Thursday, April 23, 2020

KELUARKAN DUIT i-LESTARI KWSP AKAUN 2 UNTUK APA?


Wabak Covid-19 memberi kesan yang cukup hebat kepada ekonomi negara. Oleh sebab yang demikian juga, ramai diantara kita terjejas dari segi kewangan dan hilang punca pendapatan. Dari sini kita dapat lihat bahawa ramai yang tidak bersedia menghadapi krisis ini kerana sebelum ini mereka kurang ada kesedaran dalam membuat tabungan kecemasan.


Sebagai langkah untuk membantu rakyat yang kini berada dalam situasi sukar berdepan dengan ancaman wabak merbahaya, Perdana Menteri Malaysia ada mengumumkan bahawa bagi sesiapa yang mempunyai caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pengeluaran dalam Akaun 2 anda. Namun, pengeluaran tersebut adalah terhad kepada jumlah maksimum RM500 sebulan. Diharap, dengan kelonggaran ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka yang hilang punca pendapatan.

Pada awalnya, saya sendiri tidak berniat untuk keluarkan wang KWSP saya kerana yakin bahawa wang tabungan sedia ada cukup untuk menampung keperluan saya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. Tapi bila difikirkan balik, kenapa tidak dikeluarkan dan simpan atau laburkan di tempat lain. Jadi, saya cuba ambil peluang yang ada.


Pepatah Inggeris ada mengatakan, “NEVER PUT ALL YOUR EGGS IN ONE BASKET”. Kenapa tidak boleh letakkan semua telur dalam satu bakul? Andai bakul yang satu itu terlepas dari genggaman, kesemua telur akan pecah berderai. Tiada lagi yang tertinggal sebagai bekalan kita. Tetapi, jika kita bijak mengagihkan telur-telur itu ke beberapa bakul, tidak semua telur akan pecah andai terjadi apa-apa yang tak diingini.

Alhamdulillah, permohonan untuk keluarkan i-Lestari KWSP akaun 2 telah pun diluluskan. Pengeluaran wang dari i-Lestari KWSP akaun 2 ini bukan untuk saya gunakan, tapi saya merancang untuk menyimpan kembali wang tersebut di unit amanah (unit trust) sebagai tempat pelaburan kedua saya. Paling tidak, saya ada merancang untuk kestabilan kewangan saya untuk masa depan.

Dapatkan Unit Trust Dana Pilihan Anda Sekarang!

Sekiranya anda pun mempunyai plan yang sama dan berminat untuk membuat pelaburan jangka masa panjang di Unit Trust, korang boleh contact saya sendiri sebagai perunding unit trust RHB untuk maklumat lanjut. Anda boleh menghubungi saya sekarang melalui detail di bawah!

MAWARDI YUNUS | PERUNDING KEWANGAN UNIT AMANAH RHB
Hubungi / Whatapp : +60182266623

Anda telah membaca artikel berkenaan KELUARKAN DUIT i-LESTARI KWSP AKAUN 2 UNTUK APA?

17 comments:

  1. Betullah orang cakap kalau masih mampu, tak perlu keluarkan pun duit dalam KWSP. Unit trust berbaloi jugak tak untuk invest

    ReplyDelete
  2. Mak selalu pesan, kalau nak habis, tinggallah secebis. Jangan habiskan semua tinggal sehelai sepinggang.

    ReplyDelete
  3. smoga duit dr kwsp yg dpt dikeluarkan dpt digunakan sebaiknya nanti

    ReplyDelete
  4. Kena bijak menggunakannya dan perlu tau sebelum mohon, untuk apa duitnya, jika keperluan, gunalah, kalau kemahuan aje, baik simpan aje kan Madi..

    ReplyDelete
  5. betul tu, gunakan duit yang ada untuk simpanan atau pun pelaburan. dan dalam keadaan macam ni kene ingat supaya tidak boros dan beli barang yang tak perlu

    ReplyDelete
  6. Eloklah menyimpan dan bersaham kan - yang penting ada yang pakar untuk membantu kita agar tidak letak saham sesuka hati kan

    ReplyDelete
  7. Nak kena banyakkan melabur kat tempat lain lain supaya ada back up jika ada hal yang berlaku kan?.

    ReplyDelete
  8. betullah kalau tak tahu nak gunakan dan tak ada keperluan buat apa nak keluarkan, KWSP ni adalah simpanan masa tua, jadi biarkan sahaja duit tu tersimpan pendapat saya.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah kerana Mawardi kita telah melabur dalam Unit Trus ni kerana kita tahu wang KWSP boleh dikembangkan dan di laburkan oleh mereka yang pakar hehehe rugi siapa tak buat semua tu ...

    ReplyDelete
  10. Betul la tu, bila ada peluang nak keluarkan, boleh keluarkan. Tapi seeloknya jangan guna duit tu kearah yang tak betul. Betetr simpan tempat lain kan. Bagi membiak lagi atau bayar hutang ke

    ReplyDelete
  11. boleh juga keluarkan, cuma kena pastikan gunakan sebaik2nya.

    ReplyDelete
  12. Saya tak ada kwsp dah. Tapi ada simpan untuk i saraan lah.. Bulan bulan masukkna ikut berapa yang kita nak. Suami ada kwsp. Dia keluarkan pun nak simpan dalam asb katanya.

    ReplyDelete
  13. Sama pulak plan kewangan kita. Keluarkan dan melabur ke tempat lain. Simpan biar beranak pinak. Jangan habiskan. Guna jika kecemasan.

    ReplyDelete
  14. Atul pun awalnya tak keluarkan akaun kwsp 2 tu sebab duit dalam tu memang dah dikeluarkan. Tapi aritu saja try mohon, tak sangka lulus hehe. Tapi untuk buat apa, tak pasti lagi hehe

    ReplyDelete
  15. Tu la za pun keluar kan utk simpan di tempat lain yg bole dpt pelaburan balik. Simpan kwsp lama2 pun lambat faedahnya ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  16. Kena bijak kendalikan duit sekarang ni.. invest pun ada manfaatnya

    ReplyDelete
  17. Kena hati2 dgn guna duit skrg...biar kita lebih berjimat waktu covid nie

    ReplyDelete