DAH PUAS MAKAN AYAM DAGING APA KATA KITA BERALIH KEPADA SELERA AYAM KAMPUNG PULA!



Mesti ramai diantara korang gemar dengan menu masakan kampungkan? Nak nak pula bila dapat makan ulam dan ayam kampung goreng. *bukan saja sedap, penuh berkhasiat lagi. Tidak hairanlah ramadan yang lepas, lebih 70% dari hotel-hotel di sekitar Kuala Lumpur menawarkan buffet ramadan berkonsepkan kampung. Hal ini sudah semestinya berlaku oleh kerana permintaannya yang tinggi. *ramadan dah lepas, sekarang agaknya mana nak cari menu masakan kampung yang best ya? Jom baca perkongsian saya.


RESTORAN AYAM KAMPUNG VELODROME PREMIUM


Restoran Ayam Kampung Velodrome cukup popular dikalangan mereka-mereka yang tinggal di sekitar Cheras. Untuk pengetahuan korang semua Restoran Ayam Kampung Velodrome telah membuka satu lagi cawangannya di D'Pulze Cyberjaya yang dikenali sebagai Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium. Untuk memudahkan korang untuk mencari outlet mereka, cawangan baru ini ni sebab ia terletak di bahagian luar bangunan D'Pulze, dimana ianya dahulu merupakan tapak parkir VIP.


Ruang restoran terbahagi kepada 2 bahagian iaitu ruang terbuka dan ruang tertutup berhawa dingin. Bahagian terbuka (open air) sesuai untuk mereka yang merokok dan ruangan tertutup pula sesuai untuk pengunjung bekeluarga.


Kalau korang ke Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium, jangan lupa untuk rasa menu signature diorang iaitu Ayam Kampung Goreng yang dihidangkan dalam set (Set Ayam Kampung Goreng). Mereka juga ada memperkenalkan menu special iaitu Set Ayam Kampung Butter. Setiap hidangan set, ianya available untuk sarapan pagi.

Set Ayam Kampung Goreng
Set Ayam Kampung Goreng

Ayam kampung bukan sahaja sedap, ia juga dikatakan mempunyai banyak khasiat berbanding dari ayam daging komersial yang biasa kita makan. Walaupun ianya dikatakan mahal tapi bagi saya sendiri ianya cukup berbaloi dengan khasiat yang kita boleh dapat darinya. Berikut merupakan 15 Manfaat dan Khasiat Ayam Kampung Goreng untuk Kesihatan.

Set Ayam Kampung Butter
Set Ayam Kampung Butter 

Selain dari itu, korang juga boleh memesan pelbagai jenis menu lain secara ala carte seperti Gulai Kawah Daging Tetel, Pucuk Ubi Masak Lemak, Siput Sedut Masak Lemak, Ikan Bakar Tilapia, Ikan Bakar Keli, Satay dan banyak lagi. Untuk set ala carte ini ianya boleh dipesan dari pagi sehingga malam. Selain dari menu kampung, restoran ini juga ada menyediakan menu masakan barat yang mana ianya boleh dipesan bermula pada sebelah petang.

menu set dan ala carte

Menu siput sedutnya mereka adalah dari jenis siput sedut terpilih yang saiznya besar dari L ke XL. Cubalah sendiri, kedua-dua saiz dan rasanya tidak mengecewakan kerana mereka sangat menjaga kualiti setiap masakan yang mereka tawarkan.


PROMOSI BULAN OGOS | Sepanjang bulan Ogos 2017 ini Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium mengadakan promosi yang mana potongan 50% diberikan kepada pelanggan restoran yang memesan menu set yang berharga RM10 dan ke atas. Contohnya set menu Nasi Ayam Kampung Goreng berharga RM12.90 pada hari biasa, korang boleh dapat pada harga RM6.50 sahaja.
Promosi ini hanya available bermula pada pukul 10 pagi sehingga 12 tengahari setiap hari.
Bagi pelajar-pelajar yang singgah makan di sini juga, korang boleh dapatkan potongan sebanyak 10% bagi menu yang korang pesan. Hanya bawa kad pelajar korang dan tunjuk sewaktu ingin membuat bayaran di kaunter pembayaran.


WAKTU OPERASI | Restoran ini beroperasi seawal 10 pagi sehingga 10.30 malam setiap hari tanpa cuti. Jadi korang bolehlah datang bila-bila masa yang korang suka. Hujung minggu pun diorang buka.  *ikut waktu pusat beli belah

So kepada korang yang ingin mencuba keenakan dan kelainan menu yang ditampilkan di Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium ini, bolehlah rujuk maklumat berikut:

Premium Outlet Restoran Ayam Kampung Velodrome

Lot EX-GW-01
D'Pulze Shopping Centre
63000 Cyberjaya

Telefon : 010-3003077

Waktu Operasi :
10 am - 10.30 pm (setiap hari)

Post a Comment

6 Comments

  1. sedapnye.. makan ayam kampung lagi healthy

    ReplyDelete
  2. tq madi nanti kalau singgah dpulze boleh singgah makan sini lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. serius berbaloi weh kalau makan sini. mmg sedap

      Delete
  3. alaaa sedapnyaaa ayam kampung. mahai tau sekor ayam ni.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak, khasiat dia pun banyak. tapi sini makanan dia agak murah kak

      Delete