MITEC - RUANG PAMERAN CANTIK DAN LUAS DI KUALA LUMPUR



MITEC : Malaysia International Trade & Exhibition Centre merupakan sebuah ruang pameran yang sangat cantik dan terbesar di Kuala Lumpur. Saya sendiri baru sekali berkesempatan ke MITEC sempena MITA Fair yang telah berlansung pada Januari 2018 yang lepas. Dengan kemegahan dan keunikan senibinanya, ianya boleh menjadi mercu tanda ikonik terbaru yang membanggakan negara kita Malaysia.

Luas kawasan merangkumi lebih daripada 75 ekar tanah pembangunan prima yang terletak di lokasi yang sangat strategik di Kuala Lumpur, MITEC menawarkan pelbagai kemudahan canggih dengan ruang pameran yang cukup besar yang sesuai untuk pelbagai program dan acara berskala besar.


APA ITU MITEC? 

Untuk pengetahuan korang, MITEC merupakan singkatan untuk Malaysia International Trade & Exhibition Centre. Ia adalah sebuah tempat pameran yang terbesar di Malaysia. MITEC adalah kepunyaan kerajaan Malaysia yang telah dibangunkan dan disiapkan oleh pihak Naza TTDI Sdn Bhd, satu cabang hartanah Kumpulan Naza (Naza Corporation Holdings Sdn Bhd).


Sekarang, setelah diserah milik kepada pihak kerajaaan daripada pemaju, MITEC diuruskan oleh Prisma Galeri Sdn Bhd. Syarikat ini adalah pengurus bagi bangunan MITEC milik kerajaan ini. MITEC dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dengan diletakkan di bawah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), sebuah agensi promosi perdagangan kebangsaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).


Dari bangunan yang diinspirasikan senibina dari biji getah ini, ianya merupakan sebuah banguann yang mempunyai 3 tingkat sahaja. Walaupun hanya 3 tingkat, pada setiap tingkatnya cukup luas dan mempunyai banyak hall. MITEC juga terdapat kemudahan asas seperti tandas, surau, tempat letak kenderaan, restoran dan banyak lagi.

FAKTA BERKENAAN MITEC

Berikut merupakan beberapa fakta menarik yang korang perlu tahu berkenaan MITEC ni.



  1. Ruang pameran besar yang boleh memuatkan sehingga 2200 buah gerai (booth)
  2. Ruang pameran kosong seluas 3 ekar
  3. Mempunyai eskalator dengan ketinggian 15 meter panjang menjadikan ia salah sebuah eskalator tertinggi dan terpanjang di Malaysia.
  4. Ketinggian syiling dewan yang mencecah 36 meter.
  5. Semua dewan boleh diperluaskan sehingga 72 meter lebar dan 180 meter panjang
  6. Mempunyai jalan (ramp) yang menghubungkan terus ke dewan yang ingin dilawati

PENGANJURAN MSMW DI MITEC

Pada minggu yang lepas, Malaysia Social Media Week (MSMW) telah dianjurkan di MITEC. Dengan menggunakan dewan di tingkat 2 sahaja, ianya dikatakan mampu menampung kehadiran jumlah peserta yang ramai dalam satu-satu masa.





Sepanjang MSMW berlansung, terdapat pelbagai makanan menarik yang disajikan. Setiap masakan yang dihidangkan telah dimasak langsung oleh chef in-house MITEC sendiri. MITEC juga mempunya dapur mereka tersediri. Besar dan luas. Jadi kalau korang nak anjurkan apa-apa program disini, tak perlu pening kepala untuk fikir berkenaan catering atau sumber makanan yang korang nak tempah.





Macamana, menarik bukan? Untuk sebarang maklumat lanjut lain mengenai MITEC, bolehlah melayari mana-mana medium di bawah:

Laman sesawang: 
Instagram: Instagram
Facebool: Facebook
Twitter: Twitter

Post a Comment

1 Comments

  1. Wow kelas betul tempat ni! Bolehlah singgah sesekali.

    ReplyDelete