Saturday, January 19, 2019

KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA 2019

Siapa tidak kenal kumpulan penyanyi anak muda dari negara seberang iaitu SABYAN GAMBUS yang cukup popular dengan lagu-lagu keagamaan. Kewujudan mereka seolah munculnya sinar baru kepada industri muzik bergenre islamik sebegini.


Fenomena mereka mula menular ke negara kita Malaysia dengan begitu cepat, hampir semua lagu-lagu mereka menjadi siulan di bibir-bibir khususnya anak muda kita. Oleh sebab yang demikian juga, mereka telah datang ke Malaysia untuk bertemu peminat mereka dengan mengadakan satu Konsert di Stadium Melawati Shah Alam pada 12 Januari 2019 yang lepas.

KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA

THE HELMIES | Konsert KONSERT SABYAN GAMBUS LIVE IN MALAYSIA telah bermula sekitar 8.45 malam dengan persembahan pembukaan oleh The Helmies iaitu adik beradik, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.


Selepas persembahan mereka, penonton seterusnya dihidangkan dengan tazkirah oleh seorang penceramah jemputan yang berkongsi mengenai adab berhibur dalam Islam.

KUMPULAN UNIC | Persembahan pembukaan seterusnya adalah daripada kumpulan UNIC yang mendendangkan empat lagu mereka iaitu Sedar, Hanya Tuhan Yang Tahu, Zinnirah dan Ainul Mardiah.


Selepas dihiburkan oleh dua kumpulan nasyid dari negara kita iaitu The Helmies dan UNIC, kumpulan Sabyan akhirnya muncul menghiburkan peminat sekitar 9.45 malam dengan irama rancak selawat berjudul Nassim diikuti Ahmad Ya Habibi yang mendapat tepukan gemuruh daripada peminat.


Sejurus selepas persembahan lagu Ya Asyiqol medley Ya Habibal, Nissa kelihatan sebak dan menyampaikan lagu dengan penuh perasaan sedih kerana terkenangkan sahabat mereka yang meninggal dunia pada tahun lalu.


Ketika menyampaikan lagu yang mempopularkan kumpulan asal Indonesia ini berjudul Deen As Salam yang mencapai lebih 190 juta tontonan di YouTube, suara peminat mereka kembali bergema.


Pada malam tersebut, mereka juga turut menyampaikan single keempat mereka yang berjudul Sukron Lillah dan ia bercerita pasal syukur kepada setiap nikmat Allah. Sementara itu, sebelum menyampaikan lagu Ya Maulana, Nisa meminta semua penonton untuk memasangkan lampu telefon bimbit bagi memberi momen indah.

Sebanyak 13 lagu disampaikan oleh kumpulan Sabyan yang turut dianggotai Ahmad Fairuz aka Ayus (keyboard), Sofwan Yusuf aka Wawan (Percussion), Kamal (darbuka), Tubagus Syaifulloh aka Tebe (biola) dan Anisa Rahman (backing vokal). Konsert telah berakhir kira-kira jam 11 malam dengan lagu bonus Assalamualaika yang diberi nafas baru.

Kredit Photo : SeenGraphy

0 comments: