CHEWIE MELLOW KINI DI SOLARIS MONT KIARA



Chewie Mellow adalah salah satu cafe yang menghidangkan makanan pencuci mulut yang diilhamkan dari Taiwan. Tak salah untuk saya katakan bahawa ianya merupakan syurga bagi mereka yang merupakan big fans kepada pencuci mulut berais terutama Taro Balls dan Tang Yuan.

Selepas pembukaan cawangannya di Setapak dan Subang SS15, kini Chewie Mellow telah membuka lagi satu cawangannya di Solaris Mont Kiara. Dengan logo dan maskot yang sangat comel, cafe Chewie Mellow di Solaris Mont Kiara ini diberi pencahayaan yang sangat baik dengan sentuhan dekorasi cafe yang minimalis dan berwarna pastel lembut. Ini membuatkan cafenya menjadi sangat menarik dan insta-whorthy

Mix & Match Dessert
Chewie Mellow tidak hanya menghidangkan pencuci mulut berais sahaja, korang juga boleh menikmati pelbagai menu lain seperti ; Crispy Fried Chicken, Popcorn Chicken, Tempura, Cheesy Fries, Crispy Plum Potato dan banyak lagi.

Popcorn Chicken, Tempura

Milky Mochi in Match Flavour
Winter Mellon w/Mini Taro Ball, Cincau w/Fresh Milk & Milky Brown Sugar w/Pearl
Selain itu, Chewie Mellow juga ada menawarkan seleksi pasta dan nasi untuk pelanggan mereka. Dengan tambahan RM 2 untuk seleksi ini, korang akan dihidangkan dengan tambahan Winter Melon Tea.

Spicy Jjajangmyeon & Carbonara Pasta
Untuk pengetahuan korang, Taro Balls dan Tang Yuan dari Chewie Mellow merupakan homemade dari resipi mereka sendiri. Jika tidak puas makan di sini, korang juga boleh membeli Taro Balls dan Tang Yuan frozen yang ada dijual dengan harga RM12.90 per box.


Secara keseluruhan, saya sangat suka dengan pilihan pencuci mulut yang ada di sini. Kepada korang yang gemarkan pencuci mulut berais, datang dan cuba sendiri menu yang mereka ada. Tak rugi untuk korang cuba Mix & Match Dessert mereka, banyak pilihan topping yang sedap dan menarik menanti korang.

Alamat : K-G-04, Solaris Mon’t Kiara, No. 2, Jalan Solaris, 50480 KL.
Instagram : https://www.instagram.com/chewie_mellow/

Post a Comment

11 Comments

  1. Ni dekat dengan umah kak ni boleh la pergi cuba sebab belum pernah rasa menu Chewie Mellow ni.

    ReplyDelete
  2. Yang macam kembang-kembang tu bawang goreng ek Madi? Macam KFry tu? ke lain?
    Tapi cute giler laaa mascot kedai tu..comel.. ni kalau anak Sis tau ni, kompom pi mencari...

    ReplyDelete
  3. Oh. Bukan setakat desserts ye, siap ada comfort food kat sini ye. Macam nak ajak my friends try gak - dia peminat desserts

    ReplyDelete
  4. The food all looks so good! Nak gi tryyy

    ReplyDelete
  5. Ape ke comel nama tempat ni.. Makanannya pun santai je.. Bolehlal nanti pergi cuba. Tempat dia pun macam menarik je

    ReplyDelete
  6. nampak comdl dan sedap...perghh tengok rupa makana dah tahu kenikmatannya heheh

    ReplyDelete
  7. Bestnye..nak gi rasalah..k mid mmg minat makanan mcm nie..

    ReplyDelete
  8. mujur jauh dari rumah kalau tak teringin dh jejak ke sana ni haa.. namapk sedap sedap belaka

    ReplyDelete
  9. Aduhaiii sedapnya tengok madi..teringin pulak tekak ni nak makan. Nanti berkesempatan nak singgah lee

    ReplyDelete
  10. Mix & Match dessert tu nampak sedap sangat Madi weih! If ada rezeki ke belah2 sana boleh la singgah lepak kat sini

    ReplyDelete