Thursday, May 21, 2020

TUTORIAL BUAT TULISAN JAWI DI ADOBE ILLUSTRATOR



Mesti ramai di antara korang sukar untuk mendapatkan idea bagaimana untuk membuat tulisan jawi dalam proses rekabentuk grafik menggunakan Adobe Illustrator kan? Ianya sudah semestinya mustahil jika komputer korang tidak di programkan dengan penulisan jawi atau arab.

Tapi, korang tak perlu risau kerana article saya pada kali ni akan menunjukkan cara-cara mudah untuk menulis tulisan jawi atau arab di Adobe Illustrator walaupun komputer korang hanyalah sekadar komputer biasa yang tidak diprogramkan khas untuk tulisan jawi atau arab.

Ternyata ini yang akan berlaku sekiranya, kita menggunakan cara copy dan paste tulisan jawi ke aplikasi di Adobe Illustrator. Tulisannya tidak akan kelihatan sepertimana yang asal & error.



Jadi berikut merupakan "Hacks Tulisan Jawi & Arab di Adobe Illustrator" yang mudah dan menjimatkan masa yang boleh korang cuba.

STEP 1

Jika client meminta untuk menggunakan tulisan jawi di dalam design mereka, korang boleh mendapatkan bantuan penukaran tulisan dari rumi ke jawi secara online di laman sesawang (website) ejawi.net .


Caranya sangat mudah, anda hanya perlu masukkan perkataan dalam tulisan rumi yang anda ingin tukarkan ke jawi di ruangan "Your Malay Text Here" dan klik butang "Convert" untuk mendapatkan Transliterasi perkataan anda. Hasil dari transliterasi akan anda peroleh di ruangan kotak di bahagian bawahnya yang tertulis "Conversion Result".


Sebagai contoh, saya ingin menukar perkataan "Salam Sejahtera" dalam tulisan rumi ke dalam tulisan jawi seperti dalam gambar di atas.

STEP 2

Anda perlu "zoom tatapan screen" yang menunjukkan tulisan jawi tadi sebesar mungkin (maximum) yang boleh. Kemudian buat "screenshot" tatapan tersebut.


Simpan file yang telah di screenshort tadi dalam format .JPG,.PNG atau apa-apa format yang boleh di akses oleh Adobe Illustrator.

STEP 3

Kemudian, buka software Adobe Illustrator di laptop anda dan import file tadi. Seterusnya klik pada gambar yang telah di export tadi dan klik pada Object >> Image trace >> Make and Expand.


Akhir sekali, tulisan tersebut sudah di tukar ke bentuk vector dan ianya sudah bersedia untuk dipindahkan dan digunakan pada design anda di Adobe Illustrator.


Konsep dia sangat mudah, screenshort dan tukar ke bentuk vector. Jadi itulah tutorial ringkas bagaimana cara untuk memasukkan tulisan jawi ke dalam design di software Adobe Illustrator. Terima kasih.

15 comments:

  1. Wah. Ini sudah bagus. InsyaAllah boleh praktis la lepas nie. Thanks so much sharing info ini.
    Almaklum PKPB nie Rawlins ada la sikit masa nak try benda baru kan.

    ReplyDelete
  2. Satu app yang memang bagus untuk kita mempelajari tulisan jawi khususnya anak anak muda sekarang ni.

    ReplyDelete
  3. hmm idea yang bagus, nak juga guna tulisan jawi ni, print kat kertas dan buat hiasan di dinding rumah. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  4. wah menarik ni. dah lama tinggal jawi. boleh buat ulang kaji balik. moga kita jaga warisan tulisan jawi selamanya

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak tulis jawi boleh la brush up balik haha..

    ReplyDelete
  6. Info yang sangat berguna. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  7. Wah akk baru tahu. Tq tau atas perkongsian ni. Mmg sgt menarik dan bermanfaat

    ReplyDelete
  8. wahhh senang je rupanya! Thanks share tips ni, senang la nak edit e-poster office nanti. Ada AI tapi kena banyak lagi belajar

    ReplyDelete
  9. bagi cikgu2 mengajar jawi banyak gunakan apps macam ni. nanti saya share tutorial ni

    ReplyDelete
  10. Baru ku tahu juga ni...senang nak poster ucapan raya nanti ni hehehe..makaseh Madi..

    ReplyDelete
  11. Good tips that you have shared. When the school teaching Jawi I know how to edit with your tips here hehe. Selamat Hari Raya!

    ReplyDelete
  12. wahh thanks for sharing. Dah lama tak menulis jawi since kerja ni. Nanti Boleh rujuk sini .

    ReplyDelete
  13. Sangat bagus tutorial macam ni tau, sebab kita pun pernah terfikir masalah ni. Cuma tak discover macam mana nak solvekan. Terima kasih share tau.. betul2 berguna ni

    ReplyDelete
  14. terima kasih kongsi tutorial ni. mudah jer nak buat ni. setel masalah yang selalu hadap bila customer request design poster ada tulisan jawi

    ReplyDelete
  15. Oh wow nowadays can learn so many things online, actually i belajar jawi before as an additional subject when i was in secondary school.

    ReplyDelete