travel, food and lifestyle blog

Thursday, April 05, 2018

GUNA LULUR SCRUB ASIANIC! KORANG TAK PERLU LAGI KE SPA



Memiliki penampilan yang menarik merupakan impian setiap individu. Kalau dulu, jika kita sentuh tentang hal penjagaan diri ianya lebih jelas dengan hal-hal berkaitan spa dan sebagainya. Apa yang boleh saya katakan adalah ia akan melibatkan masa yang panjang dan mungkin kos yang tinggi.

Sekarang kita tidak perlu risau lagi kerana Asianic telah mengeluarkan rangkaian produk yang mampu memenuhi keperluan diri kita seperti rawatan spa 5 bintang yang hanya perlu di buat di rumah sahaja. Apa yang boleh di puji adalah, produk yang dihasilkan oleh Asianic ini merupakan produk berkualiti tinggi dan dijual dengan harga yang mampu milik.

Saya sendiri kenal dengan produk Asianic melalui kawan saya. Produknya yang cukup wangi boleh memikat sapa-sapa saja yang mendekatinya. Bukan sekadar wangi, persembahan pakagingnya juga sangat cantik dan elegent. *ya saya jatuh cinta dengan haruman dia.

1.0# LULUR SCRUB ASIANIC

Baru-baru ini, saya telah dijemput ke majlis pelancaran produk terbaru Asianic iaitu Lulur Scrub Asianic di Baiwago Plus Cafe. Majlis telah dihadiri oleh beberapa orang blogger terkenal tempatan  yang juga merupakan pengguna kepada produk-produk keluaran Asianic sebelum ini.


Pada majlis pelancaran itu, kami telah diperkenalkan dengan rangkaian Lulur Scrub terbaru daripada mereka. Ada 4 pilihan lulur srub yang mereka keluarkan iaitu Seri 7 Bunga, Betik, Susu Beras dan Delima. Setiap satunya telah diformulasikan dari bahan smulajadi yang mampu memberi kesan yang bagus kepada pengguna. 

1.1# 4 VARIASI LULUR SCRUB ASIANIC

Setiap satunya dikatakan mempunyai fungsi dan kelebihan tersendiri. Bagi saya sendiri, saya lebih tertarik dengan Susu Beras kerana ianya sesuai untuk kehendak diri saya yang mampu melembutkan dan merawat kulit agar sentiasa segar dan cerah.


Seri 7 Bunga mampu memberi seri kepada bakal pengantin, anak dara dan mampu mengelak dari dari perkara yang kurang baik. Manakala Betik pula mampu memberi kelembapan kulit. Selain itu Delima pula, dapat mengembalikan sel, melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit disamping membantu pembentukkan semula tisu-tisu badan.

1.2# HARGA MAMPU MILIK DAN MENJIMATKAN

Harga lulur scrub yang dikeluarkan oleh Asianic ini cukup murah bagi saya. Dengan hanya RM16.90 korang boleh menjimatkan masa dan duit untuk mendapatkan rawatan di spa yang sudah semestinya mahal. Produk Asianic ini boleh didapati di semua pasaraya besar di Malaysia, farmasi dan juga kedai runcit . Jika korang semua nak senang boleh juga dapati melalui atas talian iaitu AladdinStreet.com, Lazada, 11 Street, Coopmall.my, Cmasa.my, facebook Asianic Halal dan juga website : www.wonderlandprimary.com


WONDERLANDPRIMARY SDN BHD (877104-M)

No.17, Jalan PJS 5/26,
Taman Desaria,
46000 Petaling Jaya , Selangor.
Tel : +603 7782 6308 Fax : +603 7783 6308

Facebook : ASIANIC HALAL
Instagram : ASIANIC HALAL
Share:

20 comments:

  1. ada dijual kat giant or drugstore tak ?

    ReplyDelete
  2. Macam best jer produk Asianic ni. Pernah dengar pasal produk ni tapi tak pernah cuba lagi. Harga pon tak ada lah mahal sangat.

    ReplyDelete
  3. Produk Asianic ni memang bagus. Wangi je badan pakai produk diaorg ni..nanti sis nak cuba lah produk lulur scrub ni

    ReplyDelete
  4. Wah no wonder makin cantik kulit. Pakai produk ni ropenyer.

    Aku pun pakai gak, not bad la kulit. Licin dan daki pun hilang bila disental..

    Cantik tak aku?

    ReplyDelete
  5. Akak memang suka product Asianic sebab kebanyakkan ingredient yang digunakan dari bahan semulajadi...lamanya tak lulur sendiri kat rumah..biasa pi spa je...

    ReplyDelete
  6. Owhhhh ini rupanya rahsia kehalusan kulit seorang Mawardi. Patutlah flawless. Teringin nak cuba jugak lah. Kot2 boleh flawless ke nanti kan

    ReplyDelete
  7. Wow lulur. Boleh buang sel sel mati supaya kulit bersih dan nampak berseri. Syok lepas lulur kita akan nampak perbezaan kulit kita. Tampak lebih mulus....

    ReplyDelete
  8. Harga mampu milik dan bnyk variasi. Tapi kita jenis malas nak scrub. Dtg rajin tu sekejap je. Scrub dr Indonesia dah bertahun tk habis2 tunggu expired. Muluslah awak pakai scrub beras nanti. Huntongla blogger popularr! Hehe

    ReplyDelete
  9. Nampak best nya scrub ni.. boleh try try..

    nampak banyak orang share produk ni, rasa nak try

    ReplyDelete
  10. Amboi madi. Lelaki pon kena jaga penampilan. Kena gebu gebas juga.. best nye boleh lulur lulur relaxkan minda

    ReplyDelete
  11. Lulur scrub ni bagus. Nama melayu indo kita panggil Lulur. Scrub tu in English. Dua benda sama Tapi isi kandungan buatan Malaysia ni lg syok. Ada yang buh kunyit. Tp yang mudah dan ramai suka adalah susu Beras. Dalam masa menyental segala daki, ia mencerahkan kulit. Hehehe.

    Masa bujang dulu rajin pakai. Sekarang dah lupa, nak beli pun tak beli dah. Nak amalkan balik lah Lulur ni. Biar tangga kulit mati dan daki tu. Haha

    ReplyDelete
  12. Ooo... I wouldn't mind trying out the rice milk... Its benefits are what I am aiming for to achieve with my skin...

    ReplyDelete
  13. Jika ada LULUR SCRUB ASIANIC yang bisa dibeli dan disimpan di rumah ngapain lagi harus ke salon kecantikan untuk nge SPA?

    ReplyDelete
  14. interesting srub they have and for sure save a lot of money if doing it at home. i wanna buy this to try as well.

    ReplyDelete
  15. Paling suka dengan produk ni sebab produk orang kita. Lepas tu harga dia memang murah dan berkualiti.

    ReplyDelete
  16. Lepas ni kutli pun makin berseri-seri lah kan. Kita suka manjakan diri dengan scrub ni sebab rasa kulit makin bersih.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  17. Hamboiiii mmg wangi la satu rumah bila pakai lulur asianic. Liez pun dh beli satu utk kegunaan sendiri.. tergoda tgk korang tau

    ReplyDelete
  18. I pernah guna lulur coz ada kawan yang bagi, brand ini ok juga and the price is also very reasonable. I am tempted to try the lulur Seri 7 Bunga.

    ReplyDelete
  19. Pertama kali dengar tentang Asianic ini rasa mcm pernah terdengar mungkin tak concern sangat. Best kalau dapat try ni boleh manjakan diri sendiri bak kata oranga

    ReplyDelete
  20. amboi...kelas sangat u bedah. lepas ni makin berseri-seri bercahaya sampai pedih mata mak menengoknya. mak punnak beli 1 la.

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive