travel, food and lifestyle blog

Followers

RUPANYA ADA PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH PERCUMA DI KUALA LUMPUR

Semalam masa menunggu grab untuk balik ke rumah di sebuah lokasi berhadapan dengan sebuah sekolah tiba-tiba pandangan teralih kepada sekumpulan budak-budak yang lengkap beruniform sekolah yang mungkin sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah masing-masing. Ada juga diantara mereka balik dijemput oleh ibuayah masing-masing dan ada juga yang berjalan kaki.

kredit photo www.bhplus.com.my

Teringat nostalgia naik bas sekolah beramai-ramai masa sekolah menengah dulu. Hanya bayar 50 sen sehala dan total pergi balik RM1.00. *tapi ada lagi ke harga bas macam ni sekarang, nak pula di Kuala Lumpur ni?. Cuba bayangkan tambang bas pada zaman sekarang ni? Adadiantara korang juga mesti arif dan berpengalaman tentang hal ni. Memandangkan saya tidak mempunyai anak, tak rugi untuk saya ambil tahu untuk persediaan masa depan kan.

Bila tibanya musim awal persekolahan, saya sendiri dapat tengok bertapa ramai ibu bapa yang cukup struggle untuk mencari  kenderaan yang sesuai dan selesa untuk anak-anak mereka ke sekolah. Bagi mereka yang mampu ia bukanlah satu masalah. Tapi bagi ibubapa yang bergaji kecil, ia sudah semestinya sangat membebankan. Cuba korang bayangkan lagi, apa nasib mereka kalau mereka mempunyai 3-4 anak yang bersekolah! Tapi apa harus dibuat? Anak-anak perlu ke sekolah. *alangkah bagusnya kalau ada perkhidmatan bas percuma bagi mereka-mereka yang kurang berkemampuan kan?

PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH PERCUMA DI KUALA LUMPUR
Tahukah korang, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan perkhidmatan bas sekolah secara percuma buat lebih 6,500 anak-anak penghuni projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA).
Diatas kesedaran bahawa bas sekolah pada masa kini sangat membebankan ekonomi para ibu bapa, Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama syarikat-syarikat bas terpilih telah memulakan operasi perkhidmatan bas sekolah percuma pada tahun 2017.


Hasil inisiatif menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pekhidmatan ini diharapkan dapat membantu sebilangan besar penghuni penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar wilayah persekutuan.

Pendekatan ini bertujuan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah. Kos yang diperuntukkan untuk setiap pelajar adalah RM80 seorang. Para pelajar yang berdaftar menggunakan perkhidmatan bas itu mestilah berpakaian seragam sekolah semasa menaiki kenderaan itu.


Semoga dengan adanya usaha bantuan ini yang berterusan, dapat membantu meringankan bebanan lebih ramai keluarga dan ibubapa untuk hantar anak-anak mereka ke sekolah.

Share:

16 comments:

  1. kalau ada program bas sekolah percuma ni zaman kita sekolah dulu kan best! hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, ada juga servis percuma macam ni. Madi... ko mesti tak pernah naik bas sekolah kan kan?

    ReplyDelete
  3. Untung org KL ade kemudahan mcm ni...syukur..

    ReplyDelete
  4. Beruntung warga KL . Macam nina ni anak 5, Jimat banyak...!!

    ReplyDelete
  5. Baru tahu ada bas sekolah percuma ni. Bagus la

    ReplyDelete
  6. seronok baik bas sekolah dgn kawan kawan ... teringat pula time sekolah dulu dulu ...

    ReplyDelete
  7. bagus bila negara jaga kebajikan camni..khidmat bas free, kat masjid-masjid ada barang dapur free utk golongan memerlukan..

    ReplyDelete
  8. Syukur Alhamdulilah..rezeku warga PPR dan penduduk rumah pangsa DBKL

    ReplyDelete
  9. skrg yuran bas pun sorang pergi balik RM100 beza giler ms time kita2 dulu 50sen je pergi..kdg2 free je balik sekolah sbb pakcik driver baik..ni dah ada bas free lega sikitlah parents kan

    ReplyDelete
  10. betul tuh..kalau ada anak ramai bulan bulan berapa plak nak spend untuk bas sahaja..nasib baik ada bas percuma.

    ReplyDelete
  11. Percuma???? Wow.. baguslah, jimat duit ibubapa bayr tambang bas skolah saban bulan :)

    ReplyDelete
  12. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  13. Zaman sy pulak rm1. Pegi balik dah bape ringgit. Lepastu bus cuma ada 1je. Bayangkan kalau nak cepat dapat trip pertama tu kena keluar awal 6.30pagi. Balik sekolah pon tak bole lambat memangla kena tunggu teksi. Bertuahnya kpd mereka ada bus percuma. Please la hargai usaha murni ni dgn rajin p sekolah. Takde alasan nak ponteng dah.

    ReplyDelete
  14. betui tu sekarang ni ramai mak mak risau kos van/bas sekolah mahai

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive