Thursday, August 11, 2016

TAK POPULAR TAPI CANTIK | TEMPAT MENARIK DI MERSING JOHOR


WAJIB PERGITAK POPULAR TAPI CANTIK  | Amacam!!! menarik tak dengan tajuk entry saya pada kali ini? *Tentang apa? Sudah semestinya berkenaan dengan lokasi percutian menarik yang perlu saya kongsi dengan korang semua.

Jika sebelum ini Pulau Perhentian, Pulau Tioman, Pulau Redang & Pulau Pangkor adalah pulau-pulau yang biasa kita dengar dan ketahui tentang potensi perlancongannya khususnya di semenanjung Malaysia ni. *tapi tahukah korang, bahawa masih ada kepulaun lain yang setanding dengan pulau-pulau cantik di luar negara ada di semenanjung Malaysia.


Dulu pernah heboh di media sosial tentang kecantikan dan keindahan Pulau Rawa yang terletak di daerah Mersing Negeri Johor. Tapi apa yang peliknya, kenapa baru sekarang ianya diketahui umum, sedangkan ianya cukup berpotensi untuk menaik tarafkan industri pelancongan negeri tersebut sepertimana pulau-pulau yang telah popular di negeri-negeri lain.

KEPULAUAN MERSING JOHOR


Pada awalnya, saya sendiri sangka bahawa di Mersing hanya terdapat sebuah pulau yang di panggil Pulau Rawa. Tapi sebenarnya Mersing mempunyai banyak lagi pulau-pulau menarik selain Pulau Rawa. Jadi seeloknya ia di panggil sebagai KEPULAUAN MERSING. Iaitu kepulauan cantik yang tersembunyi di negeri Johor.



PULAU HARIMAU | Persinggahan pertama kami adalah di PULAU HARIMAU. Pulau ini cukup unik dengan tompokan seperti lumut atau bukit lalang yang sangat cantik dan renek. PULAU HARIMAU juga mempunyai gua pada paras laut yang menjadikan ia satu lagi alasan kenapa pulau inik unik dan cantik. *pulau ini tidak boleh sewenang-wenangnya diteroka kerana ia merupakan pulau persendirian.



PULAU GUAL | Pulau ini juga mempuanyai pintu gua di bahagian hadapan yang menembusi di belakang pulau. Dengar khabar. di dalam gua ini terdapat pasir putih yang sangat cantik dan halus. PULAU GUAL juga adalah antara private island yang tak dibuka kepada umum. Maksudnya, kita tak boleh nak stop untuk mandi-manda, snorkeling dan parking bot di pesisir pantai.Tapi korang boleh lalu dan menikmati keindahannya diatas bot.


PULAU MENSIRIP |  - Seperti pulau-pulau sebelum ini, PULAU MENSIRIP juga telah digazetkan sebagai pulau persendirian yang tidak boleh diteroka. Mempunyai gua dan pulau yang berbatu. 

Untuk pengetahuan korang, PULAU MENSIRIP ini telah menjadi lokasi diamana Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pernah merasmikan Taman Dasar Laut Sultan Iskandar iaitu pada April 2015. Apa yang bestnya, cerita lebih menarik bila saya diberitahu di dasar laut PULAU MENSIRIP inilah baginda sultan Johor telah menunjukkan kemahiran menyelam kira-kira 8 meter ke dasar laut dan meletakkan replika mahkota Johor. *menarik bukan?


PULAU HUJUNG | Pulau yang sesuai untuk snorkeling kerana kecantikan coral dan kejernihan airnya. Terdapat juga pantai terbiar di PULAU HUJUNG yang boleh dijadikan tempat bersantai selepas penat ber'snorkeling'. Walaupun terbiar namun kejernihan, kehalusan pasir pantai dan keindahannya terpelihara. Terdapat beberapa rumah kayu usang yang telah lama ditinggalkan dan dijadikan sebagai pitstop pengunjung apabila ke sini.



PULAU TENGAH | Juga sesuai untuk dijadikan tempat untuk snorkeling. Selepas ber’snorkeling’, singgah di salah satu pantai terbiar di PULAU TENGAH. Di sini tidak mempunyai pasir yang halus seperti PULAU HUJUNG, sebaliknya hanya berbatu-batu halus dan tajam. Namun bentuk geografinya yang unik menjadi satu tarikan kepada 'photo traveller'.



PULAU TENGAH ini juga sangat sesuai untuk korang lakukan aktiviti jungle walk untuk melihat keindahanflora dan fauna yang unik di sebuah pulau.



PULAU BESAR | Pulau ini mempunyai 2 buah resort yang sedia menjadi tempat untuk anda berteduh. Selain resort, di pulau ini juga ada terdapat perkampungan penduduk yang boleh diterokai. Mempunyai sebuah jeti yang cukup terjaga yang mana ianya sedia menerima kehadiran pengunggung bila-bila masa sahaja.


Tempat ini boleh dijadikan lokasi untuk korang snorkeling. Persekitaran Pulau Besar lebih terjaga dan lebih menarik kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pemilik-pemilik resort di sini. *walaupun tidak menginap disini, sempat juga kami pinjam toilet mereka untuk salin pakaian.



Selesai menjelajah di 5 pulau pulau yang ada di mersing ni kami pulang ke bandar Mersing sekitar jam 5 petang. Walaupun sehari, kami rasa cukup puas dengan memori yang kami bawa.

Bagi sesiapa yang inginkan percutian di pulau pulau Mersing boleh lah contact Oh Jalan kerana Oh Jalan menawarkan pakej pakej yang menarik untuk ke pulau pulau ini dengan harga yang begitu menawan sekali.

PAKEJ EKSPLORASI KEPULAUAN MERSING OLEH OH JALAN


Destinasi:
Pulau Harimau, Pulau Mensirip, Pulau Gual, Pulau Hujung, Pulau Tengah, & Pulau Besar.

Moh sertai kami pada tarikh-tarikh eksklusif berjadual di bawah, khas oleh OH JALAN

Saguhati istimewa menanti anda pada tarikh-tarikh seperti berikut:

6 Aug, 27 Aug, 3 Sept, 24 Sept, 8 Oct, 22 Oct, 5 Nov & 26 Nov.

ATAU

Tarikh pilihan anda sendiri jika 'group' anda bersaiz antara 8-11 orang.


Tempah percutian anda sekarang hingga 5 Ogos 2016 untuk Harga Promosi Istimewa!!!


Pakej A [Day Trip]
RM188 RM168 / dewasa
RM138 RM118 / kanak-kanak (3-12 tahun)
Pakej termasuk:

Travel coordinator dari Oh Jalan
1 hari trip 'island-hopping' ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
Bot 'chartered' khas 
1 sarapan pagi
1 makan tengahari
Set snorkeling

Pakej B [2H1M]
RM248 RM228 / dewasa
RM178 RM158 / kanak-kanak (3-12 tahun)

Pakej termasuk:

Travel coordinator dari Oh Jalan
1 hari trip 'island-hopping' ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
Bot 'chartered' khas 
1 sarapan pagi
1 makan tengahari
Set snorkeling
1 malam penginapan di hotel sekitar Mersing

MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI:


Team Oh Jalan
Tel: 016-772 4594


PENAJA TRIP

Jutaan terima kasih kepada penaja-penaja seperti berikut:


PENAJA HOTEL:
HOTEL BLUEWATER, MERSING
38, Tingkat 1 & 2, Jalan Jeti,
Bandar Tepian Sungai,
86800 Mersing, Johor.
Tel: 07-799 5535


PENAJA MAKANAN:
RESTORAN TEPIAN BENDANG, AIR PAPAN
Jalan Kampung Air Papan,
86800 Mersing, Johor
Tel: 019-7736655 / 019-7290001
Waktu operasi: 11 pagi - 11 malam


PENAJA PENGANGKUTAN:
KLEZCAR MALAYSIA (HQ)
Suites A-9-1, Northpoint Office, Tower A,
Mid Valley City, Medan Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 1-300-88-4040


PENAJA PAKAIAN:
PRINT D TEE STUDIO
K-13550, Tingkat 1, Desa Solehah,
Kampung Mak Chili Paya, Chukai,
24000 Kemaman, Terengganu.
Tel: 014-514 1022
Facebook: http://facebook.com/PrintDteeStudio/
E-mel: printdtee@gmail.com
Waktu operasi: 9 pagi - 6 petang (Ahad-Khamis)

6 comments:

  1. OMG! Nampak untouched sangat. Bestttt nya uols!

    ReplyDelete
  2. menarik2... kawan dok sni. sll dia ajk dl.

    ReplyDelete
  3. subhanallah, memang cantiklah tempatnya

    ReplyDelete
  4. Menarik juga dan cantik. Lagi bagus kurang popular supaya kurang pencemaran. Tak ramai orang lagi best :D

    ReplyDelete

Created By Sora Templates