KACH'E : EVENT SPACE 3 TINGKAT DI SHAH ALAM


Kalau korang tercari-cari event space yang bagus untuk pelbagai majlis termasuk akad nikah atau persandingan di sekitar Shah Alam, saya cadangkan sebuah event space baru yang berada di kawasan Sekitar 26, Seksyen 26, Shah Alam. Sebuah event space yang cukup elegent di kawasan yang baru sedang membangun.

1.0 KACH'e

Dewan Kach’e Wedding, Event & Space merupakan event space 3 tingkat yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan pakej. 


Mereka ada menyediakan pakej serendah RM 8,000 (untuk 100 pax), RM 18,000 (500 pax) dan RM 25,000 sehingga RM 32,000 untuk 1000 pax.


Korang boleh buat sebarang majlis yang lengkap di bawah satu bumbung di mana setiap pakej mengandungi pilihan menu yang terbaik dan kemudahan termasuk set pelamin, hantaran, peralatan, khemah, pramusaji dan kemudahaan dewan lain bergantung bentuk majlis yang korang lakukan.

  1.1 Pelancaran Rasmi Event Space Kach'e & Preview Baju Raya Fesyen 2018

Pada 22 April 2018 yang lepas telah berlansungnya Pelancaran Rasmi Event Space Kach'e & Preview Baju Raya Fesyen 2018. Majlis ini telah dihadiri oleh tetamu VVIP Yg Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Raya Erom, isteri kepada Yg Berhormat Menteri Komunikasi Multimedia Malaysia.


Pada majlis tersebut Dewan Kach'e Wedding, Event, Space ini telah di rasmikan oleh Yg Berbahagia Datin Datin Seri Panglima Datuk Raya Erom, isteri kepada Yg Berhormat Menteri Komunikasi Multimedia Malaysia.


Selain dari majlis perasmiannya, mereka juga telah membuat sesi pertunjukkan fesyen oleh Butik JEDAN, ButiK DUHASSIA & Butik SHANEL HARUN sebagai pembukaan di Dewan Kach'e.


Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan Artis Zur Eda dan Shanel Shanty. Diantara para artis turut hadir di majlis tersebut ialah Risteena Munim, Ruhainis, Beego, Linda Hashim serta Ayu Damit. Serta sesi cabutan bertuah juga ada di majlis tersebut.

Disamping itu juga dengan bacaan Tahlil dan Yassin dari Anak-anak Tahfiz dari Madrasah Tahfiz Al-Quran Bidayatul Hidayah). Bacaan Doa Ustaz Yusri Bin Haji Mohammad Yusof untuk sesi perasmian Dewan Kach'e.

Majlis ini telah ditaja oleh Ijai Interprise (Sponsor Utama), MAYA, D Art Hotel, Royal Slim, K A Premium, Restaurant Lemak Chilis's dan juga Redcard Stop Printing.


Bersama Datin Azika Binti Omar (Pengarah Urusan Wide Lane Event & Management)


Sempena dengan perasmian dewan ini, mereka telah memberi DISKAUN sebanyak RM 5,000 untuk pakej RM 32,000 dan korang sekiranya berminat boleh menghubungi Cik Liana Adam di 010 4662198 atau datang sendiri di: 

KACH'E WEDDING | EVENT | SPACE

Lokasi: 
Dewan Kach'e Wedding/Event/Space, 
Sekitar 26, Seksyen 26, Shah Alam, Selangor

Post a Comment

0 Comments