Tuesday, February 02, 2021

8 Cadangan Cara Hadapi Stress Yang Mudah



Rasa panik berlebih, cemas, bahkan tertekan boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja. Ada banyak perkara yang mampu membuat seseorang tertekan, atau cemas berlebih. Salah satunya kerana situasi pandemik yang dunia hadapi ketika ini yang berpengaruh pada banyak hal.

Perihal ekonomi, ketakutan akan terkena virus, kebuntuan mengurus keluarga selama pandemik, dan lainnya, boleh membuat seseorang hilang kawalan dan berfikir secara tidak rasional.

Jadi, cara untuk mengawal masalah stres ini amat penting untuk mengelakkan masalah lebih besar terjadi kepada mereka yang menghadapinya. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh anda lakukan jika menghadapi situasi ini.

1. Elakkan Diri Dari Punca Stres

Apabila anda mengelakkan diri dari punca stres tersebut, anda akan mempunyai masa untuk melakukan perkara lain. Ini akan membantu anda untuk memperoleh kemahiran baru atau untuk mengurangkan rasa lemas dengan masalah yang ada. Meluangkan masa untuk diri sendiri selama 20 minit sudah cukup membantu.

2. Rehatkan Minda

Rehat seketika dari memikirkan masalah, membantu mengatasi stres dengan menenangkan minda dan tubuh anda supaya tetap fokus. Ia juga membantu untuk mencipta satu ruang di antara pemikiran dan reaksi supaya anda tidak terus-menerus melakukan perkara yang tidak berfaedah.

3. Bersenam

Cuba ambil masa untuk melakukan rutin senaman berkala. Ianya bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan fizikal, malah turut bagus untuk kesihatan mental. Cukup sekadar 30 minit berjalan, berlari, melakukan senaman ringkas dalam masa tempoh stres boleh memberi kesan segera yang berkekalan sehingga beberapa jam.

4. Senyum & Ketawa

Sistem saraf kita berhubung antara emosi dan ekspresi muka. Oleh itu, sewaktu dalam keadaan stres, orang sekeliling boleh tahu melalui ekspresi wajah kita. Senyum dan gelak boleh membantu mengurangkan sedikit tekanan dan masalah yang dihadapi. Cara terbaik, carilah aktiviti atau teman yang mampu memberikan aura kegembiraan buat anda.

5. Sokongan Sosial

Hubungi ahli keluarga, teman rapat ataupun carilah pakar psikologi. Berkongsi tentang hal yang telah membebankan dan membuatkan anda tertekan bersama dengan orang lain membantu melegakan tekanan anda. Namun, sangat penting bagi anda untuk memilih rakan yang dipercayai bagi meluahkan masalah anda.

Jika anda berasa tidak selesa untuk orang sekeliling tahu akan masalah yang anda hadapi, anda boleh berjumpa dengan pakar psikologi.

6. Berurut

Apabila kita stres, pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah. Nak lagi best, boleh cari mereka yang mahir untuk bantu anda mengurut.

7. Beribadat Kepada Allah

Jika dilihat pada sudut pandang yang berlainan, tekanan dapat dielakkan dengan mendekatkan diri kepada Tuhan. Hal ini demikian kerana, ketenangan hati dan segala urusan duniawi adalah kurniaan dan ujian yang diberikan oleh Tuhan. Maka, kita seharusnya sentiasa bermuhasabah diri sama ada perkara atau kehidupan yang kita jalani seiring dengan ajaran dan kehendak NYA.

Setiap agama mengetengahkan konsep kebaikan dan nilai-nilai murni supaya kita tidak terjerumus dalam lembah duniawi yang tidak kekal dan bersifat sementara. Sebagai seorang muslim, ibadat solat merupakan tiang agama dan mampu membantu menenangkan hati dan minda jika dilakukan dengan kekhusyukan. Tambahan pula, segala perbuatan dalam solat telah ditafsirkan sebagai bentuk senaman ringan kepada kita setelah mengharungi pekerjaan sepanjang hari. Lantaran itu, pendekatan diri kepada Sang Pencipta bukan sahaja memberikan kita ketenangan malah menunjukkan jalan yang benar dan diperlukan oleh manusia yang lemah seperti kita semua untuk meningkatkan kerohanian. lzharnya, kekuatan rohani akan mezahirkan ketahanan jasmani terhadap apa sahaja masalah yang timbul. 

8. Terapi Essential Oil

Menurut ahli essential oil dari Young Living Essential Oils, Brianna Scarpelli, minyak pati memang memberikan kesan menyembuhkan bagi mental, fisikal, atau emosional penggunanya.


Sebagai contoh, Essential Oil (EO) Lavender yang mana ianya merupakan 100% berasaskan tumbuhan semulajadi ini memiliki aroma yang menenangkan dan menyegarkan fikiran, serta ia juga membantu dalam meredakan dan meringankan lagi tekanan anda. Anda hanya perlu diffuse sahaja EO Lavender ke udara, dengan menghirup aromanya sahaja ia memberi kesan yang positif ke atas diri anda. Insyaallah

Anda yang sedang merasa tidak tenang atau cemas, boleh cuba menghidu minyak essential ini dari diffuser atau dengan cara menyapu di bahagian kulit tertentu sebagai alternatif lainnya.

Untuk beli Essential Oil atau berminat untuk mendaftar ahli Young Living, anda boleh klik link whatsapp berikut : https://wa.link/8qaj6x

0 comments: