Terapi Frekuensi Mampu Tangani Masalah Tidur Lena Rakyat Malaysia



Seperti yang sedia maklum, negara kita Malaysia tidak terkecuali terkesan dengan wabak Covid-19 yang mula menyerang dunia pada awal 2020 yang lalu. Banyak isu-isu timbul termasuk pada ekonomi negara kita. Berhadapan dengan realiti kesihatan dan kehidupan, kehilangan pekerjaan, interaksi sosial yang terbatas, kesihatan minda ramai terjejas, di samping menimbulkan kesan fizikal dan emosi yang ketara. Ia bukan sekadar andaian semata ya. Hasil dari tinjauan Kementerian Kesihatan Malaysia, 45% dari populasi rakyat Malaysia telah mengalami masalah kesihatan mental semasa negara menghadapai situasi pandemik Covid-19 ni. Lebih menakutkan, menjelang tahun 2020 masalah kesihatan mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar yang dialami oleh rakyat Malaysia selepas sakit jantung.

Menurut Persatuan Pencegahan Bunuh Diri Antarabangsa, AS (IASP), satu bilion orang di seluruh dunia dianggap mempunyai masalah gangguan mental atau salah guna bahan, dan sesiapa di mana-mana sahaja boleh terkesan. Kemurungan sahaja bakal menjadi beban penyakit utama dalam tempoh 10 tahun akan datang. 

Mr Lew & Elizabeth launching the AmLife World Mental Health Day 2020 campaign
Encik Lew Mun Yee, Pengasas & Presiden AmLife berkata "tidur yang berkualiti meningkatkan kesihatan psikologi dan mental kita dan begitu juga sebaliknya. Isu kesihatan fisiologi dan psikologi semakin meningkat di peringkat global. Seorang dalam lima orang mengalami masalah kesihatan mental. Oleh yang demikian, AmLife menekankan pendidikan mengenai tidur, yang merupakan sebahagian daripada falsafah perniagaan kami,”

AmLife telah melantik Cik Elizabeth Huxtable, Pakar Terapi Bunyi bertauliah dengan pengalaman terapi menyeluruh selama 30 tahun (Globe Sound & Consciousness Institute, San Francisco, Amerika Syarikat) dan Dr. Luke Wang – Pakar dalam bidang Psikiatrik, Perubatan Tidur dan Geriatrik & Dekan Rafah Sleep Clinic di Taiwan untuk berkongsi maklumat tentang kesihatan mental.

Ms. Elizabeth Huxtable
Dr. Luke berkata, “Seseorang perlu tidur nyenyak untuk meningkatkan kesihatan mental keseluruhan, yang seterusnya menambah baik kesihatan keseluruhan. Tidur yang terganggu menjejaskan keliutan otak dan mengubah tahap tekanan dan sistem radang. Ujian klinikal menunjukkan bahawa kualiti tidur yang kurang baik menyebabkan Penyakit Alzheimer selain daripada tekanan jangka panjang yang meningkatkan paras glukosa darah, menyebabkan kelemahan metabolisme dan meningkatkan risiko kegemukan, lantas memberi kesan kepada tekanan mental dan kesihatan secara keseluruhan

Frekuensi Menjadi Penyelamat! 

Kajian mendapati frekuensi bunyi boleh menjejaskan sistem saraf dan mencetus kesan pemulihan positif kepada minda dan badan.

Menurut Elizabeth, “Terapi bunyi membantu meringankan tahap stres orang ramai, dengan mengurangkan tekanan darah mereka dan membantu sistem vaskular untuk meregangkan salur darah dan membolehkan darah mengalir dengan lebih lancar. Setiap organ dan sel dalam badan kita mempunyai frekuensi resonans. Kadangkan, disebabkan stres, toksin dalam persekitaran, penyakit dll, organ mula menggetarkan frekuensi yang salah, maka getaran bunyi yang memulihkan boleh membantunya kembali kepada frekuensi semula jadi dan menjadikan badan lebih relaks"

Mr Lew and Elizabeth showcase the AmLife DeepZleep Amsonic with regenerative sleep technology 
Berasaskan pandangan Cik Elizabeth, AmLife telah memperkenalkan penyelesaian DeepZleep Amsonic – teknologi tidur regeneratif dari Jepun yang menggabungkan Terapi Potensi Elektrik, Terapi Haba dan Terapi Kekerapan AmSonic – semuanya dalam bentuk tilam. Terapi Frekuensi AmSonic ialah teknologi Jepun terbaharu yang memanfaatkan frekuensi alam semula jadi dan frekuensi pemulihan kerohanian untuk megharmonikan frekuensi badan dan menyerasikannya dengan persekitaran semula jadi untuk merehatkan badan, melegakan ketegangan dan memastikan anda tidur lena supaya badan anda boleh pulih dan menikmati manfaat kesihatan. Produk ini boleh didapati di Malaysia, Singapura, Brunei dan Hong Kong.

DeepZleep Amsonic 

Satu kajian oleh Northwestern University School of Medicine mendapati bahawa terapi frekuensi desibel rendah boleh membantu menambah baik tidur yang lena, terutamanya bagi warga emas. Pakar kesihatan terbabit percaya fasa tidur lena penting untuk penyepaduan daya ingatan dan proses pemikiran lebih pintar. 

Mereka mendapati orang yang tertidur semasa mendengar terapi frekuensi desibel rendah mencatatkan markah ujian tiga kali lebih tinggi daripada mereka yang tidak mendengar muzik latar dalam ujian memori pada waktu pagi. Ini bermakna mereka sebenarnya menjadi lebih pintar selepas tidur semalaman. 
“Oleh yang demikian, AmLife akan meneruskan misi dan hala tuju perniagaannya untuk memimpin dunia dalam teknologi tidur regeneratif pertama demi kesejahteraan fizikal dan spiritual yang menyeluruh. Kami berharap semua orang boleh mencergaskan semula kesihatan fizikal dan mencerdaskan minda mereka semasa tidur,” tambah Lew.
Bagi korang yang berminat nak tahu lanjut produk ini, korang boleh terus layari laman web mereka di www.amlife.com.my.

Post a Comment

0 Comments