travel, food and lifestyle blog

Sunday, July 02, 2017

KAMPUNG TRADISIONAL JEPUN | SAIKO IYASHI NO SATO NENBA

Percutian ke negara Jepun tidak akan lengkap sekiranya tidak mendekati kehidupan asal kampung tradisional masyarakat Jepun. Lokasi yang sempat saya sendiri jejaki tempoh hari adalah di SAIKO IYASHI NO SATO NENBA.


Trip ini telah ditaja sepenuhnya oleh The Clover Home dan Cuti-Cuti Jepun !


Untuk pengetahuan korang Nenba adalah sebuah kawasan yang terletak di tepi barat laut Lake Sai (Saiko), iaitu salah satu daripada lima tasik yang berada di sekitar Gunung Fuji. Lokasi ini sudah semestinya sangat unik dan berbaloi bagi mereka yang menggemarkan tentang keindahan alam sekitar.


SAIKO IYASHI NO SATO NENBA merupakan lokasi dimana terdapat sebuah bekas perkampungan pertanian yang terkenal dengan rumah tradisionalnya dari zaman Edo yang dikelilingi oleh Hutan Aokigahara. Tempat ini cukup terkenal dengan pemandangan indah ikonik gunung suci (Gunung Fuji) itu sehingga pada tahun 1966 apabila taufan yang kuat melanda tanah dan hampir memusnahkan bangunan warisan Nenba yang ada.



Usaha pemulihan telah dibuat untuk memulihkan kampung lama dan membawa kembali pemandangan klasik Nenba seakan seperti yang asal. Oleh sebab demikian, Iyashi no Sato Nenba diwujudkan, bertujuan untuk mempamerkan sejarah dan budaya asli rantau ini.


Lebih daripada dua puluh buah rumah jerami ada di Iyashi no Sato (いやしの里). Berikutan gaya Kabuto-zukuri, bumbung rumah jerami tersebut direka menyerupai topi keledar samurai. Setiap rumah-rumah ini didirikan dengan fungsi tersendiri sebagai muzium, kedai, restoran atau galeri yang menampilkan seni dan kraf tradisional di wilayah itu. Korang juga berpeluang untuk menyewa dan memakai pelbagai pakaian tradisi kimono atau pahlawan samurai. Pastikan korang tak terlepas peluang ni.



Dengan gabungan kuat budaya klasik dan keindahan alam semula jadi yang mampu membawa anda kembali ke zaman lampau negara Jepun, ia sudah semestinya bakal menjadikan percutian korang sebagai sebuah percutian yang cukup awesome.

INFORMASI

NamaSaiko ‘Iyashi no sato NENBA’
Alamat2710, Saiko, Fujikawaguchiko-machi, Minamitsuru-gun, Yamanashi
Waktu OperasiAntara March hingga November : dari 9:00 thingga17:00
antara December hingga February : dari 9:30 hingga 16:30
tutup: Wednesdays during December to February
HargaAdults 350 yen
Children 150 yen
* Diskaun 50 yen setiap seorang untuk kumpulan yang mempunyai dua puluh atau lebih orang.
Contact0555-20-4677
AksesFrom Kawaguchiko Station take Retro Bus Saiko, Aokigahara Line to ‘Inoukyou (farm co-op)’ or ‘Iyashinosato Nenba village’, or route bus for ‘Saiko guest house village’ or ‘Nenba Minshuku’ or ‘Gyominsou-mae’
Websitehttp://www.fujisan.ne.jp/iyashi/
*Sila rujuk informasi terbaru sebelum membuat lawatan ke sini.
Selepas proses penjenamaan semula, Amna Home kini telah dikenali sebagai The Clover Home.
www.theclover-ah.com

Share:

4 comments:

  1. Bestnya..pemandangan gunung tu..

    ReplyDelete
  2. suasananya sangat best. feel very jepun :D

    ReplyDelete
  3. wah bestnyer dapat tengok sendiri kampung tradisional jepun. boleh belajar budaya mereka. pemandangan kat sana memang cantik

    ReplyDelete
  4. keren banget tempatnya, benar-benar dibuat agar para pengunjung bisa merasakan susana jepang tempo dulu

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive