Friday, December 23, 2016

MENANG WALAUPUN LAMBAT DI CABARAN NESCAFÉ® TARIK MANA MANA


26 November 2016 yang lepas, saya dan beberapa orang rakan blogger telah menyertai cabaran NESCAFÉ Tarik Mana Mana (yang berkonsepkan Amazing race) yang dianjurkan oleh pihak Nescafé Malaysia. Bukan senang kalau korang nak tengok saya beraktiviti seawal pagi di hujung minggu. *kebiasaannya pagi hujung minggu ni masa untuk berehat di rumah je. hehhee.



Kerana takut kelewatan, kami bersiap dan turun awal pagi ke lokasi dimana cabaran akan berlangsung iaitu di Central Market. Ternyata kami merupakan peserta terawal yang sampai ke meja pendaftaran. Selesai saja mendaftar kami dibekalkan dengan sehelai t-shirt dan topi. Memandangkan topi yang diberikan kepada kami berbeza warna kesemuanya, ramalan kami ianya bakal menentukan dimana kumpulan kami sebenarnya.*dan ramalan tu adalah benar.


Blogger yang hadir diberikan kumpulan secara rawak kepada 5 kumpulan; Biru, Kuning, Merah, Putih dan Hitam. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli blogger. Nasib saya berada di kumpulan biru. Untuk cabaran amazing race kali ini, terdapat 5 tugasan yang perlu dilengkapkan oleh semua kumpulan. 


Antara salah satu task yang perlu kami selesaikan di UTC Kuala Lumpur.


Memandangkan task kami sentiasa clash dengan kumpulan lain dan memaksa kami untuk buang masa menunggu turn, kami menjangkakan bahawa kami akan menjadi kumpulan terakhir sampai di garisan penamat. Jadi, jangkaan saya sekali lagi tepat, dan oleh sebab yang demikian sempat juga kami berlenggang bersiar-siar ke garisan penamat sambil disorak-sorak oleh ahli kumpulan lain.


Mungkin nasib menyebelahi kami pada hari tersebut kerana kumpulan kami telah dinobatkan sebagai pemenang hadiah ke-2. *naib juara beb, tak sia-sia berjalan berpeluh keliling Kuala Lumpur tu. haha. Berkat kami tidak berputus asa walaupun dah tahu bakal kalah. huhuhu.

Apapon terima kasih kepada pihak NESCAFÉ® Malaysia kerana sudi menjemput saya untuk memeriahkan cabaran kali ni. Tahniah saya ucapkan kepada team lain yang menang dan kepada team yang kalah korang pun tak kalah usung bawak balik NESCAFÉ® Tarik kan hahahahaha.

9 comments:

Created By Sora Templates