Berikan Anak-Anak Perlindungan Terbaik Dengan Diffenz Junior



Dalam situasi sekarang dengan kes yang semakin meningkat, kita perlu berusaha dan berikhtiar untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga. Kita harus tahu bahawa kanak-kanak juga sangat memerlukan perlindungan yang sama seperti orang dewasa. Malah, mereka sebenarnya lebih lagi memerlukan perlindungan kerana sistem imun badan mereka yang masih lemah.

Apa agaknya persediaan kita untuk membawa keluarga terutama anak-anak untuk berada di tempat awam terutamanya ketika kes semakin meningkat sekarang ni?

Selain menyahut saranan kerajaan dalam program vaksin untuk kanak-kanak, sebagai tambahan, ibu ayah boleh berikan perlindungan extra kepada anak-anak dengan memberikan mereka Diffenz Junior sebagai suplemen tambahan.

uplemen tambahan Diffenz Junior

Untuk pengetahuan ibu ayah di luar sana, Diffenz Junior ni diformulasikan oleh Dr Syid Ayob. Ia mengandungi beberapa bahan utama yang terbaik seperti Kolostrum, Multivitamin, vitamin C dan D, Cendawan Susu Harimau dan Buah Camu-Camu. Gabungan dari bahan-bahan ini dapat menyokong tumbesaran dan sistem imun kanak-kanak.

Nutrisi Penting Dalam Diffenz Junior

Jom kita tengok dengan lebih detail fungsi dan kelebihan bahan-bahan yang ada dalam Diffenz Junior ni.


Kolostrum | Kolostrum adalah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia turut dikenali sebagai cecair emas dan amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor). Selain itu, ia juga dapat membantu kanak-kanak untuk:
  • meningkatkan sistem imun badan
  • melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan
  • kesan anti-mikrob dan anti-virus
  • melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit
  • menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat

Multivitamin dan mineral | Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu. Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum).

Masalah kekurangan nutrisi ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater. Multivitamin dan mineral ini dapat membantu kanak-kanak untuk:
  • melengkapkan keperluan nutrisi
  • menyokong penglihatan
  • merangsang sistem imun badan (immunomodulatory)
  • melindungi diri daripada jangkitan
  • membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak
  • membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf

Cendawan Susu Harimau (Lignosus Rhinocerus) | Cendawan ini diiktiraf sebagai “Harta Karun Negara” dan amat sukar didapati pada masa kini. Nilai cendawan ini sangat mahal kerana ia dikatakan hanya akan tumbuh daripada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan.

Cendawan jenis eksotik ini amat berkhasiat bagi menguatkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada jangkitan kuman dan virus. Uniknya cendawan susu harimau ini tak tumbuh secara berkelompok atau berjemaah macam cendawan lain tapi sebaliknya ia tumbuh secara sendirian.

Tempoh untuk cendawan ni membesar mengambil masa bertahun lamanya. Ia tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa dan sangat sukar diperolehi. Harganya juga boleh mencecah ribuan ringgit untuk setiap gram!


Pada tahun 2002, pelbagai kajian telah giat dijalankan apabila mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini.

Jadi, untuk memudahkan anda mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan, Eskayvie Diffenz Junior telah diformulasikan untuk memberikan kebaikan yang anda perlukan.

Kebaikan Cendawan Susu Harimau:
  • Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.
  • Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.
  • Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar.
  • Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.
  • Digunakan secara tradisional untuk merawat symptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.

Buah Camu - Camu (Myrciaria Dubia) | Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas. Banyak kajian mendapati ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren! Disebabkan khasiatnya yang melimpah ruah inilah maka buah camu-camu ini mendapat panggilan SUPERFOOD.

Superfood ini turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.

Antara kebaikan buah camu-camu adalah seperti berikut:
  • Menguatkan sistem imun
  • Antioksidan dan anti-radang
  • Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak
  • Menstabilkan tekanan darah tinggi
  • Merangsang penghasilan kolagen
  • Mengawal gula darah

Vitamin D | Jika dulu vitamin D sering diwar-warkan untuk fungsi tulang yang kuat. Namun, kini saintis giat mengkaji dan telah menemui 3000 reseptor vitamin D di dalam badan, menyebabkan ia bukan hanya penting untuk tulang tetapi untuk keseluruhan badan. Malah, ia sangat penting di musim pandemik ini kerana ia membantu meningkatkan lapisan saluran pernafasan.

Vitamin C | Vitamin ini dapat memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. Sudah tentu pengambilan vitamin C ini boleh bantu elak jangkitan virus ini dan mengurangkan kesan virus terhadap mereka yang dijangkiti.

Namun, badan tak mampu menghasilkan Vitamin C atau menyimpannya secara efisien kerana ia adalah vitamin larut air. Ia boleh didapati daripada pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayuran ataupun melalui makanan tambahan yang berasaskan vitamin C.

Bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat, pengambilan vitamin ini mestilah dalam jumlah yang mencukupi. Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.

Dengan gabungan bahan-bahan tersebut, Insyaallah ia dapat memberikan anak-anak perlindungan EXTRA.

TESTIMONI DIFFENZ JUNIOR


“Setiap bulan Putri perlukan bantuan nebulizer dan inhaler untuk bernafas dengan sempurna sehingga badan menjadi lemah dan muntah-muntah selepas itu”.

Itulah yang dialami oleh adik Putri (7 tahun) setiap kali berhadapan dengan serangan asma hampir dua tiga kali sebulan. Hati ibu mana yang sanggup melihat puteri kesayangannya menderita seperti itu. Badan menjadi lemah, tidak bermaya, lesu serta muntah-muntah sebaik sahaja selesai menerima rawatan untuk bantu pulihkan masalah pernafasannya.

Kasih ibu yang tidak pernah berputus asa sentiasa berikhtiar mencari apa jua penawar yang dikatakan boleh membantu mengurangkan masalah yang dihadapi anaknya itu.

Selepas diperkenalkan dan mengamalkan Diffenz Junior dalam tempoh 1 bulan, kesihatan adik Putri kelihatan bertambah baik. Lebih menggembirakan, dia tidak lagi memerlukan nebulizer ataupun inhaler sebagai alat bantuan pernafasan kerana sudah boleh bernafas seperti biasa. Malah, serangan asma juga semakin berkurangan.


Bagaimana Diffenz Junior boleh membantu tahap pernafasan menjadi lebih baik? Ia diformulasikan dengan Cendawan Susu Harimau dan buah Camu-camu yang bagus untuk melindungi paru-paru serta meningkatkan tahap sistem imun badan. Jadi, pernafasan adik Putri bertambah baik apabila paru-parunya lebih sihat dan bertenaga.

Sekiranya anak korang juga mengalami masalah serangan asma yang teruk seperti adik Putri ini, korang juga boleh cuba berikhtiar dengan Diffenz Junior. Lindungi paru-paru anak bersama Diffenz Junior.

Banyak lagi testimoni bagus dari kanak-kanak yang mengamalkan Diffenz Junior. Jadi korang tunggu apa lagi, boleh beli Diffenz Junior untuk ikhtiar kesihatan anak-anak korang sekarang.

Facebook Page: Eskayvie Malaysia - https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official
Instagram: Eskayvie Malaysia - https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/

Post a Comment

1 Comments

  1. Memang bagus ni Madi, anak-anak sedara Sis semua makan vit ni...

    ReplyDelete