Saturday, September 07, 2019

TUTORIAL BUAT HANTARAN BALUT PALING MUDAH


Masyarakat Melayu di negara kita cukup kuat dengan pegangan dan adat nenek moyang. Nak nak kalau bercerita tentang urusan dan hal perkahwinan. Semuanya kalau boleh nak ikut adat dengan sebaiknya. Bila bercakap mengenai perkahwinan, hantaran merupakan salah satu perkara yang cukup sinonim dengan majlis perkahwinan ni. Akan menjadi kemestian setiap kali perkahwinan adalah dulang hantaran. Kalau zaman dulu, dulang tembaga sememangnya menjadi pilihan orang tua kita.

Walaupun zaman semakin maju, konsep berkenaan adat hantaran tetap dipelihara oleh setiap orang dan keluarga. Cuma, cara penyampaian tu mungkin sedikit berbeza. Sebagai contoh, kalau dulu setiap barang hantaran akan dihias dan ditunjuk di atas dulang. Tapi kini nampaknya sudah menjadi trend ramai pengantin memilih untuk membuat hantaran sembunyi atau lebih dikenali sebagai hantaran balut.

Baru-baru ni viral di twitter tentang perkara ni. Bermacam-macam design hantaran balut telah dikongsikan oleh orang ramai dan ianya telah mendapat respon positif dari netizen. Jadi untuk artikel kali ni, saya nak kongsi dengan korang video tutorial buat hantaran balut yang sangat mudah.


Amacam!! Nampak senang bukan. Terima kasih kepada Aiman Ariff atas perkongsian cara-cara membuat hantaran balut yang cukup mudah dan cepat dengan kos yang rendah.

0 comments: