Friday, April 08, 2016

BUFFET RAMADHAN PALACE OF THE GOLDEN HORSES 2016


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca. Sedar tak sedar Bulan Ramadhan bakal tiba tak lama lagi. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam, bulan yang penuh dengan keberkatan.


Untuk pengetahuan korang, Palace of the Golden Horses telah melancarkan promosi istimewa buffet buka puasa di Carousel International Coffeehouse. Buffet berbuka puasa pada tahun 2016 ini bertemakan “Selera Malaysia” iaitu inspirasi menu dari 14 buah negeri di dalam Malaysia yang mana ianya pasti menjanjikan sesuatu yang istimewa buat pengunjung.


Buffet ramadhan yang dibuat di Carousel International Coffeehouse ini ada menyediakan pelbagai menu yang menarik seperti serunding ayam, pecal kampung, kerabu udang celon, paru goreng berlada, kerabu kaki ayam, ikan masin goreng, pais udang dan beraneka ulam-ulaman.




Bagi menu utama pula mereka ada menyediakan nasi bukhari, nasi minyak, udang goreng kampung, gulai tulang rawan nangka muda, sambal sotong berpetai, pajeri nanas, ketam masak cili bertelur, aneka sate, dan Pit-Roasted whole lamb yang sentiasa menjadi tumpuan untuk buffet ramadhan.


Sebagai pemanis pula ada bermacam-macam jenis seperti lai chi kang, serawa pisang bersago, bubur kacang merah, sago gula melaka, aiskrim pelbagai perisa, kurma dan buah-buahan tempatan. Bubuk lambuk juga ada sebagai signature kepada bulan ramadhan.


Untuk korang yang berminat dan ada di sekitar ini, jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa di hotel mewah Palace of the Golden Horses ini dengan promosi tempahan awal sekarang ini iaitu EARLY BIRD yang telah bermula pada bulan Mac 2016 lalu di mana semua tempahan yang lengkap dibayar akan mendapat potongan sebanyak 25%. Bagi mereka yang membuat tempahan bayaran penuh pada April dan Mei pula akan mendapat diskaun 20% dan 15%. *jadi apa korang tunggu lagi


Bagi yang terlambat, promosi bulan June 2016 pula, mereka menawarkan promosi 9+1 deal, di mana dengan pembelian 9 tiket berbuka puasa, korang akan dapat 1 seat secara percuma. Kelebihan bukan hanya sampai disitu sahaja, bagi kakitangan kerajaan Malaysia dan pemegang kad kredit CIMB terpilih pula, mereka layak untuk mendapat diskaun sebanyak 20% dan 25%. Harga normal Buffet Ramadhan yang ditawarkan adalah RM138 untuk dewasa dan RM69 untuk kanak-kanak dan warga emas.


Rebut peluang untuk dapatkan diskaun dengan Mines Privileges Card di mana ia menawarkan diskaun 20% untuk dewasa.


Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-8946 4888 ataupun email je ke fnbreservation@pgh.mines.com.my


Carousel International Coffeehouse
Palace of the Golden Horses Hotel,
Mines Resort City
Seri Kembangan, 43300, Selangor
Tel : 60 3 8946 4888

3 comments:

  1. Replies
    1. kena p try lah kalau macam tu ahaks

      Delete
  2. Nice... terliur tgk kambing tu... sincerely Lan curiostraveller.com

    ReplyDelete

Created By Sora Templates