travel, food and lifestyle blog

Monday, December 05, 2016

ALAM FLORA SDN BHD DEKATKAN GENERASI BARU CINTAI ALAM SEKITAR


"Melentur buluh biarlah dari rebungnya"

Sedar akan hal tentang pendedahan generasi baru iaitu pelajar sekolah khususnya terhadap aspek kehidupan di luar sekolah amat penting dalam usaha melahirkan generasi berdaya saing dan memiliki jati diri kukuh dan utuh, Alam Flora Sdn. Bhd (Alam Flora) telah berjaya menganjurkan satu program Alam Flora Nature Camp 2016: The Wonder of Nature yang telah disertai disertai oleh 80 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak pekerja Alam Flora terpilih, yang berusia antara 11 hingga 17 tahun dari seluruh negeri Pahang, Putrajaya dan Kuala Lumpur bersempena cuti sekolah hujung tahun.


Dato’ Mohd Zain Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora berkata “Saya percaya pembudayaan tentang kebersihan dan amalan 3R ini perlu diterapkan kepada generasi muda kita ini kerana mereka lah yang bakal mewarisi alam ini di masa hadapan. Bermula dengan belajar mengenali dan menghormati alam sekitar, ianya secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah dan moral yang baik di dalam diri para peserta. ”


Alam Flora Nature Camp 2016: The Wonder of Nature


Acara hari pertama iaitu pada 28 November 2016, peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti AMAZING RACE di sekitar Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Aktiviti ni berlangsung dengan 4 checkpoint dengan pelbagai aktiviti yang disediakan mampu menguji daya saing dalam setiap peserta. Antara 4 checkpoint yang perlu diselesaikan oleh peserta setiap kumpulan adalah seperti berikut:
  1. Paddy Field
  2. At Butter Fruit Tree
  3. Viewing Deck
  4. Rubber Plot

Setiap pendedahan menerusi aktiviti yang disediakan sepanjang program sepanjang dua hari ini antaranya untuk meningkatkan kesedaran para peserta tentang kepentingan amalan membudayakan kebersihan khususnya konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle), ke arah kelestarian alam sekitar dan mengekalkan persekitaran yang lebih bersih dan sihat.

TANAMAN PADI

Aktiviti pertama mereka adalah di sawah padi, walaupun kawasan sawah padi di Taman Warisan Pertanian Putrajaya, ini tidak begitu besar seperti sawah padi yang sebenar ianya cukup untuk memberi info dan praktikal kepada para peserta mengenai bagaimana proses penanaman padi sehingga beras dihasilkan.


Memandangkan ramai diantara mereka baru pertama kali berhadapan dengan situasi ini, aktiviti di sawah ini telah menjadi satu aktiviti yang cukup menyeronokkan.


PROSES GETAH

Setelah selesai melakukan aktiviti di sawah padi, para peserta telah dibawa ke check point seterusnya iaitu untuk aktiviti di ladang getah. Aktiviti kali sangat best kerana mereka boleh belajar mengenai pemprosesan getah keping.


Apa yang membuatkan saya lebih kagum dengan Alam Flora Sdn. Bhd (Alam Flora) , mereka mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif  yang cukup supportive. Bukan hanya sekadar muncul ketika majlis perasmian, Dato’ Mohd Zain Hassan juga turut serta dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama-sama peserta.


  


TANAMAN HERBA

Selesai di ladang getah, para peserta dibawa untuk mengenali tanaman herba yang boleh memanfaatkan manusia. Bukan sekadar belajar mengenali herba-herba yang ada malah mereka juga diajar dan diberi peluang untuk menanam pokok-pokok herba ini.


Setiap peserta diberi kelengkapan menanam dan satu anak pokok herba untuk ditanam. banyak pokok-pokok herba telah diperkenalkan dalam aktiviti ini seperti pokok lidah buaya, pokok rama-rama pokok rama-rama yang dikatakan boleh merawat penyakit kanser dan banyak lagi.


SUKAN TRADISI


Selain dari melakukan dan mengenali aktiviti-aktiviti seperti di atas, para peserta juga turut didedahkan dengan aktiviti sukan kampung yang semakin dilupakan seperti lastik biji getah, boling kelapa dan kukur kelapa.

SKYWORRIOR


Selepas selesai melakukan aktiviti di Taman Warisan Pertanian Putrajaya, para peserta dibawa ke Presint 2 dimana terletaknya lokasi untuk aktiviti seterusnya iaitu "SkyWarrior Rainforest Challenge". Antara cabaran "Sky Warrior" yang telah dilakukan oleh para peserta adalah seperti:-
  1. Chelik Falls
  2. Ulu Sepat Clasp
  3. MArudi Clossing
  4. Kinabalu Ferrata
  5. Langkawi Walk
  6. Kinabatangan Swing
  7. Cameron Web
  8. Danum Valley



Aktiviti ini dilakukan adalah bertujuan untuk menguji mental dan ketahanan para peserta melalui halangan-halangan yang telah mereka lalui. Ini boleh memberi bekal semangat kepada mereka untuk lebih bersemangat dan yakin bila berada di luar nanti.

KRAF TISU

Aktiviti pada hari berikutnya iaitu bertarikh 29 November 2016, aktiviti telah diteruskan dengan aktiviti membuat kraf tisu. Setiap ahli kumpulan diajar dan dikendaki membuat kraf menggunakan tisu dan pewarna mengikut kretiviti sendiri. 


Kraf tisu ini menggunakan teknik "Tie-Dye Tissue". Kraf tisu yang telah siap, dipersembahkan kepada semua dan telah dinili untuk pemarkahan. Aktiviti ini bukan sahaja mendidik peserta untuk kretif melakukan sesuatu, malah ianya juga mengajar para peserta untuk pandai untuk melakukan "recycle".


Tugas terakhir para peserta ialah dengan mencipta War Cry kumpulan. War Cry yang telah mereka cipta dan persembahkan telah dinilai untuk pemberian markah.


Akhir sekali, majlis penyampaian hadiah, sijil dan penutupan telah disempurnakan oleh En. Azman Shawal selaku Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat Alam Flora.


Apa yang dilakukan oleh pihak Alam Flora ni sangat bagus dalam usaha memberi yang terbaik untuk memelihara bumi kita. Apa yang saya harapkan, program seperti ini harus dibuat lagi untuk melatih lebih ramai lagi golongan muda mecintai alam sekitar kita.


MENGENAI ALAM FLORA SDN BHD:



Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), adalah anak syarikat ahli Kumpulan DRB-HICOM yang ditubuhkan bertujuan untuk mengambil pendekatan baru yang lebih efektif ke arah mencapai matlamat Malaysia yang lebih bersih, indah dan sihat. Hasrat ini dilaksanakan menerusi penswastaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam berkuatkuasa pada 1 September 2011. Ia bertujuan untuk memodenkan pengurusan sisa pepejal di Malaysia serta meningkatkan kecekapan dan mutu pengurusan sisa pepejal daripada peringkat penjanaan sampah sehingga ke proses pelupusan sampah. Dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien kepada pelanggan-pelanggan, Alam Flora mengambil langkah menambah baik tenaga kerja, penggunaan lori-lori kompaktor berteknologi baru serta penyediaan tong-tong sampah yang mencukupi.

Dalam Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), Alam Flora tertakluk di bawah Perjanjian Konsesi selama 22 tahun untuk kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pembersihan awam. Kini, Alam Flora adalah di antara tiga buah syarikat yang diberikan konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negara ini. Alam Flora dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih perkhidmatan di kawasan Tengah dan Pantai Timur Semenanjung, meliputi seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang dan akan datang di Terengganu dan Kelantan.
Share:

7 comments:

  1. bagus aktiviti macam ni untuk generasi muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL TU, SEKURANG2NYA ADA USAHA. nak2 pula boleh isi masa cuti sekolah budak2

      Delete
  2. Aktiviti yang bagus untuk menerapkan tentang alam flora kepada generasi muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. semoga alam flora kita terus terjaga

      Delete
  3. Aktivity yang positif untuk generasi penerus.

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive