PENGALAMAN SCALING DAN POLISHING GIGI DI KLINIK PERGIGIAN DENTESSENCE


Sedarkah korang bahawa gosok gigi dan berkumur sahaja tidak cukup untuk menjamin kebersihan gigi korang. Apa yang boleh saya katakan, kita mesti berjumpa doktor gigi untuk membuat pemeriksaan gigi paling tidak pun setahun sekali.

Saya sendiri sudah hampir 16 tahun tidak berjumpa doktor gigi. Perasaan trauma pada kad hijau masa sekolah rendah dulu masih ada. *bagi mereka yang lahir sekitar 90-an akan memahami kenapa. Selain dari tu, jika bercerita mengenai perubatan pergigian ni juga ia sering kali dikaitkan dengan kos yang tinggi.

Kalau di ikutkan rasa takut pada doktor gigi, agaknya sampai bila lagi kita akan bertahan agaknya? Saya sendiri beruntung kerana dikurniakan gigi yang agak ok dan kurang bermasalah, cuma hanya sekadar masalah karang gigi biasa.

1.0 KARANG GIGI

Untuk pengetahuan korang, karang gigi merupakan satu bentuk plak gigi yang telah mengeras. ia terhasil disebabkan oleh penumpuan berterusan mineral daripada air liur pada plak dan gigi. Permukaan kasarnya menyediakan medium unggul untuk pembentukan plak lanjut yang mengancam kesihatan gusi.

Contoh karang gigi, Sumber : google image
Apa yang saya perasan pada gigi saya, ada beberapa lokasi seakan berkarat dan berlubang. Apabila Dr. Ahbirami Naresh Kumar membuat pemeriksaan keatas gigi saya, ternyata ia hanya karang gigi yang sudah lama dan sudah bertukar warna.

1.1 KESAN DARI PEMBENTUKAN KARANG GIGI

Karang gigi pun juga menyebabkan banyak penyakit gigi lainnya yang bahkan berbahaya. Berikut efek dari karang gigi.

  • Bau mulut. Sisa makanan yang terkumpul dalam jangka panjang akan menimbulkan aroma yang tidak sedap.
  • Gigi berlubang. Karang gigi yang tidak segera ditangani akan membuat gigi berlubang. Hal ini disebabkan karang gigi mengeluarkan zat asid yang boleh mengikis. Padahal enamel gigi merupakan bagian terkeras dari gigi yang berada di lapisan paling luar gigi. Setelah gigi makin nipis, gigi kemudian akan mudah untuk berlubang.
  • Radang gusi. Mulut yang kotor dapat menyebabkan gusi mudah dijangkiti sehingga berdarah.

Ternyata menakutkan juga akibat dari karang gigi ni. Padahal masalahnya dari hal yang remeh je pun, jarang membersihkan gigi dan tidak membersihkan gigi secara betul. Jadi apa yang boleh saya nasihatkan, pergilah jumpa doktor untuk membuat pemeriksaan dan rawatan.

2.0 KLIK PERGIGIAN DENTESSENCE

Selain dari perasaan takut, kos rawatan yang mahal juga pasti menjadi isu dan alasan untuk berjumpa doktor gigi. Namun tidak semua klinik gigi bertauliah mengenakan bayaran yang tinggi. Salah satu klinik gigi yang saya maksudkan adalah Klinik Pergigian Dentessence yang terletak di Dataran Sunway, Kota Damansara.

Dr. Ahbirami bersama pembantunya
Saya sendiri telah mengambil keputusan untuk cuba service scaling dan polishing yang ditawarkan di sini. Untuk pengetahuan korang, klinik ini dikelolakan oleh Dr. Ahbirami Naresh Kumar yang berpengalaman 9 tahun dalam bidang pergigian.

Ruangan bilik rawatan
Selain dari sifat mesra yang ada pada Dr. Ahbirami, apa yang saya perasan, Klinik Pergigian Dentessence cukup menekankan pada faktor keselamatan dan kebersihan. Jangan ditanya kenapa saya begitu yakin memakai kaca mata hitam melainkan atas arahan doktor supaya mata saya terjaga dari silau. Dr. Ahbirami juga mewajibkan pembantunya untuk memakai sarung tangan semasa membantu beliau menguruskan pelanggannya.


Apa yang saya boleh katakan, Klinik Pergigian Dentessence ni memang mengikuti setiap piawan dan SOP dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

2.1 PENGALAMAN SCALING DAN POLISHING

Sebelum rawatan scaling dan polishing dilakukan, Dr. Ahbirami telah memeriksa kondisi gigi saya dan bertenya beberapa soalan berkaitan. Prosedur ni dilakukan adalah bertujuan agar kita tahu tahap kesihatan gigi dan mengetahui sejarah masalah kita supaya beliau boleh bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Rawatan scaling dan polishing dilakukan, Dr. Ahbirami dan staffnya ke atas saya
Menurut Dr. Ahbirami, gigi saya tidak mempunyai masalah yang teruk kecuali masalah karang yang sudah lama tidak dibersihkan. Apa yang saya dengar, Dr. Ahbirami mengatakan bahawa "Gigi yang cantik tidak sama dengan gigi yang bersih".

Ilustrasi rawatan scaling, Sumber : Youtube Spear Education
Proses scaling dan polishing tidak mengambil masa yang lama. Rawatan yang dilakukan oleh Dr. Ahbirami keatas saya megambil masa 45 minit. Mungkin disebabkan masalah karang yang tebal setelah sekian lama tidak berjumpa doktor gigi. Apa yang saya rasa semasa rawatan, ianya tidak seperti yang difikirkan. Tiada rasa ngilu yang teruk dan tidak menyakitkan.


Selepas selesai rawatan scaling dan polishing, Dr. Ahbirami sempat memberi nasihat tentang penjagaan gigi yang betul. Masalah karang yang terbentuk pada gigi saya mungkin disebabkan cara berus gigi yang salah. Pemilihan berus gigi yang lembut juga penting untuk memastikan gigi kita cuci sepenuhnya sehingga ke bahagian terlindung.

2.1 SERVICE YANG DISEDIAKAN OLEH KLINIK PERGIGIAN DENTESSENCE

Berikut merupakan beberapa service yang ada ditawarkan di DENTESSENCE DENTAL CLINIC yang boleh korang cuba.

  1. General dentistary
    • Pemeriksaan, Check-up & konsultasi
    • Full mouth oral prophylaxis/cuci & gilap
    • Arahan/pendidikan kebersihan mulut
  2. Preventive & Restorative Dentistary
  3. Endodontics
  4. Oral Surgery
  5. Prosthodonthics
  6. Smile Beautification.
Untuk mengelakkan segala masalah kesihatan berkaitan gigi, gusi dan penjagaan mulut..kita digalakkan untuk menerima rawatan 6 bulan sekali.

2.2 MAKLUMAT DENTESSENCE DENTAL CLINIC

Klinik Pergigian Dentessence ini merupakan pilihan terbaik kerana harganya yang mampu milik. Apa yang lebih penting ianya adalah klinik bertauliah dan pengamal berdaftar selaras dengan Akta Pergigian 1971.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan rawatan pergigian di Dentessence Dental Clinic, boleh la layari laman sesawang mereka di dentessence.com.my untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Alamat :
No.43-2, Jalan PJU 5/11,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810, Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-61407567
Fax : 03-61407568

Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat : 10.00 pagi - 7.00 malam
Sabtu : 9.00 pagi - 5.00 petang
Ahad & Public Holiday : TUTUP

2.3 DISKAUN 10% SCALING DAN POLISHING

Dapatkan 10% potongan harga service dengan hanya menunjukkan artikel saya ketika membuat pembayaran di kaunter!




Thank you Dr. Ahbirami Naresh Kumar , you help me a lots. Berbaloi saya datang jauh jauh ke Klinik Pergigian Dentessence untuk scaling gigi. Sekarang saya dah boleh senyum sentiasa. Tidur pun sayang nak Tutup mulut. 

Post a Comment

15 Comments

  1. wahhh best lah...selesa tak?

    ReplyDelete
  2. saya pun ada karang gigi...lagi teruk kot...errmmm

    ReplyDelete
  3. jumpa doktor gigi masa sekolah rendah..paling ngeri kalau kena tampal gigi sebab gigi berlubang :)

    ReplyDelete
  4. wah... nanti bolehlah try kat sini pulak! dapat diskaun lagi!

    ReplyDelete
  5. Dekat Malaysia bukan budaya kita utk kerap kali berjumpa doktor gigi, harap2 dgn artikel ni boleh memberi kesedaran buat semua

    ReplyDelete
  6. Seronoklah senyum melebar sebab dah putih berseri. Memang best bila gigi dah cantik. Rasa yakin je. Nanti bolehla datang kesini lagi buat rawatan.

    ReplyDelete
  7. Bestkan bila dah dibersihkan tu. Mulut rasa suci dan murni. Wahhh ! Terus betul2 jaga gigi lepas tu. Hihi

    ReplyDelete
  8. Teringin nak scaling gigi jugak. Boleh cuba scaling kat sini nanti

    ReplyDelete
  9. Lepas scaling sure selesa .akak tgh plan nak pakai braces..nak bagi kurus skit badan..kalau x pakai asyik makan je kan..hahaha..mana gambo selepas?

    ReplyDelete
  10. Ngilunya rasa nak pergi jumpe doktor gigi. Saya biasa pergi doktor gigi sebab nak bawak aneeq je check. Mak die ngelat hahahaa

    ReplyDelete
  11. Hmm paling takut nak jumpa doc gigi. Sejak kecik smpai dah besar panjanh mmg takut jumpa doc gigi

    ReplyDelete
  12. Huhu.. seram pulak tengok doktor godek-godek gigi .. haha.. tapi baguslah check gigi setiap 6 bulan sekali kan..

    ReplyDelete
  13. Wah...nak kena pi scalling gak ni..dah lama x buat..gigi pun rsa xbest dah..

    ReplyDelete
  14. dulu nad pun ada karang gigi.lepas tu dapat servis percuma bersihkn gigi masa pregnant..apa lagi pergila..ehhee..bagusla tempat ni

    ReplyDelete
  15. The dentist look professional. Some dentist do the scaling very pain. That why once a year only visit them.

    ReplyDelete