Friday, December 18, 2020

9 Idea Hadiah Untuk Pasangan Kekasih Wanita Atau Isteri Tersayang

Apa sebenarnya yang kita boleh jadikan sebagai hadiah untuk wanita ataupun isteri kita? Mesti ramai kaum adam di luar sana mempunyai persoalan yang sama seperti saya kan? Untuk menjawab kepada persoalan tersebut, di sini saya akan kongsikan satu artikel yang akan mengupas beberapa barang yang pasti membuatkan kaum wanita tersenyum gembira apabila menerimanya sebagai hadiah. Jom kita tengok.

1# Purse


Purse / dompet merupakan keperluan asas untuk menyimpan kad pengenalan, kad bank, duit dan sebagainya. Ianya juga menjadi salah satu perkara yang penting dan wajib bagi seseorang untuk bawa bersama ketika keluar tidak kira lelaki atau wanita.

Bagi kaum lelaki, selagi dompet mereka tidak rosak selama itulah mereka akan terus menggunanya. Malah ada yang menggunakan dompet mereka sehingga bertahun-tahun lamanya. Berbeza bagi kaum wanita, mereka memang tidak pernah cukup dengan satu purse sahaja. Kadang-kadang, mereka boleh memiliki satu jenis purse yang sama sampai 2-3 dengan corak / warna yang berbeza. Alasan hanya kerana untuk matching dengan pakaian yang mereka pakai.

Jadi.. dengan memberikan mereka hadiah "Purse" ni, sudah semestinya akan membuatkan mereka gembira.

p/s : Khas untuk lelaki, tips untuk beli purse untuk wanita. Perhatikan rekabentuk dompet yang digunakanya sekarang. Selalunya untuk dompet wanita mahukan yang simple, warna kegemarannya, tak berat dan bersaiz sederhana. Kalau boleh dompet haruslah yang mempunyai zip, kalis air dan mungkin mempunyai penyangkut atau tali pemegang.

2# Set Berus Solek


Cuba perhatikan pasangan anda dari jenis yang macam mana! Jika beliau suka bersolek, maka sudah pasti mereka akan bahagia dapat memiliki "Set Alat Solek" yang lengkap dan berkualiti. Berus solek bukan lah satu benda yang boleh diguna pakai dalam tempoh yang lama. Jika mereka dapat berus solek baru dan bersih, dakatlah mereka bersolek dengan penuh yakin.


3# Tempat Simpan Alat Solek


Kalau pasangan korang dari jenis yang suka bersolek dan mempunyai banyak alatan solek dan produk kecantikan. Korang juga boleh hadiahkan mereka "Cosmetic Storage Box". Dengan adanya kotak kosmetik ini, barang-barang mereka boleh disusun dan disimpan dengan cermat dan dalam keadaan kemas. 

4# Skincare Fridge


Berbeza dari "Cosmetic Storage Box". Beauty Makeup Skincare Fridge merupakan peti sejuk kecil khas untuk menyimpan produk skincare. Kebanyakan Skincare Fridge yang dijual kat pasaran mempunyai design yang sangat comel dengan warna yang cukup menarik dan sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah.


5# Vanity Mirror



Vanity Mirror merupakan cermin solek paling menjadi kegilaan para wanita. Popular dan sering dipamerkan dalam filem Hoolywood dalam scene sebalik tabir dunia teater. Menjadi tempat untuk para pelakon dan selebriti bersiap atau bersolek sebelum persembahan bermula.

Vanity mirror ni adalah cermin solek yang dilengkapi dengan mentol di bahagian bingkai di sekeliling perimeter lampu yang memancarkan cahaya seragam, membolehkan anda menilai imej yang dibuat secara tepat, untuk melihat semua ketidaktepatan pada solek yang digunakan.

Di samping fungsi praktikal, cermin dengan mentol lampu dicirikan dengan kualiti estetik yang tinggi. Elemen hiasan ini menjadi sangat penting bagi seorang wanita. Ianya akan mewujudkan rasa classy dan mewah.

6# Standing Mirror


Selain dari "Vanity Mirror", cermin dari jenis berdiri ini juga menjadi tranding pilihan wanita masa sekarang. Cermin simple yang tinggi mampu mempamerkan image si penilik dari hujung kaki ke hujung kepala. Ia biasanya akan digunakan untuk si penilik memastikan samaada pakaian yang dipakai itu sesuai atau tidak digandingkan bersama.


7# Aroma Diffuser


Tidak siapa yang akan menolak pada sesuatu yang boleh buat mereka tenang. Lebih baik kalau dapat melakukan aromaterapi sendiri dirumah kan! Ianya sudah tentu lebih jimat kan duit dan masa. Jika memiliki set essential oil (EO) yang sesuai dan alat diffuser seperti Aria ni, saya jamin bahawa pasangan anda akan terus gelarkan anda sayang. hehe.



8# Robot Vacume



Apa lagi yang boleh mengembirakan hati seorang suri rumah kalau bukan, kita dapat membantu memudahkan kerja harian mereka di rumah. Dengan itu, saya cadangkan untuk anda hadiahkan pada mereka "Robot Vacuum" yang boleh membantu mereka meringankan beban kerja mengemas rumah. Dengan teknologi yang canggih, Robot Vacuum ini akan bekerja secara automatik untuk membersihkan debu dan kotoran di lantai. Sangat sesuai bagi mereka yang bekerjaya dan tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan kerja di rumah.


9# Kitchenware


Selain dari itu, korang juga boleh jadikan perkakas dapur seperti Air Fryer, Pressure Cooker, Set Pisau,  Food Container, macam-macam lagi sebagai hadiah. Nak tahu kat mana korang boleh dapat kitchenware yang berkuality tinggi dan branded dengan harga yang sangat murah? Korang boleh ke : mycookingstory.com .

Masuk code MCSMAWARDI untuk korang dapat lagi 10% diskaun walaupun dari harga sale. Selain itu, jika anda melakukan pembayaran dengan menggunakan e-wallet iaitu aplikasi BOOST; korang akan menerima cashback sebanyak RM10 ke dalam aplikasi tersebut. Jimat bukan? Lagi jimat kerana semua item adalah FREE DELIVERY.

Jadi itulah "9 Idea Hadiah Untuk Pasangan Kekasih Wanita Atau Isteri Tersayang" . Terima kasih kerana sudi baca arikel ini

14 comments:

  1. ye betul...semua tu saya suka,..

    ReplyDelete
  2. wah..memang senyum orang rumah baca list ni semua.. haha

    ReplyDelete
  3. memang bahagia rasanya kalau dapat semua wishlist ni, hahaha. Memang rajin masaklah lepas tu, bersemangat je

    ReplyDelete
  4. Yes. Kena perhati dan kenal pasangan agar tidak tersalah beli atau double beli benda yang dah ada. Hehe

    ReplyDelete
  5. Paling suka dengan vanity mirror. Kalau dapat satu kat rumah mmg best

    ReplyDelete
  6. kalau barang2 make up tak berahi sangat. dapat vacuum/kitchenware memang senyummmm lah hehe

    ReplyDelete
  7. Nombor 9 tu yang paling best kalau dapat. Make up make up ni Marina tak make up. Tak teruja sangat. Haha

    ReplyDelete
  8. Menarik juga list idea2 hadiah yang boleh kita beli untuk our loved one.. practical lak tue barang2 yang disyorkan (Y) Nice..

    ReplyDelete
  9. Kalau saya, paling suka barang2 dapur. Tapi suami kena alert la barang apa yang dah ada, nanti membazir pulak.

    ReplyDelete
  10. No 9 tu haaa berbaloi beli wooo.. Sis dah ada 6 set hahahaha.. ada siapa lagi tak nak hadiahkan hahahahaa

    ReplyDelete
  11. This is indeed an interesting article with so many useful tips. need to send this to my bf hehe

    ReplyDelete
  12. Sebenarnya banyak lagi boleh bagi, tapi 9 idea ni pun dah kira complete dan boleh dijadikan reference. Kalau dpt beli robot vaccum tu best gak ek, sebab ada nampak org rajin share dia guna. haha.

    ReplyDelete
  13. Terpaksa setuju! Semua tu memang kita suka. HAhaa.. Takkan ku menolak hadiah tu semua. Best giler

    ReplyDelete
  14. Wah memang semua tepat, itu lah barang barang yang wanita suka. I like the vanity mirror.

    ReplyDelete