Moreh Colek Di Hotel Grand Renai Kota Bharu


Apabila datangnya bulan Ramadan, sudah menjadi satu kemestian kepada masyarakat kita menikmati moreh selepas habis solat sunat Tarawih. Berbeza di negeri Kelantan, bulan Ramadan disini meriah dengan hidangan colek sebagai moreh selepas selesai solat sunat Tarawih.

Oleh sebab itu, juadah ni sangat mudah didapati, boleh dikatakan setiap kedai makan di negeri ini ada menyediakan hidangan ‘wajib’ ketika moreh itu yang secara tidak langsung membantu para peniaga menjana pendapatan tambahan.

Makanan tradisi masyarakat Kelantan ni boleh dikatakan seperti rojak dimana ia menggabungkan ayam, cucur udang, kerang sotong, ketam, perut lembu yang dipotong di dalam satu hidangan. Paling penting, colek dihidangkan bersama sos istimewa pedas manis yang membangkitkan selera.

COLEK merupakan suatu juadah yang biasanya dimakan selepas menunaikan solat sunat tarawih bagi masyarakat Pantai Timur terutamanya negeri Kelantan.

Oleh kerana permintaan yang sangat tinggi di bulan puasa, hotel-hotel di sekiitar negeri Kelantan juga turut menyediakan juadah Colek ni untuk hidangan moreh. Antara hotel yang sempat saya pergi dan nikmati colek ni adalah di The Grand Renai. Mereka ada menyediakan Colek yang eksklusif dengan harga berpatutan untuk tetamu.

Memandangkan kami berempat, kami memesan Colek Set A yang berharga RM80. Dalam set ni ada aneka colek cmpur seperti Ayam, Perut, Paru, Cucur, Popia Goreng, Keropok Lekor. Makan kat sini tak perlu risau, rasa sedap, kualiti dan kebersihan pun terjamin.

Sesuai sangat untuk korang datang moreh bersama keluarga, kawan-kawan ataupun business partnerkan. Tak perlu bersesak di kedai makan semata untuk moreh Colek. 


Set A RM80 – Boleh dinikmati seramai 4 hingga 5 orang

Aneka Colek Campur:
  • Ayam
  • Perut
  • Paru
  • Cucur
  • Popia Goreng
  • Keropok Lekor

Set B RM50 – Boleh dinikmati seramai 2 hingga 3 orang

Aneka Colek:
  • Keropok Lekor
  • Rojak Campur
  • Rojak Buah
Hidangan moreh ini tersedia dari jam 8.30 malam hingga 11.00 malam di Lobby Lounge dan Palm Terrace Café. Untuk tempahan 3 Tier Moreh yang elegan ini, anda boleh terus menghubungi mereka di talian 09 7462233 atau 013 922 4300 atau 012 961 6435 (Raja Ismail, Pengurus Restoran Palm Terrace Café)

Post a Comment

0 Comments