INISIATIF PANTRI MAKANAN #AYAMWITHYOU OLEH AYAM BRAND DI KOTA BHARU


INISIATIF PANTRI MAKANAN #AYAMWITHYOU OLEH AYAM BRAND BANTU RAKYAT KELANTAN | Akibat dari wabak Covid-19 ni, ramai yang terjejas dan memerlukan bantuan dari segi barangan keperluan makanan dan sebagainya. Terkini, jenama terkenal Ayam Brand™ telah buat satu inisiatif yang menarik dengan memperkenalkan program bantuan pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara termasuk di Kota Bharu kini giat membantu pertubuhan amal untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan.

Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou ni telah mengubah naratif rakan kongsi kebajikan (Ayam Brand™) yang terlibat iaitu Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal.


Di Kota Bharu, Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan di Mukim Langgar meneraju usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini.
“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,” kata pentadbir Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan, Puan Nor Fahsha Binti Abdul Aziz
PANTRI MAKANAN PERCUMA #AYAMWITH YOU



Untuk pengetahuan korang, Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum selama 24 jam , untuk memudahkan sesiapa sahaja yang memerlukan untuk datang dan ambil apa yang mereka perlu. Penduduk membantu menyebarkan maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini pula diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari.
“Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Anak-anak ini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Puan Nor Fahsha.

Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti.
“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau.
Bagi yang tertanya-tanya, dimana lokasi Pantri makanan #AyamWithYou ni di Kota Bharu, ianya terletak di Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar 15000 Kota Bharu, Kelantan. Sesiapa yang ingin sama-sama membantu, boleh terus menghantar item tersebut ke pantri. Jadilah sebahagian daripada usaha murni memberi dan menerima barang keperluan ini.


Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my.

Post a Comment

15 Comments

  1. Bagus jugak kempen yang dianjurkan oleh pihak Ayam Brands Malaysia, sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan yang memerlukan .

    ReplyDelete
  2. Bagusnya ayam brand come up dengan inisiatif macam ni. Membantu sangat kepada yang memerlukan. Kita pun boleh menderma jugak kepada mereka.

    ReplyDelete
  3. wah bagus la ada inisiatif pantri makanan dr ayambrand ni..dapat membantu golongan yg memerlukan dan meringankan bebanan mereka

    ReplyDelete
  4. Bagus inisiatif macam ni dapat bantu orang yang susah. Harap harap jangan lah ada yang ambil kesempatan.

    ReplyDelete
  5. Bagusnya ayambrands ni. Cara ni salah satu cara yang sangat membantu golongan yang memeelukan sahaja

    ReplyDelete
  6. Wow!!!!! Bagus ayam brand buat inisiatif spt ini. Good for users. Thank you for sharing this good story.

    ReplyDelete
  7. inisiatif yang sangat bagus dari ayam brand. we should support too

    ReplyDelete
  8. Satu initiatif atau program CSR dari Ayam brand yg pasti menarik minat ramai.

    ReplyDelete
  9. First time dengar pantri makanan ni.

    ReplyDelete
  10. Bagus lah inisiatif ayam brands ni. Memudahkan bantuan sampai terus pada orang yang memerlukan. Bagusssss!

    ReplyDelete
  11. Bagus kan inisitiaf yang dibuat oleh Ayam Brand ni. Sekurangnya membantu mereka yang terjejas akibat Covid-19 ni.

    ReplyDelete
  12. Inisiatif yang bagus dalam membantu golongan golongan yang memerlukan. Boleh la iena war warkan dekat kawan yang dekat kota bharu

    ReplyDelete
  13. Inisiatif yang sangat bagus... Di samping mendirikan platform untuk menyumbang, dapat juga menggalakkan komuniti sama-sama menyertai aktiviti yang bermanfaat ini... Selain dapat berkongsi rezeki, dapat juga meningkatkan kesedaran dan memupuk sikap yang positif di kalangan masyarakat... Bravo #ayambrands

    ReplyDelete
  14. Sangat bagus kempen macam ni, sekurangnya jiran penduduk sekitarnya boleh juga amik bahan masakan dari pantri ni dalam keadaan sangat terdesak atau memerlukan..tak payah nak keluar membeli kann...syabas Ayam Brand..

    ReplyDelete
  15. satu inisiatif yang sangat bagus oleh Ayam Brand. Kipidap. Satu usaha yang perlu dipuji

    ReplyDelete