Pengalaman Jadi Penjaga Pesakit Di Wad 3U HUSM Semasa Musim Covid

Pengalaman Jadi Penjaga Pesakit Di Wad 3U HUSM Semasa Musim Covid | Ramai tertanya-tanya, boleh ke jaga pesakit di dalam wad semasa musim pendemik ni? Pada tarikh 28-31 Disember 2021 yang lepas, mek (ibu) saya telah dimasukkan ke wad 3U di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk pemantauan sakit yang dia hadapi sekarang.

Prosedure sekarang, hanya seorang penjaga sahaja dibenarkan untuk menjaga seorang pesakit di dalam wad dan penjaga tersebut perlu mematuhi beberapa prosedur kesihatan untuk memastikan mereka betul-betul sihat dań bebas dari covid19. 

Sebelum masuk ke wad bersama pesakit, penjaga pelu membuat swab test di kaunter saringan di pintu masuk (ianya percuma). Hanya seorang sahaja yang dibenarkan dan tidak boleh berganti-ganti dalam tempoh terdekat. Jika ingin menukar pengaga selepas beberapa hari, urusan swab test perlu dibuat dengan kos sendiri di klinik swasta dan kemukakan bukti result test ketika tukar penjaga. Pastikan swab test dilakukan pada hari yang sama, beberapa jam sebelum masuk ke wad.

Setiap penjaga akan diberi kad penjaga untuk kemudahan keluar masuk wad. Tapi harus diingatkan bahawa penjaga yang sudah melakukan swab test tidak dibenarkan untuk keluar dari kawasan wad apatah lagi kawasa hospital. Walaubagaimanapun, kelonggaran diberikan kepada penjaga untuk turun membeli makanan di cafe hospital.

Selain itu, jika penjaga adalah berlawanan jantina dengan pesakit, maka kemudahan tandas dan bilik mandi di dalam wad tidak boleh diakses oleh penjaga. Kalau penjaga nak guna tandas atau mandi, boleh menggunakan kemudahan tandas di bahagian luar dari wad.

memo di pintu bilik air wad wanita.

Semua prosedure ni diadakan untuk mengelak berlakunya penularan covid-19 di dalam wad dan menghormati pesakit wanita. Terima kasih kepada semua petugas kesihatan yang terlibat. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan dari penyakit kritikal.


Post a Comment

2 Comments

  1. Salam, nak tanya, kaunter saringan covid ni kat belah mana di husm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. kaunter ni belakang bangunan kecemasan. dekat bangunan wad.

      Delete