Friday, July 19, 2019

MAKAN-MAKAN DI GOOBNE CHICKEN MYTOWN

Delicious UFO cheese fondue

Sekarang ni makin banyak pulak restoran-restoran makanan berkonsepkan makanan korea diwujudkan di Malaysia. Antara salah satu darinya adalah GOOBNE CHICKEN yang ada di MyTown . Kalau tak silap saya, GOOBNE CHICKEN yang ada di MyTown ni merupakan outlet sulung dan satu-satunya cawangan mereka yang ada di Malaysia.

Untuk pengetahuan korang, Goobne itu bermaksud ketuhar panggang. Jadi kesemua resipi ayam-ayam yang ada dijual kat sini dipanggang di dalam ketuhar selama 13minit pada 195º tanpa menggunakan setitis minyak pun untuk memelihara rasa asli ayam itu sendiri. Jadi terdetik jugak nak rasa macamana hidangan ayam diorang kan!


Alang-alang nak cuba kami ambik set UFO ni haha. Dapat 2 jenis ayam dan mozarella cheese

Tempohari kami sempat oder dan rasa dua jenis menu popular diorang iaitu FRUITY SOY GARLIC CHICKEN dan PEPPER CRISPY CHICKEN. Kedua-dua ni kami pilih sebab tak nak pedas sangat. Selain dari jenis-jenis ni ada lagi yang lain seperti VOLCANO CHICKEN, GOOBNE DIP CHEESE CHICKEN dan ORIGINAL CHICKEN. Kalau korang nak yang super pedas saya cadangkan korang ambik VOLCANO CHICKEN tu.

RITA - Shark Blood

Untuk minuman, kami tertarik dengan RITA - Shark Blood ni. Saje oder satu nak cuba kan. Tapi sebenarnya kehendak tu lebih pada nak ambil gambar. hehe. Untuk pengetahuan korang, RITA ni merupakan Goobne Khas Non-Alcohol mocktail yang boleh korang oder tanpa ragu-ragu. Persembahannya cukup instagrammable dan sesuai bagi mereka yang suka bergambar sebelum makan. Sebaik sahaja korang mengeluarkan jerung, terdapat sos raspberi seakan darah akan mengalir keluar dari mulut jerung. Sangat cool bukan!!


Selain dari tu kami oder jugak fries cheese berlambak ni. Lupa pulak apa nama dia. Rasa dia pon not bad jugaklah. Memang berbaloi kalau korang nak oder.


Untuk maklumat lanjut mengenai menu korang boleh layari:

6 comments:

  1. Uiii air itu, darah jerung!! Kreatif gilee laaa orang yang buatnya...
    Ayam tu nampak sedaplah!!!

    ReplyDelete
  2. weii.. nanti repeat lagi makan kat sini nak tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom weh. tak puas weh makan ritu. nnti ajak ramai2 lagi meriah.

      Delete
  3. wah..ayam dengan cheese. mesti sedap kan. air tu gempak sangat..nasib tak telan sekali dengan shark tu..hahaha

    ReplyDelete
  4. Oh wow! Shark blood tu nampak mengancam betul. Lain daripada lain! Haha. Ayam-ayam dia pun nampak menggiurkan sangat. Nak singgahlah nanti!

    ReplyDelete