Tuesday, September 10, 2019

DENAIHATI INSPIRASI KEPADA SEMUA



Denaihati satu nama yang cukup gah di kalangan blogger di Malaysia malah di beberapa negara jiran kita seperti Indonesia juga. Denaihati juga banyak menganjurkan program-program yang menarik bukan sahaja menfokuskan dalam hal blog sahaja, malah juga dalam hal keusahawanan. Untuk pengetahuan korang, Tuan Haji Amir Hassan merupakan pengasas kepada legasi hebat Denaihati ni. Apa yang saya boleh katakan, dengan pengalaman dan ilmu yang beliau ada, ia sudah semestinya telah menjadi guru terbaik buat kami yang masih baru ni.

bersama pengasas Denaihati, Tuan Haji Amir Hassan

Lihat sendiri bagaimana dengan peribadi beliau, seorang yang sangat rendah diri dan tidak lokek dengan senyuman. Saya rasa, bukan saya seorang saya akan terinpirasi dengan beliau, malah ramai lagi rakan-rakan blogger menjadikan beliau seorang idola yang hebat.

Saya sendiri pernah bersama team projek travel menyertai beberapa program dan acara yang telah dianjurkan oleh Denaihati. Antara program terbesar yang saya pernah ikuti adalah Sepetang Bersama Blogger untuk beberapa tahun penganjurannya. Apa yang lebih terharu, team kami pernah dinobatkan dan menerima anugerah "Best Travel Blog" oleh team Denaihati. Terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan. Tak sangka juga ada yang nampak usaha kami selama ni.


Bukan sekadar aktif di blog sahaja, Denaihati juga mempunyai kedai online mereka sendiri iaitu Denaisell.com . Di Denaisell.com, ia  bukan hanya sekadar tempat untuk memasarkan produk mereka sendiri sahaja, malah memberi peluang kepada usahawan yang baru untuk memasarkan produk mereka secara online. Jadi jemputlah ke Denaisell.com. Marilah sama-sama kita support usahawan kita.

Apa yang boleh saya katakan, semoga Denaihati akan terus aktif memberi inspirasi kepada semua. Bukan sahaja untuk kita di Malaysia, tetapi untuk mereka di seluruh dunia juga. 

1 comment: