Wednesday, September 04, 2019

Flashback August 2019

Insyaallah bermula bulan Ogos ni, saya akan cuba rajinkan diri untuk update berkenaan aktiviti bulanan saya di dalam entry. Ini adalah inisiatif saya untuk lebih aktif dan tidak malas untuk mengupdate blog saya ni.

3 OGOS 2019 | Flashmob Awam Retro KL




Pada 3 Ogos yang lepas, saya dan beberapa orang sahabat dan rakan blogger berkesempatan mengikuti satu acara flashmob awam sempena mempromosikan Negeri Selangor iaitu Retro Klang 2019. Acara ini telah membawa kami menaiki Keretapi Khas menuju ke Bandar di Raja Klang sebagai lokasi utama acara ini.

20-24 OGOS 2019 | FAM Trip Ke Terengganu


Dah lama tidak melibatkan diri dalam FAM trip sebenarnya. Memandangkan pada 20-24 Ogos 2019 yang lepas saya mempunyai masa terluang, maka dapatlah saya bersama-sama rakan media lain  termasuk beberapa orang media antarabangsa menyertai FAM Trip You’ll love Terengganu..and forever! anjuran Tourism Terengganu dengan kerjasama pihak Gaya Travel Magazine.



Memandangkan dah lama tak ke panggung wayang, pada 26 Ogos yang lepas saya telah berpeluang menonton pra tayangan Filem 47 Meters Down Uncaged bersama kawan-kawan di TGV KLCC. Alang-alang saya dan kawan-kawan dah berada di KLCC, sempat juga tangkap pokemon baru untuk koleksi kan. hehehe. Masa ni juga pertama kali jumpa kenalan Instagram iaitu saudara @sffnom .

5 comments:

  1. Waaa bagus idea Madi buat macam ni, flashback aktiviti bulanan kita, nak tiru boleh tak? Hehehehe

    ReplyDelete
  2. Bagus idea ni, tak susah2 nak cari idea bila nak mem blog nanti..

    ReplyDelete