travel, food and lifestyle blog

Tuesday, July 11, 2017

“PRINCESS HOURS” EKSLUSIF VERSI THAI DI DIMSUM!

Para pelakon utama siri Thai terhebat tahun ini, Princess Hours telah menemui peminat di Malaysia pada 9 Julai lalu dan mendapat sambutan yang cukup meriah. dimsum dengan bangganya membawakan Jelajah Princess Hours Malaysia dan peminat telah ditemukan dengan Putera Diraja Tao Sattaphong Phiangphor, Puteri Diraja Pattie Ungsumalynn Sirapatsakmetha, Phan Stephane Saisean Pagniez serta Bebe Thanchanok Ritnaka secara peribadi bersempena dengan tayangan perdana siri ini di Malaysia.


Kesemua pelakon utama membuat kemunculan istimewa di LG2, Central Avenue Kompleks Membeli-belah Sunway Pyramid pada Ahad, 9 Julai bermula 3 petang. Sepanjang acara jelajah, Tao, Pattie, Phan dan Bebe berkongsi kisah mereka bersama peminat termasuk interaksi istimewa menerusi pelbagai aktiviti pentas serta permainan.

Drama yang asalnya ditayangkan di negara Thailand semenjak April lalu sehingga kini mencatatkan rekod tayangan sehingga 500 juta tontonan di China. Berlatar-belakangkan negara fiksyen Bhutin, drama ini menyelongkar kisah percintaan di antara sang putera dan gadis biasa dalam suasana kawalan istana diraja yang cukup ketat. Putera Diraja Indra dan Kah Ning dipaksa berkahwin akibat perjanjian awal yang dibuat oleh nenda mereka. Namun sebelum itu, Putera Indra turut melamar teman wanita berstatus selebriti, Minnie untuk mengahwininya namun ditolak dengan alasan ingin menggapai cita-cita beliau terlebih dahulu. Sementalah Kah Ning yang berusaha menyesuaikan diri dengan kehidupan di istana termasuk peranannya sebagai sang puteri dan isteri, kini mulai jatuh hati dengan sang putera yang mulai memahaminya. Walaubagaimanapun, keadaan mulai goyah apabila mantan Putera Diraja menuntut hak takhta untuk anak lelakinya, manakala Minnie mahukan Putera Indra kembali. Pelbagai cabaran mendepani kehidupan suami-isteri ini, mampukah Putera Diraja dan Puteri ini merungkai percintaan mereka yang kini disulami kebahagiaan?


Aktres yang kini sedang menempa nama dalam dunia filem dan drama Thailand, Pattie memulakan karier beliau pada tahun 2008 menerusi filem “Hormones” serta muncul dalam pelbagai siri televisyen termasuk filem “Bangkok Traffic Love Story” 2009 yang membawa nama beliau mengungguli Anugerah Aktres Baru Filem Terbaik di acara Top Awards 2009, selain filem “The Bedside Detective”, “Seven Something” dan “Hormones the Series”.

Manakala Tao Sattaphong Phiangphor merupakan aktor dan penyanyi popular Thailand yang juga merupakan finalis di Akademi Fantasia musim ke-8. Drama bersiri “Princess Hours” adalah kemunculan pertama beliau selaku pelakon utama untuk anak muda berusia 27 tahun ini selepas membintangi siri popular “I Wanna Be a Superstar” dan “Kiss Me” sebagai watak utama sampingan.



Stephane Saisean Pagniez (Phan) yang dilahir dan dibesarkan di Bangkok, Thailand memulakan kerjayanya sebagai model untuk peragaan fesyen serta iklan komersil ketika berusia 17 tahun. Beliau pertama kali berkecimpung dalam dunia lakonan menerusi filem “Raak Boon” dan terus kekal sebagai aktor serta model profesional semenjak itu.

Thanchanok Ritnaka yang juga dikenali sebagai Bebe merupakan aktres dan penyanyi popular Thailand. Gadis aktif yang juga selebriti sensasi di jaringan Internet, menjadi perhatian ramai dengan bentuk badan yang menawan selain hobi senaman badan berjaya mengumpul jutaan peminat beliau di laman Instagram. Gadis yang berusia 27 tahun ini sehingga kini telah tampil dalam pelbagai lakonan drama termasuk “Plerng Tawan”, “Khu Prub Tumrub Hian”, “Mae Khun Oei”, “Pin Rak” serta banyak lagi.

Selain Princess Hours, dimsum bakal membawakan lebih banyak siri hits Thai, termasuk Love and Lies, U-Princess Series, Ugly Duckling Series, Kiss Me, Lovey Dovey dan Game Maya secara terus-menerus di dimsum. Manakala filem popular Thai termasuk Hello Stranger, ATM, I Fine Thank You Love You, Shutter, Tom Yum Goong 2 dan banyak lagi.


Jelajah Princess Hours Malaysia dianjurkan oleh dimsum dan disokong oleh lokasi rasmi - Sunway Pyramid, hotel rasmi – Capri by Fraser, Kuala Lumpur Malaysia, radio rasmi – Suria FM dan radio sokongan - 988. Terima kasih kepada rakan kerjasama Grab, M&M and Pappa Delivery dan Tuk Tuk Cha. Sepanjang acara jelajah pada 9 Julai, peminat yang juga pelanggan Grab menikmati penjimatan sebanyak RM5 untuk 2 trip pergi dan balik ke Kompleks Membeli-belah Sunway Pyramid dengan kod promosi GRABPRINCESS17 dan pembayaran menerusi GrabPay. Kesemua pengguna aktif dimsum juga menikmati penjimatan 10% untuk sebarang pembelian dalam satu resit di Tuk Tuk Cha Sunway Pyramid.

Untuk maklumat lanjut, layari dimsum.my, serta ikuti laman sosial dimsum di Facebook (facebook.com/dimsum.my) atau Instagram (@dimsum.my).
Share:

3 comments:

  1. hi geng Princess Hours. Welcome to Malaysia :D

    ReplyDelete
  2. Iday memang follow drama ni. Tahu diorang datang, tapi tak dapat nak pergi sebab confirm2 ramai gila orang. hehehe

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive