travel, food and lifestyle blog

Friday, October 07, 2016

PESTA LELONG BUKU PUTRAJAYA 2016



Julung kalinya PESTA LELONG BUKU PUTRAJAYA 2016 yang merupakan pesta lelong buku bahasa melayu terbesar di malaysia bakal di anjurkan dari 21 hingga 30 oktober 2016 bertempat di Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3. Sinergi Ilmu Resources Sdn.Bhd dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya merupakan rakan kerjasama bagi Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016.


SIAPA KATA NILAI DUIT RM100.00 TU KECIK UNTUK BORONG BUKU?



PESTA LELONG BUKU PUTRAJAYA 2016 juga disasarkan kepada golongan wanita dan mereka-mereka yang mahu berjimat dalam membeli buku. Lebih 50,000 judul buku pelbagai genre bakal dilelong di PESTA LELONG BUKU PUTRAJAYA 2016 ini.

PESTA LELONG BUKU PUTRAJAYA 2016 ini bakal menampilkan 50 penerbit terkenal tanah air spt PTS publications , Telaga Biru , Must Read , Ana Muslim , Dubook Press , Institut terjemahan buku malaysia , penerbit jakim dan ramai lagi akan menawarkan harga runtuh serendah Rm 2 dan Rm 5 bagi sebuah buku dan Rm 1 utk majalah.

BUKAN SEKADAR BUKU MURAH!


Sebanyak 100 buah booth jualan ditawarkan dan pelbagai aktiviti-aktiviti serta pelbagai acara menarik seperti busking , ceramah , diskusi buku , pertandingan selfie , pertandingan mewarna dan juga sessi bersama artis terkenal seperti yatt hamzah dan heliza helmi.

Lokasi penganjuran yang memiliki kemudahan kawasan letak kereta yang luas, lokasi yang dikenali ramai, kedai makan dan berhampiran dengan Maybank yang dilengkapi dengan mesin ATM yang mencukupi.



CHECKLIST #PESTALELONGBUKU


✔Buku Murah RM1.00, RM2.00, RM5.00.
✔Lebih 50,000 judul buku pelbagai genre.
✔Pesta lelong buku Bahasa Melayu terbesar Malaysia. 
✔Pesta buku terbesar tanpa rak selama 10 hari.
✔Disertai lebih 50 penerbit terkenal.
✔Lokasi penganjuran yang memiliki kemudahan kawasan letak kereta yang luas, lokasi yang dikenali ramai, kedai makan dan berhampiran dengan Maybank yang dilengkapi dengan mesin ATM yang mencukupi.

Untuk maklumat lanjut pengunjung boleh melayari laman facebook (Pesta Lelong Buku Putrajaya), tweeter dan insta @pestalelongbuku atau sinergi ilmu untk mendapatkan maklumat lanjut atau menghubungi talian 019-3258285 (En. Jaini) atau 013-7007067 (Nurhaziemah).

Hashtag : #pestalelongbuku #dahtakdealasandah
Share:

2 comments:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive