oktober 2022.

Post a Comment

18 Comments

  1. Oh wowo.... that's really a happening event by TM, sure all visitors grab some good travel deals. I'm looking forward to the next one in Klang Valley so I can plan my year end cuti cuti Malaysia holidays then. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  2. Bestnya ada macam2 promosi cuti-cuti Malaysia ni. Harap boleh buat karnival ni dekat Aeon lagi next time. Senang nak pergi serbu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya diorang baru lepas di Tebrau, n x silap next ke Melaka

      Delete
  3. menariknyaaa suka betul event macam ni. banyak aktiviti yang boleh kota sertai

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu. disamping tu banyak jugak tawaran pakej percutian best2

      Delete
  4. Meriah la event macam ni! Siap boleh dapat tawaran sampai 70%! Kena pergi la, jimat banyak ni 🙏🏻

    ReplyDelete
  5. Karnival Jom Cuti-Cuti Malaysia ni memang best dengan tawaran pakej percutian direct dari pengusaha pelancongan. Tempat-tempat menarik, pengangkutan, tiket masuk cable cae, zoo, hotel, resort dan lain-lain senang akak nak deals. Tak sabar kat KL punya pula. Buat banyak kali pun takpe. Sebab bajet nak bercuti biasanya keluar bila nak dekat cuti sekolah. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe. btw diorg dh buat kt AEON Shah Alam x silap. n next ke Melaka untuk penutup tahun 2022

      Delete
  6. Wow seronok ni kalau pergi karnival ni dgn family! Siap free balloon!

    ReplyDelete
  7. Wah this Cuti Cuti Malaysia Carnival is so meriah and so many promos

    ReplyDelete
  8. Wow this Cuti Cuti Malaysia Carnival in Kota Bahru is so meriah and so many promos going on

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. meriah sangat. paling best tawaran pakej percutian yg diorg buat.

      Delete
  9. Ingatkan kalau buat luar KL tak meriah sangat, rupanya sama meriah je sambutan kat sana. Hope deorang akan buat lagi.

    ReplyDelete
  10. Meriahnya.. kita tunggu pulak sampai ke JB nanti.. yehaaaa

    ReplyDelete