Sunday, June 11, 2017

HARGA BUFFET BUKA PUASA FELDA D'SAJI DI RED CARPET AVENUE ENCORP STRAND MALL BAWAH RM40

Seperti bulan puasa sebelum-sebelum ini, saya tak pernah terlepas peluang untuk berbuka puasa di mana-mana cawangan Felda D'Saji yang ada di sekitar Kuala Lumpur ni. Memandangkan tahun ni, Felda D'Saji  ada buka pakej buffet ramadan mereka di tempat baru maka ini peluang baik untuk kami cuba persekitaran baru mereka. *katanya memang lain dari yang lain.

HARGA BUFFET BUKA PUASA FELDA D'SAJI DI RED CARPET AVENUE ENCORP STRAND MALL BAWAH RM40

RED CARPET AVENUE ENCORP STRAND MALL 


Lokasi yang saya maksudkan adalah di Red Carpet Avenue yang terletak betul - betul di Encorp Strand Mall Damansara. Untuk pengetahuan korang,  Red Carpet Avenue milik Felda D'Saji ini mempunyai tarikannya tersendiri bukan sahaja di bulan puasa, malah ia juga berfungsi sepanjang tahun untuk pelbagai majlis-majlis seperti perkahwinan dan sebagainya.

HARGA BUFFET BUKA PUASA FELDA D'SAJI DI RED CARPET AVENUE ENCORP STRAND MALL BAWAH RM40

Sempena bulan puasa ini, Red Carpet Avenue ada menyediakan pelbagai juadah Melayu asli dalam pakej buffet ramadan mereka. Antara menu - menu yang dihidangkan adalah seperti Gulai Lemak Telur Itik, kuih - muih traditional seperti kuih pelita, daging masak halia, kambing bakar, laksa dan banyak lagi.

HARGA BUFFET BUKA PUASA FELDA D'SAJI DI RED CARPET AVENUE ENCORP STRAND MALL BAWAH RM40


KEMUDAHAN DI RED CARPET AVENUE ENCORP STRAND MALL
  • Ruangan parkir yang cukup luas
  • Ruangan makan yang besar cukup untuk muatkan 500 orang dalam satu masa
  • Ruangan solat yang disediakan di dalam mall berhawa dingin dan selesa 
  • Mudah untuk di akses! MRT terdekat adalah MRT Surian. Landmark, bersebelahan tol Kota Damansara 
HARGA | Harga untuk pakej Buffet Ramadan 2017 di Felda D'Saji  Red Carpet Avenue Encorp Strand Mall ini hanyalah  RM 39++ untuk dewasa.
  • Dewasa = RM 39+
  • Kanak-kanak = RM23+
Seperti biasa, pesanan saya untuk korang yang ingin berbuka disini atau mana-mana cawangan Felda D'Saji, korang dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan korang boleh terus ke call Cik Hidayu di talian 012 - 921 4691 atau Pn Nurul di talian 019 - 242 4775.

3 comments:

Created By Sora Templates