Untuk artikel kali ni, saya nak kongsikan tentang sebuah rancangan game show di hurr.tv yang melibatkan para Personaliti Media Sosial atau influencer seperti FaizDickie, Ucoppp, Dr. Say Shazril, Zukieee dan ramai lagi bersaing antara satu sama lain bersama pelajar-pelajar universiti iaitu Jom Cabar.
JOM CABAR
Program ini disiarkan di laman web www.hurr.tv setiap hari Jumaat, bermula 13 April 2018
hingga 11 Mei 2018 pada jam 6.00 petang dengan keseluruhan lima episod web.
‘Jom Cabar’ adalah program penutup yang dilakukan dalam siri jelajah Kempen Media Sosial FYI (singkatan Facebook, YouTube, Instagram) anjuran hurr.tv di lima universiti dan kolej tempatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Universiti Selangor (UNISEL). Ia membabitkan perlawanan di antara personaliti media sosial seperti Faizdickie, Ucop, Zukie dan Dr. Say Shazril bersama pelajar-pelajar.
Konsep ‘Jom Cabar’ membabitkan tiga cabaran berlainan. Cabaran pertama adalah permainan ayat di mana dalam sesi ini personaliti media sosial akan membacakan perkataan yang berbelit atau ‘tongue twister’. Pelajar kemudiannya perlu menyebut perkataan tersebut secara berturutan atau secara terbalik.
Cabaran kedua pula membabitkan permainan fizikal. Personaliti media sosial bersama pelajar perlu bermain beberapa jenis permainan seperti badminton dan bola. Permainan ini nampak mudah, namun dengan olahan atau ‘twist’ yang direka oleh pihak produksi, pelajar pastinya mempunyai kesukaran untuk memenangi segmen berkenaan.
Manakala cabaran ketiga pula adalah permainan ‘Gun-Ba-Ka’ atau lebih dikenali sebagai permainan tangan ‘Gunting-Batu-Kertas’. Uniknya, cabaran ini akan menampilkan dua personaliti media sosial bersama seorang pelajar. Jika seperti kebiasaan permainan ini membabitkan sebelah tangan sahaja, namun ‘Gun-Ba-Ka’ memerlukan pelajar menggunakan kedua-dua belah tangan untuk memenangi segmen berkenaan menewaskan personalitipersonaliti terbabit. Ketiga-tiga cabaran ini memberikan pelajar hadiah menarik termasuk hadiah utama iaitu sebuah telefon pintar Oppo F5.
Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly berkata, “Program ‘Jom Cabar’ adalah program
permainan (game show) interaktif yang memberi peluang kepada pelajar yang menghadiri
Kempen Media Sosial FYI anjuran hurrr.tv untuk menyertai cabaran-cabaran unik bersama
dengan personaliti media sosial. ‘Jom Cabar’ memberi satu pengalaman mengujakan kepada
pelajar untuk mengenali serta meluangkan masa bermain bersama personaliti kegemaran
mereka. Program ini secara keseluruhannya mempunyai keseimbangan antara ilmu dan
keseronokan, dan membolehkan para pelajar melepaskan tekanan dan bersuka ria.”
Episod web pertama ‘Jom Cabar’ membabitkan personaliti media sosial Ucop dan Faizdickie
bersama pelajar-pelajar UKM. Di episod web kedua pula, saksikan aksi personaliti media
sosial Dr Say Shazril dan Kak Leha Bunting (Faizdickie) bersama pelajar-pelajar UiTM.
Bagi anda yang terlepas untuk menyaksikan episod berkenaan, boleh ke pautan ini:
Jangan lupa saksikan ‘Jom Cabar’ setiap hari Jumaat, jam 6.00 petang di www.hurr.tv.
Amacam menarik tak? Memang tak kering gusi okay layan karenah diorang ni. Nak.. nak bila ada Faizdickie tu. hehehe. Bagi korang yang terlepas peluang untuk tonton, korang tak perlu risau kerana korang juga boleh menonton episod-episod lepas dengan cara SUBSCRIBE Youtube channel mereka di SINI.
Nak tahu universiti mana pulak diorang akan terjah dan personaliti mana pula bakal diorang bawa, kenalah follow diorang rapat-rapat di media sosial mereka untuk update terkini.
TENTANG HURR.TV
hurr.tv ialah hab digital gaya hidup kontemporari yang dilahirkan dari keperluan untuk mencipta portal yang memberikan nuansa segar dengan tumpuan pada kandungan hiburan, urban, relevan dan realiti di layar internet. Ruang ini kami dedikasikan untuk memenuhi kapasiti inspirasi anda merangkumi segenap halaman gaya hidup; dari trend style terkini, gosip hangat artis Malaysia, teknik tata rias paling ‘on-point’, resepi ‘simple’ dan mudah, idea dan tips DIY hiasan rumah, kembara berkayuh sambil beramal, hinggalah tips-tips kesihatan khas untuk anda tampil unggul secara fizikal dan spiritual sepanjang hari! Percaya atau tidak, apa yang kami tampilkan di sini adalah sesuatu yang kami lihat, fikir, dan rasa ia perlu disampaikan kepada anda semua.
Hanya yang hiburan, urban, relevan dan realiti di hurr.tv.
1 Comments
wahhh hadiah best...menarik programnya
ReplyDelete