PENCARIAN WAJAH JAMEELA | JAMEELA STREET SACC MALL SHAH ALAM


PENCARIAN WAJAH JAMEELA | JAMEELA STREET SACC MALL SHAH ALAM | Pada hari sabtu lepas iaitu 4 Jun 2016 telah berlangsung saringan pertama "Pencarian Wajah Jameela" bersempena pembukaan Jameela Street Vendor di SACC Mall Shah Alam. Hadiah utama yang bakal dibawa pulang oleh pemenang "Pencarian Wajah Jameela"  ini dikatakan bernilai RM10,000 dan pemenang juga akan memenangi pakej percutian ke Krabi, Thailand. *wah..wah memang sakan la ek.





Seramai 29 orang peserta dari pelbagai latarbelakang telah menyertai pertandingan ini dan 12 orang dari mereka telah terpilih untuk ke peringkat akhir.


Berikut merupakan 12 peserta Wajah Jameela yang melepasi saringan pertama. *tahniah saya ucapkan.

Apapon jom kita tonton video yang telah disediakan oleh pihak penganjur ketika berlangsungnya saringan pertama "Pencarian Wajah Jameela" tempoh hari.


Pasti ramai diantara korang tertanya-tanya, *Apa itu Jameela Street ? Jameela Street ini merupakan vendor-vendor exclusive yang telah diwujudkan untuk memberi peluang kepada 26 butik peniaga-peniaga melayu yang mempunyai perniagaan baju khususnya untuk berniaga di bawah satu bumbung iaitu di tingkat 2 dan 3 di SACC Mall Shah Alam . Jameela bermaksud kecantikkan. So ada yang jual baju, tudung, jubah, barang-barang kecantikan untuk lelaki dan perempuan dan bakal menyusul vendor khas untuk komestik. Jadi SACC Mall Shah Alam akan lebih meriah dengan pelbagai pilihan produk kecantikan khususnya.

Jangan lupa ikuti perkembangan Jameela Street di :

Facebook : Jameela Street 
Instagram : @jameelastreet

Kredit Foto dikbee

Post a Comment

0 Comments