Lirik Lagu Raya Hael Husaini & Dolla : Suara Lebaran Kita

Lirik Lagu Raya Hael Husaini & Dolla 2022

Lirik Lagu Raya Hael Husaini & Dolla 2022: Suara Lebaran Kita | Tahun ini buat pertama kalinya  Hael Husaini tidak berseorangan mendendangkan lagu raya sebaliknya, dia ditemani kumpulan Dolla menerusi single raya istimewa berjudul Suara Lebaran Kita.

Menurut Hael, single Suara Lebaran Kita mempunyai ‘rasa’ yang moden, namun masih mengekalkan bunyi kemeriahan sambutan Aidilfitri. Lagu ini merupakan ciptaan bersama Hael dengan Ezra Kong dan dengan memasukkan elemen K-pop yang sememangnya sinonim dengan kumpulan Dolla.

Sebelum tu jom kita tonton Official Music Video Lagu Raya Hael Husaini & Dolla - Suara Lebaran Kita di Youtube.


Tajuk Lagu : Suara Lebaran Kita
Artis : Dolla dan Hael Husaini
Lirik : Hael Husaini, Ezra Kong
Komposer : Hael Husaini, Ezra Kong

(Hael Husaini)
Sedia satu dua tiga
Satu dua tiga
Yang ditunggu pun telah tiba
Hari telah tiba
Akhirnya terubat rindu
Akhirnya boleh bertemu
Hilangnya rasa pilu

(Dolla)
Sedia tiga dua satu
Tiga dua satu
Siap-siap kemas baju
Kita pulang dulu
Akhirnya melepas rindu
Akhirnya dapat bertemu
Hilangkan rasa sayu

Selamat Hari Ra-
Yah!
Ya-Hari Raya
Yah!
Suara lebaran kita

(Hael Husaini)
Oh tibanya raya
Dah berapa tahun tak pulang raya
Oh tibanya raya
Kali ini menyambut bersama

(Dolla)
Kasihan kami
Kasihan kami
Terlalu lama tak jumpa semua
Izinkan kami
Izinkan kami
Kali ini nak bersama keluarga

Raya raya selamat hari raya
Selamat hari raya
Tangan dihulur maaf yang dipinta
Maaf-maafkan ya
Hari yang kita nanti-nantikan
Hari yang penuh dengan senyuman
Sama-sama sambut lebaran
Ibu bapa saudara kawan
Riuh suasana kampung halaman

Selamat Hari Ra-
Yah!
Ya-Hari Raya
Yah!
Suara lebaran kita

(Hael Husaini)
Oh tibanya raya
Dah berapa tahun tak pulang raya
Oh tibanya raya
Kali ini menyambut bersama

(Dolla)
Kasihan kami
Kasihan kami
Terlalu lama tak jumpa semua
Izinkan kami
Izinkan kami
Kali ini nak bersama keluarga

(Hael Husaini & Dolla)
Oh tibanya raya
Dah berapa tahun tak pulang raya
Oh tibanya raya
Kali ini menyambut bersama

(Dolla)
Kasihan kami
Kasihan kami
Terlalu lama tak jumpa semua
Izinkan kami
Izinkan kami
Kali ini nak bersama keluarga

(Hael Husaini & Dolla)
Kasihan Kami
Kasihan Kami
Izinkan Kami
Kali Ini Nak Bersama Keluarga
Kali Ini Nak Bersama Keluarga

Amacam! best kan lagu raya terbaru Hael bersama kumpulan Dolla ni? Berbeza dengan lagu-lagu raya sedia ada, Suara Lebaran Kita menceritakan tentang perasaan orang ramai yang mendambakan kemeriahan sambutan Aidilfitri bersama keluarga dan teman-teman seperti sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia.

Post a Comment

1 Comments

  1. Fav kita ni wak. Dolla. Vass Music video dia lain dari yang lain ya

    ReplyDelete