Wednesday, April 28, 2021

Mengidam Dim Sum Di Grand Riverview Hotel Kota Bharu

Baru-baru ni sebelum puasa dan Kelantan diistiharkan PKP sekali lagi, sempat juga saya bercuti di Kota Bharu. Yela, nak rentas negeri tak boleh jadi kita bercuti dulu dalam negeri sendiri.

Memandangkan dah lama tak jamu selera di hotel dan teringin sangat nak makan dim sum, jadi aku buat keputusan untuk menginap di Grand Riverview Hotel Kota Bharu. Alang-alang nak makan dim sum tu, apasalahnya kita stay terus kat sana.

Dekat Grand Riverview Hotel ni memang terkenal dengan hidangan buffet dim sum tau di restoran mereka "Chao Yuan Restaurant". Bukan sahaja sedap, kalau untuk hari biasa pada hujung minggu diorang (jumaat & sabtu) diorang ada tawarkan hidangan buffet dimsum dengan harga RM36 per pax dimana berkonsepkan "Eat All You Can". Murah kan? Yang penting ianya HALAL.

Memandangkan saya pergi bukan hujung minggu, maka tak adalah buffet lunch dimsum tu. Tapi tak mengapalah sebab still boleh makan dimsum tu dengan oder ala carte. Macam-macam jugalah kami oder. Memang berbaloi-baloi. Harga untuk satu bekas tu dalam sekitar RM5.50 -RM6.50 macam tu. Apa yang best dan tak leh lupa Nasi Kerabu. Ya Nasi Kerabu pun ada dan korang boleh oder kat restoran ni. Jadi kami pilih satu dengan ayam goreng dan satu lagi dengan kambing bakar. Yummy.


Sejujurnya, memang puas hati sangat makan kat sini. Makanan dia memang fresh dan sangat sedap. Memang higly recommended lah untuk korang yang nak makan dim sum di Kota Bharu. Nanti memang nak kena cuba buffet dim sum dia pulak. Jadi tunggulah lepas puasa dan PKP nanti. hehe

Hotel ni boleh tahan best jugak, selain ada dim sum yang best ia juga merupakan sebuah hotel yang lengkap dengan kemudahan. Mempunyai bilik yang besar dan selesa, bilik mandi mempunyai bathtub, kemudahan gym dan kolam renang. Nak lebih best boleh la request bilik dengan view sungai. Boleh la cuci mata tengok orang jogging dan riadah di sepanjang track jogging tu. eh. hehe. Kalau ada rezeki dan cuaca baik boleh la nikmati keindahan sunset.


Paling saya suka mengenai hotel ni adalah ianya dekat dengan lokasi-lokasi attraction di sekitar Bandar Kota Bharu. Tak perlu gigih nak bawak kereta atau naik grab, sebab dengan hanya jalan kaki saja korang boleh akses ke banyak lokasi-lokasi attraction. Antara lokasi tersebut adalah seperti Dataran Warisan,  Masjid Muhammadi, Istana Jahar, Bank Pitis, Pasar Siti Khadijah dan banyak lagi. Kedai makan pun banyak sekitar hotel ni, nak makan Nasi Ulam Cikgu yang famous tu pun boleh akses dengan jalan kaki je. Jadi tak payah la pening-pening nak fikir pasal parking kereta kan.



Kalau tengah malam, selain lepak di Pantai Cahaya Bulan layan colek. Korang pun boleh lepak di kafe-kafe hipster di sekitar KB. Banyak sanyak kafe hipster yang ada di sini. Paling dekat dengan hotel ni korang boleh ke Republika yang mana ia pon boleh diakses beberapa minit jalan kaki sahaja.


Memandang kan negara kita masih lagi terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), inilah masa yang sesuai untuk korang membuat perancangan untuk percutian akan datang.

Jika dah boleh melancong nanti, ikutilah saranan Menteri Pelancongan YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan praktik kan amalan norma baharu.

Bagi korang yang teringin travel sangat, boleh la cuba untuk cari staycation di hotel menarik yang berdekatan dengan korang dulu. Banyak promosi hotel menarik yang korang boleh dapat sekarang ni. Kalau korang kat Penang, boleh la cuba Hard Rock Hotel Penang. Nampak macam best je hotel tu. Baru je nampak lalu di timeline.




0 comments: