Tuesday, November 17, 2020

Pengalaman Buat Ujian Pendengaran Di Klinik Pakar ENT Hospital Baru Kuala Krai


Selepas hampir 4 tahun tempoh pembedahan yang aku jalankan pada hujung bulan Disember 2017 yang lalu, akhirnya "Grommets Tube" yang doktor pasang pada sebelah telinga kanan aku telah tercabut pada 13 Oktober yang lepas. Ikut kata doktor yang merawat aku selepas pembedahan dilakukan, sepatutnya "Grommets Tube" yang dipasang kebiasaannya akan tercabut dengan sendiri dalam tempoh setahun. Tapi kes saya ni agak rare sebab dia melekat kat telinga saya hampir 4 tahun ya.


Jadi dalam tempoh tu jugak saya ikut nasihat doktor supaya telinga ni tidak boleh masuk air. Maknyanya, 4 tahun jugak la saya tak mandi kolam atau laut.
Ilustrasi "Grommets Tube" yang dipasang pada kedua-dua belah telinga saya.

Telinga Kiri Terkena Jangkitan Kuman

Selepas kejadian "Grommets Tube" pada telinga kiri tercabut, pada sebelah petangnya telinga sebelah kanan rasa kurang selesa, berdengung dan kurang pendengaran. Semakin lama, telinga sebelah kiri mula keluar cecair yang tidak pekat hampir sepanjang masa. Oleh kerana ketika tu saya tengah outstation kerja, harapan nak ke hospital untuk buat rawatan perlu di tangguh dulu.

Selepas 3 hari, telinga masih lagi mengeluarkan cecair tanpa ada petunjuk pun untuk elok. Malah ianya seakan makin teruk dan hampir melibatkan telinga sebelah kanan juga.

Selepas selesai urusan kerja, saya telah ambil keputusan untuk ke Klinik Kesihatan berdekatan dengan rumah untuk mendapatkan rawatan.

Dari perhatian dia, "Grommets Tube" yang dipasang pada telinga sebelah kanan yang terkena jangkitan tu ianya masih ada. Tetapi keadaan gegendang telinga saya jelas terkena jangkitan yang agak serius. Doktor hanya mampu untuk buat surat rujukan pada Doktor Pakar ENT di Hospital Kuala Krai. Apa yang sedihnya, tarikh appointment saya untuk jumpa doktor pakar tu adalah 16 November 2020 iaitu memakan masa dalam sebulan lamanya. Sebelum pulang doktor di klinik kesihatan ada berikan ubat titis untuk saya gunakan dan appointmen kedua untuk susulan pada tarikh selepas seminggu.

Pada awalnya memang rasa was-was untuk guna ubat titis tu. Tapi sebab tak tahan sangat, saya gagahkan jugak untuk guna. Bila titis, Allah je tahu sakit dia, seolah-olah macam ada sesuatu tengah menggelumpur dalam telinga, pedih pun ada dan sakit tu dapat rasa sampai ke otak. Pheww. Tapi makin kerap guna, makin okay.

Appoitment seterusnya dengan doktor di Klinik Kesihatan ; selepas seminggu, cecair yang keluar dari telinga mula bertukar menjadi pekat. Tapi ianya tidak keluar sekerap yang sebelumnya. Apa yang mengejutkan, "Grommets Tube" pada telinga sebelah kanan ni dikatakan sudah tiada. Mungkin sudah tercabut tanpa saya sedar. Pada appointment ni, doktor memberikan antibiotik untuk saya consume. Alhamdulillah makin hari telinga semakin baik.

Appointment ke-3 dengan doktor di Klinik Kesihatan ; seminggu kemudian, saya ke klinik lagi untuk rawatan susulan. Tapi sebenarnya lebih pada nak check keadaan telinga je. Dari perhatian doktor, hampir 80 % keadaan telinga dah nampak normal. Cuma masih ada kesan merah lagi di sekitar gegendang. Pada ketika ni, telinga kanan seakan kurang pendengaran sikit.

Appointment Pakar ENT Di Hospital Kuala Krai


Appointment dengan doktor pakar ENT di Hospital Baru Kuala Krai (16 November 2020) ; Keadaan telinga dah macam kembali normal. Dalam hati, nak je batalkan appointment dengan doktor pakar pada tarikh ni. Tapi saya gagahkan jugak untuk pergi. Paling tidak dapat jumpa pakar dan dapat khidmat nasihat sikit kan.

Ujian Pendengaran


Memandangkan telinga dah tidak teruk seperti sebelumnya, doktor pakar meminta saya untuk melakukan ujian pendengaran untuk memastikan telinga dan pendengaran saya dalam keadaan normal.

Ada dua tahap ujian yang saya telah lalui. Pertama menggunakan satu mesin dimana dia seakan memberi tekanan kepada gegendang telinga.

Untuk ujian kedua pula, saya diarahkan ke sebuah bilik untuk uji kebolehan telinga kita mendengar bunyi yang paling halus sehingga bunyi yang kuat dengan rentak dan bunyi yang berbeza. Kita diberi arahan untuk menekan butang apabila mendengar sesuatu bunyi yang di berikan. Apa yang saya pasti, Doktor menguji tahap pendengaran saya  dikedua-dua belah telinga. Hasilnya, kita boleh tengok perbandingan antara kedua-dua belah telinga. 

Alhamdulillah ikut pada ujian yang dah saya buat, keadaan pendengaran kedua-dua telinga saya dalam yang normal. Jadi, selepas buat ujian telinga, saya diminta tunggu untuk berjumpa dengan doktor pakar untuk sedikit nasihat sebelum boleh balik. 

1 comment:

  1. Alhamdulilah.. seriau pulak membacanya, nasiblah tonsil Sis haritu takde effect lagi pada hidung dan telinga..

    ReplyDelete