travel, food and lifestyle blog

Followers

REDTAIL KARAOKE : KARAOKE DI GENTING HIGHLAND


Bercuti di Genting Highland dengan kawan-kawan sudah semestinya memerlukan hiburan yang secukupnya. Memandangkan tama tema Genting masih belum siap sepenuhnya, korang boleh berhibur di Redtail Karaoke.


Redtail Karaoke boleh memuatkan sehingga 60 pax pada satu-satu masa. Semua bilik dilengkapi dengan peralatan karaoke terkini yang terkini, dan peranti skrin sentuh mesra pengguna dan juga mikrofon retro. Disini juga ada menyediakan koleksi lagu berjumlah lebih daripada 10,000 yang sentiasa dikemas kini, mulai dari yang lama hingga ke hits terkini. Setiap bilik mempunyai dekorasi temanya yang tersendiri yang sudah semestinya sangat cantik dan selesa.


Untuk pakej pula, anda boleh memilih ‘Let’s Sing’ pakej pada harga RM200 yang sesuai untuk 3-4 pax dalam satu bilik. Terdapat juga pakej ‘Ladies & Gentlemen’ yang berharga RM500 yang sesuai untuk 10 pax pada satu bilik. Pakej-pakej tersebut termasuk air dan makanan. Terdapat juga kudapan yang boleh anda pilih di dalam bilik-bilik tersebut.


Redtail Karaoke ini dibuka setiap hari bermula dari pukul 5 petang sehingga 3 pagi.
Share:

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive