Senarai Ucapan & Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022


Apabila tibanya Hari Raya Aidilfitri, setiap orang pastinya akan menggunakan kesempatan ini dengan menyampaikan ucapan memohon maaf mahupun ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga dan kenalan mereka.

Jadi, untuk artikel kalini saya akan kongsikan beberapa Koleksi Ucapan & Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama insan dalam menyambut hari raya dengan penuh kemeriahan, kesyukuran dan keikhlasan.

Teks ucapan ringkas Selamat Hari Raya Aidilfitri ini sesuai untuk mereka yang mahu dedikasikan melalui sistem aplikasi komunikasi WhatsApp atau di Facebook, Twitter dan Instagram mahupun di laman jaringan sosial yang lain.

-----------------------------------------------------------------------

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

تقبل الله منا ومنكم
Taqabbalallahu minna wa minkum Wa ja'alana minal 'aidin wal faizin
[Semoga Allah menerima (puasa) kita & menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) & termasuk orang2 yang mendapatkan kemenangan]

كل عام وانتم بخير
Kullu ‘am wa antum bi khair
[Semoga beroleh kebaikan sepanjang tahun]

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443H
Maaf Zahir & Batin
-----------------------------------------------------------------------

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin dari kami sekeluarga.
Maaf andai tersalah berbicara
Dengan ini rendah diri ku memohon maaf dari kalian semua.

-----------------------------------------------------------------------

Selamat menyambut Ramadhan 1443H.
Saya pohon maaf jika ada kesalahan & kekhilafan.🙏 
Semoga Ramadhan ini memberikan keberkatan yang lebih dari tahun lalu.
Semoga segala amalan diterima Allah dan segala urusan dipermudahkanNya. Amin

-----------------------------------------------------------------------

Dalam GURAU ada terkata,
Dalam BICARA terkasar bahasa,
Dalam TINDAKAN terguris rasa,
Dalam HIDUP ✗ada yg ✗buat dosa..
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Whatsapp dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri.
* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
• ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya!★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * Π__。˚
˚ ˛ •˛•˚ */__/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI LEADER KL & KELUARGA.

-----------------------------------------------------------------------

SALAM AIDILFITRI 1443H/2022M

Indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
WhatsApp dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal 1443H). 
Maaf Zahir & Batin.

-----------------------------------------------------------------------

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝟭𝟰𝟰𝟯𝗛.
،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
،صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ

Mohon maaf silap selama mengenali diri ini.

-----------------------------------------------------------------------

Kemeriahan suasana Aidilfitri yang kembali, disambut sebagai tanda kemenangan dengan penuh kesyukuran
Semoga kita mendapat ampunanNya dan kembali kepada fitrah.
سلامت هاري راي عيدالفطري
معاف ظاهير دان باطين
جعلنا الله وإياكم من العائدين والفائزين
كل عام و أنتم بخير
تقبل الله منا ومنكم
Tidak dilupakan, buat mereka muslimin muslimat yang telah pergi, semoga Allah mencucuri rahmat roh mereka dan ditempatkan kalangan yg mulia disisiNya.
Al-Fatihah

-----------------------------------------------------------------------

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, 
maaf zahir dan batin kepada Muslimin & Muslimat. 
Semoga Aidilfitri ini memberi makna yang tidak ternilai 
kepada kita semua dan dapat mengeratkan silaturahim antara kita. 
Manfaatkan raya ini bersama dengan insan yang tersayang. 
Selamat bercuti, jaga diri serta semoga selamat ke destinasi yang ditujui.

-----------------------------------------------------------------------

SALAM AIDILFITRI 1443H

Tangan dihulur maaf dipohon,
Tanda ikhlas mensucikan diri,
Salah dan silap harap diampun,
Semoga berbahagia di Aidilfitri.

Ingatan tulus ikhlas daripada saya.

Andai jemari tidak sempat berjabat,
Andai raga tidak dapat bertatap,
Seiring beduk yang menggema,
Seruan takbir yang berkumandang,
Kami aturkan salam menyambut hari raya Aidilfitri,
Jika ada kata serta khilaf kami membekas lara, mohon maaf zahir dan batin.

،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
.كُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
Semoga Allah menerima amal kita semua.
InsyaAllah. AAmiin.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

-----------------------------------------------------------------------

Sempena di hari yang mulia ini,
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Saya dengan rendah diri memohon maaf, 
mohon ampun kepada semua sekiranya ada silap dan salah saya 
yang mungkin tidak disedari selama perkenalan kita ini.

Semoga silaturahim di antara sesama kita ini sentiasa kukuh, 
maju dan kekal selamanya inshallah.
Akhir kata saya doakan semoga kita semua akan maju bersama, 
berjaya di dunia dan akhirat dan juga amalan kita sentiasa diterima dan 
mendapat rahmat dari Allah Swt. Amiin.

Selamat Bergembira bersama Keluarga tercinta!

-----------------------------------------------------------------------

Selamat Hari Raya Aidilfitri. 
Semoga raya kali ni membawa kemanisan yang terindah buat kita semua. 
Maaf Zahir dan Batin

-----------------------------------------------------------------------

Ja Alanallahu Wa Iyyakum Minal Aidzin Wal Faidzin..

Semoga Allah SWT Menjadikan Kami Dan Anda Sebagai Orang-Orang Yang Kembali Dan Beruntung.. Aamiin Ya Mujib..

Terbanglah Tinggi Hai Layang-Layang
Terputus Talinya Jatuh Di Hutan
Biar Berbudi Bak Hulubalang
Salam Di Hulur Tanda Ingatan

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Buat Semua Umat Islam.. 
Saya Menyusun Sepuluh Hari Memohon Maaf Zahir Dan Batin Atas Segala Salah Dan Silap.
Sungguh Kita Hanya Manusia Biasa..
Tiadalah Sempurna Akan Sifatnya.

-----------------------------------------------------------------------

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Dikesempatan Penghujung Bulan Ramadhan Yang Mulia Ini, Saya Sekeluarga Mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Dan Memohon Maaf Zahir Dan Batin
Seandainya Ada Terkasar Bahasa Atau Tersalah Perlakuan Selama Ini.
Semoga Allah SWT Memberkati & Merahmati Kita Didunia Dan Akhirat.‎

-----------------------------------------------------------------------

Taqabbalallahu minna wa minkum wa ja'alana minal 'aidin wal faizin.*
.
Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapatkan kemenangan.
.
" كل عام وانتم بخير"
.
Andai kata, ada silap bicara, salah mengatur bait-bait komen di media sosial sehingga menyakiti sesiapa, mohon maaf juga, ya!
.
SALAM AIDIL FITRI.
Mohon maaf zahir dan batin.

-----------------------------------------------------------------------


السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه

_Saya dan keluarga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun & maaf Kawan-kawanku atas segala dosa yang telah saya lakukan samada yang saya sedari atau tidak, dari tutur kata, teks, gambar, perbuatan serta teguran yang menyinggung perasaan semua samada dgn sengaja atau tidak sengaja. Moga ibadah sepanjang bulan ramadahan ini diberkati dan diterima Allah S.W.T insyaAllah._

*" Moga dipertemukan kita semua dengan Ramadhan yang akan datang "*
آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

*Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin*

-----------------------------------------------------------------------

*﷽*

*_Indah langit kerana awan,_*
*_Indah laut kerana kebiruan,_*
*_Indah Aidilfitri kerana kemaafan,_*

* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
• ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya!★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

-----------------------------------------------------------------------

Taqabbalallahu minna wamin kum
Semoga dikurniakan rezeki berjumpa lagi Ramadan akan datang,
Semoga semua amalan kita diterima sepanjang umur, didoakan agar segala dosa kita semua diampunkan samada yang masih hidup mahupun yang telah tiada
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir batin 

-----------------------------------------------------------------------

Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin...
May this auspicious festive brings abundance happiness & prosperity.May Allah bless you and your family with the best health always. Stay safe and stay happy always ♥️.

-----------------------------------------------------------------------
Eid Mubarak 
Taqaballahu minna wa minkum.

May Allah SWT accept our fasting, ibadah and make it a witness for us in the Hereafter.
May Allah bring peace and happiness to you, your family and loved ones!
Aamiin.. Allahuma Aamiin 🤲🏻

-----------------------------------------------------------------------

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443H

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa;
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun di pinta di hari mulia.

-----------------------------------------------------------------------

Pelita diletak di atas para,
Hendak dinyala di tepi perigi;
Wassap dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri

-----------------------------------------------------------------------

Cahaya Ramadhan berlalu pergi
Menyambut tibanya Aidilfitri;
Ampun dan maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.

-----------------------------------------------------------------------

Tersusun rapi sepuluh jari,
Bunga melur si bunga melati;
Ucapan dihantar pengganti diri,
Mohon maaf setulus hati.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin

-----------------------------------------------------------------------

Ramadhan barakah pasti dirindui,
Moga amalan diterima Ilahi;
Syawal menjelma sama dirai,
Dengan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri.”

-----------------------------------------------------------------------

Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri;
Ucapan dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak lupa dihati.

-----------------------------------------------------------------------

Takbir bergema menggegar jiwa 
Andai ada salah dan dosa
Mohon ampun dari kami di hari mulia
Salam Lebaran Minal Aidil Walfaizin

-----------------------------------------------------------------------


Semoga dengan adanya contoh Ucapan & Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri ini dapat membantu sedikit sebanyak korang untuk mengarang ucapan untuk didedikasikan kepada keluarga, kawan-kawan dan kenalan korang.

Post a Comment

0 Comments