BARANGAN PRELOVED BERKUALITI DARI JALAN-JALAN JEPUN DI MALAYSIA



Jepun, sebuah negara yang cukup terkenal dengan budaya dan destinasi-destinasi menariknya. Bukan itu saya, mereka juga merupakan negara maju berpendapatan tinggi yang cukup disegani. Walaupun begitu mereka mempunyai masalah kekurangan ruang untuk menyimpan barang.

BARANGAN BERKUALITI PRELOVED


Oleh sebab yang demikian mereka hanya memilih barangan yang berkualiti, menjaganya dengan baik dan menghargai barangan yang digunakannya sendiri sehinggakan barangan yang telah digunakan tetap kelihatan seperti baru. Mereka percaya bahawa dunia luar merupakan tempat terbaik jika barangan kepunyaan mereka boleh disukai oleh orang lain di luar sana. Ini menyebabkan mereka menjual barang-barang mereka sebagai barangan 'Preloved'.

Jadi, berermula awal 90an Japan telah dilanda dengan satu fenomena baru yang tidak diketahui secara meluas oleh dunia luar. Pengasas trend ini adalah Bookoff Corporation dan ia telah berkembang lebih 800 cawangan di Japan dan luar negara. Apa yang lebih best, fenomena Japan ini juga telah sampai ke Malaysia iaitu Jalan Jalan Japan akan dibuka di One City Mall USJ bermula pada 18 November 2016 ini sebagai cawangan pertama mereka disini. 

KENAPA JALAN-JALAN?


Nama Jalan Jalan Japan dipilih bagi mengajak orang ramai datang ke kedai ini untuk berjalan-jalan dan merasai sendiri pengalaman berada di dalam kedai ini yang diberi sentuhan mood dan suasana di negara jepun. Jika ada barangan yang diminati, boleh terus membeli belah disini dengan harga yang lebih berpatutan.

Saya sendiri akui bahawa perkataan 'Jalan Jalan' itu sendiri merupakan perkataan yang cukup popular di kalangan masyarakat melayu kita. Ia lebih kepada pergi berjalan melihat-lihat atau mencuci mata ke tempat yang tidak dirancang. Boleh juga dikatakan aktiviti ini sebagai 'Window Shopping'. 

Di Malaysia, Jalan Jalan Japan merupakan syarikat usahasama antara Bookoff Corporation Limited, Koike Malaysia Sdn Bhd, Koike Corporation Limited dan Bok Marketing Sdn Bhd. Untuk pengetahuan semua, BOOKOFF merupakan salah satu kedai barangan terpakai 'preloved' yang terbesar di Jepun. Bermula Ogos 1991, lebih daripada 97% mengenali nama Bookoff ini dan lebih 100 juta orang telah menjalankan aktiviti menjual dan membeli disini sejak mereka mempunyai lebih 800 cawangan di Jepun dan luar negara.


Untuk pengetahuan korang, antara barangan yang korang boleh dapat di Bookoff adalah seperti CD, DVD, barangan video game, barangan kanak-kanak, barangan keperluan rumah, barangan sukan, alatan muzik, designer's bag dan jam tangan.

Jalan Jalan Japan di Malaysia


Mereka kini membentuk sebuah kedai 'preloved' terbesar di dunia. Di Malaysia pula, mereka lebih memfokuskan barangan 'preloved' seperti baju, kasut, bag tangan, mainan kanak-kanak, barangan keperluan rumah, barangan sukan, alat-alat muzik dan juga stroller bayi. Apa yang saya boleh katakan, kedai ini dilengkapi dengan ruang yang luas, bersih dan selesa


Lokasi:
Jalan Jalan Japan
Level 1A,
One City Mall,
USJ. 

Waktu Operasi:
10.00am – 10.00pm 

Untuk info lebih lanjut boleh rujuk : 

Facebook page:

Instagram: 

Post a Comment

3 Comments