3 KAEDAH UNTUK MELABUR DALAM SIMPANAN UNIT TRUST


Bagi korang yang masih terfikir-fikir cara untuk melabur dalam simpanan unit trust, saya boleh cadangkan kepada anda dengan menggunakan beberapa kaedah. Konsepnya adalah sama seperti ASB, iaitu salah satu dana unit trust, tetapi perbezaannnya adalah ASB menggunakan keuntungan berbentuk dividen + bonus manakala unit trust memberikan keuntungan melalui dividen + kenaikan harga unit dana. Jom lihat kaedah untuk melabur dalam simpanan unit trust!

1. Cash / Tunai

Terdapat dua jenis unit trust yang anda boleh lakukan melalui kaedah ini iaitu cash lump sum ataupun cash regular.

  • Cash Lump Sum

Cash lump sum merupakan wang yang anda laburkan secara sekaligus. Contohnya, anda boleh melabur secara tunai bermula RM 1,000. Jika nilai pelaburan anda melebihi RM 20,000, anda digalakkan untuk membuat pecahan Fund – Diversify. Ini bermaksud mungkin anda akan melabur RM 10,000 di dalam dana A manakala anda laburkan RM 10,000 lagi di dalam dana B.


  • Cash Regular (Extra Money)

Cara ini boleh digunakan sekiranya anda mempunyai duit yang lebih untuk dilaburkan di dalam unit trust anda. Anda boleh top – up akaun anda sekiranya anda mempunyai duit yang lebih pada bila – bila masa. Namun begitu, anda boleh memilih sekiranya anda mahu top – up akaun unit trust yang sama ataupun membuka akaun yang baru. Mungkin juga anda mahu membuka fund yang baru. Ini adalah terpulang kepada anda untuk membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan yang cerah.

2. Regular Saving Plan

Regular Saving Plan boleh dilakukan dengan membuat arahan kepada bank untuk transfer duit dari akaun simpanan kepada akaun pelaburan anda. Ini juga adalah strategi ‘Ringgit Cost Averaging’ untuk mendapatkan nilai unit yang lebih rendah serta menguntungkan. Pada permulaannya, anda hanya perlu membuka akaun dengan pelaburan minimum RM 500 dan diikuti dengan simpanan min bulanan sebanyak RM 100 sebulan.

3. EPF / KWSP


Skim ini pula membolehkan ahli memindahkan sebahagian daripada simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan. Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melbihi 30% daripada jumlah yang melebihi simpanan asas di dalam Akaun 1. Contohnya, anda boleh mewujudkan Akaun 3 sendiri yang khas untuk pelaburan bagi meningkatkan simpanan persaraan. Amaun yang layak dilaburkan adalah 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi simpanan asas mengikut umur dalam Akaun 1.


Pelaburan minima adalah RM 1,000. Ia boleh dilakukan setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumya. Jadi, anda boleh menyemak caruman KWSP anda di pusat panggilan KWSP, pejabat KWSP berhampiran, kiosk KWSP (termasuk RHB Easy), i- Akaun dan penyata KWSP.

Dapatkan Unit Trust Dana Pilihan Anda Sekarang!

Sekiranya anda masih memerlukan pandangan ataupun lebih penerangan, anda boleh bertanyakan perunding unit trust RHB iaitu En. Mawardi. Anda boleh menghubungi beliau di talian dan info di bawah untuk mendapatkan unit trust pilihan anda sekarang!

EN. MAWARDI | PERUNDING KEWANGAN UNIT AMANAH RHB
Hubungi: +60182266623

Anda telah membaca artikel berkenaan 3 KAEDAH UNTUK MELABUR DALAM SIMPANAN UNIT TRUST

Post a Comment

2 Comments

  1. singgah sini

    https://messarah.blogspot.com/2018/08/movie-review-game-night-uninvited-crush.html

    ReplyDelete
  2. Bagus melabur dari awal ni..mudah2an dengan izinNya, pelaburan berkembang biak dengan pesat pada umur yang tak terlalu tua..

    ReplyDelete