FB LIVE CAMPAIGN 2020 : CHEF SABRI MEMASAK GUNA KENTANG A.S


Sejak dari pertama kali saya menggunakan U.S Potatoes dalam masakan saya, saya dah mula jatuh cinta. Tak salah untuk saya katakan bahawa U.S Potatoes sangat berbeza dari kentang-kentang dari jenama lain di pasaran. Untuk pengetahuan korang juga,  U.S Potatoes  boleh membekalkan nutrien penting pada harga yang termampu. Satu hidangan kentang (5.3 auns) hanya berharga RM1.50 sahaja. Bayangkan kentang yang mempunyai kandungan kalium, serat, protien, vitamin C dan E, kalsium, besi dan magnesium tertinggi bagi setiap wang yang digunakan mengatasi sayuran lain.

CHEF SABRI MEMASAK GUNA KENTANG A.S

Jangan lepaskan peluang korang untuk menyaksikan segmen memasak secara Live di Facebook bersama chef yang terkemuka iaitu Master Chef Sabri Hassan


Master Chef Sabri Hassan akan memasak secara live resipi enak menggunakan U.S Potatoes. Beliau akan berkongsi dua (2) masakan Malaysia yang enak dan senang untuk diikuti menggunakan U.S Potatoes yang berkhasiat. Resipi tersebut adalah Bergedil Kentang A.S. Pedas (Stuffed Spicy U.S Hash Browns in Dried Bean curd) dan juga resipi Rendang Kentang A.S. Russet (U.S. Russet Potato Rendang). Berikut merupakan info untuk segmen memasak tu nanti :

Tarikh : 6 Jun 2020 (Sabtu)
Masa : 3.00 petang
Lokasi : Live stream laman Facebook MY Potatoes USA


U.S Potato Online Contest


Alang-alang korang dah terjah Facebook My Potatoes USA tu, apa kata korang join contest yang mereka tengah anjurkan iaitu 'U.S Potato Online Contest'. Caranya sangat mudah. Korang hanya perlu memasak apa-apa resipi ciptaan sendiri menggunakan U.S Potatoes yang berkhasiat, namakan resipi tersebut dan muat naik di Facebook atau Instagram korang. Gunakan hashtag #VersatileUSPotatoes #USPotatoDish dan pastikan akaun korang adalah 'public' ye. 100 peserta awal yang muatnaik resipi ciptaan sendiri menggunakan U.S Potatoes  akan memenangi Potatoes USA Cooler Bag edisi terhad dengan buku-buku resipi.


Tarikh tutup penyertaan : 16 June, 2020
Tarikh keputusan pemenang : 20 June, 2020
Keputusan akan diumumkan di Facebook page MY Potatoes USA FB

Jangan lupa bahawa korang ada temujanji pada 6 Jun 2020 (Sabtu) jam 3 petang untuk demonstrasi memasak secara langsung dengan Chef Sabri Hassan. Mark your calender now!!

Post a Comment

15 Comments

  1. Boleh tengok ni esok, esok free time sikit jam tu..
    Sini susah nak dapat kentang USA ni, kena ke Jaya Grocer baru jumpaa..

    ReplyDelete
  2. Menarik nie nak tengok live esok. Boleh la nak salin resipi rendang kentang tu - almaklum Rawlins bukannya pandai masak kan. Hehe

    ReplyDelete
  3. Wow bagus ni ada live cara masak potato oleh chef sabri ni. Alang2 tgk live nanti boleh lah join contest plak nanti..10q for sharing this info

    ReplyDelete
  4. jarang guna US Potatoes kalau memasak sebab dia keras. Nak join la FB live Chef Sabri nanti, mana tahu ada resipi yang ngam untuk kentang jenis ni

    ReplyDelete
  5. Okeh ! Kak Sal save the date . Menarik gak sebab live dengan Chef terkenal tu .. rugi tak tengok ni..dapat ilmu masakan

    ReplyDelete
  6. Ohh competition ke, ingatkan resepi. Hahaha. Syok tu dapat jumpa Chef Sabri.

    ReplyDelete
  7. Waaa harini kann, kena tunggu ni kang, apalaa menu yang Chef nak masak yerr...

    ReplyDelete
  8. Okey harini. macama menarik. Tapi saya tengok je lah. masak tak reti. Hahahahahah

    ReplyDelete
  9. bestnyaaa boleh tgok live

    ReplyDelete
  10. Okay sempat lagi nak tengok. ingat ke dah start rupanya petang ni. Thanks share pasal ni ya mawardi

    ReplyDelete
  11. okay menarik ni..alahai tapi iena kene tengok yg record la sebab ade hal kejap lagi tak dapat tengok live

    ReplyDelete
  12. Tak pernah dengar lagi rendang kentang. Mesti menarik ni untuk ditonton. Dahlah kite ni hantu kentang hehe.

    ReplyDelete
  13. Wow menariknya boleh la tgk live nnt tgk juadah menu apa di masak chef

    ReplyDelete
  14. Okkejap lagi nak live kan. Nanti nak tengok.. Cntik pulak beg dia. Hehhe.. Suka tengok chef sabri masak..

    ReplyDelete
  15. Alaa melepas tgok. Sis jarang gunakan kentang ni sb susah nak cari kat area sis ni.

    ReplyDelete