CAPSULE HOTEL DI KUALA LUMPUR | RICCARTON CAPSULE HOTEL

Masih ramai lagi yang tidak tahu tentang kewujudan CAPSULE HOTEL DI KUALA LUMPUR, selain Capsule by Container Hotel yang berada di KLIA2. Untuk pengetahuan korang, di Jalan Pahang, iaitu berdekatan dengan Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur telah wujudnya sebuah capsule hotel iaitu RICCARTON CAPSULE HOTEL.

CAPSULE HOTEL DI KUALA LUMPUR | RICCARTON CAPSULE HOTEL

Khabarnya RICCARTON CAPSULE HOTEL ni, lebih canggih dari Capsule by Container Hotel yang berada di KLIA2! Bila saya sendiri ke sini untuk stay, ianya merupakan bilik capsule tertutup yang sangat selesa, bersih, selamat dan berteknologi tinggi.

CAPSULE HOTEL DI KUALA LUMPUR | RICCARTON CAPSULE HOTEL

BILIK CAPSULE BERTEKNOLOGI TINGGI

CAPSULE HOTEL DI KUALA LUMPUR | RICCARTON CAPSULE HOTEL
Capsule Double Room

Kebiasaannya bilik capsule hanya memuatkan seorang, di RICCARTON CAPSULE HOTEL mempunyai capsule untuk 2 orang *Capsule Double Room.

CAPSULE HOTEL DI KUALA LUMPUR | RICCARTON CAPSULE HOTEL

Menariknya lagi dengan unit capsule ini, ia turut mempunyai button lampu berteknologi tinggi, TV yang boleh diakses dengan wifi, button 'lock' pintu, kawal air-cond dan plug untuk 'charge phone' termasuk USB. Anda juga boleh ubah keterangan lampu biru dan putih mengikut keselesaan mata anda. Jika korang nakkan keadaan gelap, korang boleh gunakan button 'Sleep Mode'.

CAPSULE HOTEL DI KUALA LUMPUR | RICCARTON CAPSULE HOTEL

Bagi mereka yang menyewa di unit *Capsule Double Room atau *Capsule Single, korang perlu berkongsi bilik air . Tetapi jangan risau kerana bilik air lelaki dan perempuan adalah diasingkan. *tapi awas!!! ruang mandi hanya ditutup dengan menggunakan tirai. Jadi bagi korang yang tidak biasa dengan keadaan ni, kenalah bawa kain atau seluar basahan untuk mandi.

CAPSULE HOTEL DI KUALA LUMPUR | RICCARTON CAPSULE HOTEL
Ruang mandi dan tandas untuk penghuni capsule_foto ihsan Hasif Hamsyari

Kemudahan lain yang korang boleh dapat di RICCARTON CAPSULE HOTEL ni, mereka ada menyediakan mesin Air sejuk dan panas yang boleh digunakan secara percuma oleh penghuni mereka. Ruang bekerja juga ada disediakan siap dengan kemudahan plug untuk charge laptop atau phone.

BILIK SELAIN CAPSULE

Bagi korang yang datang bercuti bersama keluarga dan memerlukan ruang yang lebih besar, RICCARTON CAPSULE HOTEL juga mempunyai pilihan bilik seperti hotel biasa. Bilik yang available untuk disewa seperti Deluxe Family Room, Deluxe Suite Room, Deluxe Double Room dan Standard Room.

CAPSULE HOTEL DI KUALA LUMPUR | RICCARTON CAPSULE HOTEL

CAPSULE HOTEL DI KUALA LUMPUR | RICCARTON CAPSULE HOTEL

HARGA BILIK DI RICCARTON CAPSULE HOTEL

Pasti ramai diantara korang nak tahu harga setiap unit bilik dan capsule mereka kan? Jom kita tengok harga normal bagi setiap bilik dan capsule yang available di sini.

JENIS BILIK HARGA (NORMAL)
Deluxe Family Room RM335.00
Deluxe Suite Room RM250.00
Deluxe Double Room RM200.00
Standard Room RM170.00
*Capsule Double Room RM140.00
*Capsule Single RM75.00

*All Rates are subject to change without prior notice
*Check In Time 3pm
*Check Out Time 12pm
*For late check-out, the room is available for use until 1pm and after 1pm will be charged half price for the room rate until 6pm

LOKASI TARIKAN BERDEKATAN RICCARTON CAPSULE HOTEL

RICCARTON CAPSULE HOTEL berlokasi di Jalan Ampang dekat dengan Tasik Titiwangsa. Bagi korang yang ingin mencari lokasi makan, RICCARTON CAPSULE HOTEL ini juga hanya berhadapan dengan  McDonalds Titiwangsa yang beroperasi 24 jam. Antara tempat tarikan berdekatan di Riccarton Capsule Hotel pula ialah UTC Sentul (600m) Istana Budaya (950m), PWTC dan Sunway Putra Mall (1.5 KM) sahaja, manakala untuk ke KLCC pula hanya (1.5 KM). 

Tempat terdekat lain pula ialah seperti Hospital Kuala Lumpur (HKL) (2.8 KM), Institute Jantung Negara (IJN)Tawakkal Specialist Hospital dan lain-lain.



RICCARTON CAPSULE HOTEL

CAPSULE HOTEL DI KUALA LUMPUR | RICCARTON CAPSULE HOTEL

Alamat :
Wisma Q Titiwangsa,
Persiaran Titiwangsa 1,
Jalan Pahang, 53000 KL.

Facebook Rasmi Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur

Laman Sesawang : www.riccarton.com.my
Tempahan : +603-4031 5000

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hotel ini, boleh KLIK SINI.

Anda telah membaca artikel berkenaan CAPSULE HOTEL DI KUALA LUMPUR | RICCARTON CAPSULE HOTEL

Post a Comment

3 Comments

  1. suka konsep hotel ni.... nantilah ada masa nak stay sana gak..

    ReplyDelete
  2. harganya boleh tahan..macam tinggal dekat bilik angkasa..hehee

    ReplyDelete