Tuesday, August 11, 2020

PRODUK TERBAIK PENJAGAAN KESIHATAN DIRI DARI JENAMA HIMALAYA


Produk Himalaya Untuk Kesihatan Dalaman Seisi Keluarga

Untuk pengetahuan korang, produk Himalaya ni dah ada kat pasaran 90 tahun sejak tahun 1930 lagi. Apa yang menjadikan ia mampu bertahan dan menjadi pilihan ramai adalah kerana produknya dicipta dengan 100% formulasi herba dan natural.

Selain dari produk penjagaan diri (luaran) untuk kecantikan yang biasa kita dengar, Himalaya juga mempunyai beberapa produkpenjagaan diri (dalaman) untuk kesihatan yang dikategorikan dalam set immunity.


Pada artikel kali ni, saya akan kongsikan lima (5) produk Himalaya yang khas untuk penjagaan kesihatan dalaman. Kelima lima produk yang saya kongsikan ini bertujuaan untuk membantu membina sistem pertahanan badan supaya kita dapat memiliki tubuh badan yang sentiasa sihat. Produk yang saya maksudkan adalah Amalaki, Septilin Tabs, Septilin Syrups, Koflet Lozenges 10's dan Cold Relief Balm.

1. AMALAKI

Amalaki kaya dengan vitamin C dan dikatakan ianya mengandungi 10 kali vitamin C berbanding buah oren yang biasa. Tapi, bahan utama yang digunakan dalam produk ini adalah Indian Gooseberry yang dapat membantu badan membina sistem pertahanan semulajadi dan menyokong usaha ketahanan badan melawan jangkitan. Cara pengambilannya hanya 1 Kapsul (dua kali sehari).


2. SEPTILIN TABS

Produk yang kaya dengan herba-herba terpilih serata dunia seperti 'licorice', 'horse-radish tree', 'indian gooseberry', yang sangat berkesan untuk membersihkan saluran pernafasan seperti lendir mukus yang ada pada pesakit resdung.


Sangat sesuai untuk korang yang mempunyai masalah keradangan tonsil, jangkitan kulit dan tisu lembut, ulser, sakit tekak, sinusitis, batuk dan selesema. Cara mengambilannya juga sangat mudah iaitu 3 tabs untuk dewasa (dua kali sehari) dan 2 tabs untuk remaja (dua kali sehari).

3. SEPTILIN SYRUP

Fungsi yang sama seperti Septilin Tabs, cuma Septilin Syrup ini didatangkan dalam bentuk cecair yang mudah untuk di consume oleh mereka yang mengalami masalah untuk menelan supplement berbentuk biji /  lebih sesuai untuk digunakan oleh kanak kanak.


4. KOFLET LOZENGES 10'S

Koflet Lozenges dalam bentuk gula-gula yang mengandungi Long Pepper, Ginger, Black Pepper dan Clove yang sangat sesuai untuk melegakan masalah batuk dan sakit tekak. Ianya didatangkan dengan perisa herbal mint yang boleh membantu menyegarkan nafas. Cara pengambilannya adalah 1 Lozenge (3 hingga 4 kali sehari).


5. COLD RELIEF BALM

Cold Relief Balm mengandungi Minyak kayu putih, atau lebih dikenali sebagai minyak esensial kayu putih adalah minyak yang berasal dari pohon kayu putih (kayu putih), iaitu cemara asli Australia yang merupakan sumber makanan utama untuk koala. Pokok ini secara semula jadi di kelaskan sebagai Eucalyptus Globulus. Minyak pati ini yang diekstrak dari daun kayu putih mempunyai sifat perubatan yang kuat.


Cold Relief Balm sangat berguna sekiranya mengalami masalah hidung tersumbat dan selsema. Ianya dapat membantu melegakan dan menyelesaikan masalah tersebut. Cara nak guna pun sangat mudah, korang sapukan cold relief balm ini pada hidung, tekak dan dahi sebanyak 2 hingga 3 kali sehari.


Jadi, itulah perkongsian secara ringkas lima (5) produk Himalaya untuk membantu membina sistem pertahanan badan kita. Gunalah produk Himalaya tanpa was-was kerana ianya terbukti bagus dan dari bahan yang natural.

Bagi yang tertanya-tanya di mana untuk beli semua produk ni, korang boleh ke outlet himalaya, farmasi, watsons dan yang paling best korang juga boleh beli secara atas talian (online) di www.shophimalaya.my. Jadi, jimat masa, jimat tenaga dan jimat duit. Berbelanjalah secara bijak. hehe.

2 comments:

  1. Wajib ada balm ni, sebab selalu selsema.

    ReplyDelete
  2. Terbaik juga Produk Himalaya, sesuai untuk orang yang suka natural... saya selalu guna scrub himalaya ni

    ReplyDelete