Tuesday, March 17, 2020

BUFFET RAMADAN 2020 DI PARKROYAL KUALA LUMPUR HOTEL


Buffet Ramadan 2020 di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel | Untuk artikel kali ni, saya akan kongsikan dengan korang sebiah lagi lokasi berbuka puasa tahun 2020 yang boleh korang kunjungi yang ada di area tumpuan pelancong iaitu Bukit Bintang. Lokasi yang saya maksudkan itu adalah PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel yang berada betul-betul berhadapan dengan pusat beli belah Sungei Wang. 

HIDANGAN BUFFET SELURUH NEGERI

Buffet Ramadan tahun 2020 di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel akan diadakan di salah sebuah restoren mereka iaitu Chatz Bressarie yang berada ditingkat bawah lobby utama hotel tersebut. Buffet Ramadan tahun 2020 ni mereka ada memperkenalkan konsep live food stall stations dengan pelbagai jenis pilihan hidangan tradisi Malaysia yang terkenal dari beberapa negeri di seluruh Malaysia termasuk Sarawak. Semua menu terkumpul menjadikannya lebih kurang 50 jenis hidangan yang sangat menyelerakan.

BUFFET RAMADAN 2020 DI PARKROYAL KUALA LUMPUR HOTEL

Antara hidangan yang mesti dicuba ialah Ikan Goreng Kari Pulleh Rangup Johor Berlada Hitam oleh Chef Isham, Nenda Ayam Goreng Inchi Kabin oleh Chef Hazmi, Kambing Panggang Cik Mek Molek Mewangi yang terkenal oleh Chef Razalee, Gulai Kawah Pedas Tetap Omak Den oleh Chef Khairulizam dan Nasi Tomato banyak lebih lagi.

BUFFET RAMADAN 2020 DI PARKROYAL KUALA LUMPUR HOTEL

BUFFET RAMADAN 2020 DI PARKROYAL KUALA LUMPUR HOTEL

BUFFET RAMADAN 2020 DI PARKROYAL KUALA LUMPUR HOTEL

BUFFET RAMADAN 2020 DI PARKROYAL KUALA LUMPUR HOTEL

Selain dari itu, atas permintaan yang tinggi Chef Stewart juga akan membawa Mi Kolok Bumi Kenyalang ke dalam menu buffet Ramadan tahun 2020 di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel .

BUFFET RAMADAN 2020 DI PARKROYAL KUALA LUMPUR HOTEL

Sebagai pemanis mulut, korang boleh cuba Bubur Kacang Hijau Durian yang disesiakan oleh Chef Azmi. Selain dari Bubur Kacang Hijau Durian ada banyak lagi pemanis mulut yang korang boleh pilih.

BUFFET RAMADAN 2020 DI PARKROYAL KUALA LUMPUR HOTEL

BUFFET RAMADAN 2020 DI PARKROYAL KUALA LUMPUR HOTEL

BUFFET RAMADAN 2020 DI PARKROYAL KUALA LUMPUR HOTEL

Secara keseluruhannya, makanan yang dihidangkan dalam menu buffet menu buffet Ramadan tahun 2020 di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel ni boleh dipuji dari segi kualiti dan rasanya, cuma saya rasa akan lebih best kalau ada dihidangkan sirap selalih dan minuman asam boi.

Harga Buffet Ramadan Tahun 2020 di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel 

Harga yang dikenakan untuk buffet ramadhan di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel adalah RM132nett (Dewasa) dan RM66 (Kanak Kanak 5 - 11 tahun) tetapi korang boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah kalau booking awal sebab dorang ada promosi EARLY BIRD.

EARLY BIRD PROMOTION!

Untuk lebih menjimatkan, saya nasihatkan korang untuk buat tempahan Iftar / buka puasa di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel bermula 16 MAC 2020 sehingga 26 APRIL 2020 dan nikmati harga buffet dengan hanya RM93 nett per person.

BUFFET RAMADAN 2020 DI PARKROYAL KUALA LUMPUR HOTEL

Kalau korang perlukan maklumat lanjut berkaitan dengan buffet ramadhan di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel, korang boleh hubungi mereka di +603 2147 0088 atau [email protected]

14 comments:

  1. Lepas makan blh jalan2. Tp yang best nya siap ada live food stall. Menarik

    ReplyDelete
  2. Mee Kolok tu nampak sedap yaa Madi, ada rasa tak? Menu-menu lain pun semua nampak hebat juga tu..harga sesuai dengan apa yang di sajikan...Tahun ni macam manalah Ramadhan kann.. :(

    ReplyDelete
  3. uiks sedap2 nya menu dia ye mawardi.. mee kolok tu nmpk menarik sgt... boleh cuba la nnt...

    ReplyDelete
  4. Rawlins makan mee kolok tu berulang hahaha yang best adalah air istimewanya kan. Nampak memasing mengambil berulang makanan kat sini kan

    ReplyDelete
  5. Serious ar lauk pauk they all sedap sedap. Tengah kat rumah ni tengok grilled lamb sedap nye.

    ReplyDelete
  6. Tengok macam sangat sedap...

    ReplyDelete
  7. Mesti sedap makanan kat Hotel ni kan? Harap2 wabak covid-19 akan hilang menjrlang Ranadan.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya tgok makanan kat sana. Harap bulan puasa ni dah redalah wabak2 ni..bolehlah cuba berbuka kat sana

    ReplyDelete
  9. semua pun sedap2. saya paling suka bubur kacang hijau tu. fuh sedap betul

    ReplyDelete
  10. Looks yum! Gotta ajak my friends sama sama pergi Buffet Ramadan~thanks for sharing & introducing!

    ReplyDelete
  11. Ya ampun.sedap2nya makanan kat sini. Teruja giler kita tengok hehe

    ReplyDelete
  12. wah sedap2 belaka menunya. terliur pulak sementara tengah quarantine dekat rumah ni. hehe

    ReplyDelete
  13. Bestnya semua makanan dari seluruh negeri ada. Bolehlah rasa makanan dari negeri lain yang tak pernah makan kan

    ReplyDelete
  14. Sekarang dh start buffet ramadhan kan. Semua nampak sedap2 tu. Harga pun nampak sesuai dengan hidangan. Meriah.

    ReplyDelete