travel, food and lifestyle blog

Saturday, March 19, 2016

OUTLET KE-100 SUSHI KING DI AEON MALL SHAH ALAM


Agak jauh juga kalau nak dikirakan perjalanan kami dari Kajang ke Shah Alam, tetapi oleh kerana lunch nanti ada Sushi yang unlimited untuk dimakan saya gagahkan juga.*sangat gigih disitu ahahaha.

*amboih Sushi King ada buat open house ke? Bukan open house, tapi jemputan ini adalah sempena perasmian outlet ke-100 Sushi King di AEON MALL Shah Alam. Pengasas Sushi King dan Pengarah Urusan Texchem Resources Berhad, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Fumihiko Konishi juga hadir dan melahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh Sushi King. *tahniah saya ucapkan.


Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Fumihiko Konishi berucap dalam majlis perasmian tersebut, Sushi King menawarkan hidangan Jepun yang berkualiti dengan bahan-bahan yang diimport terus dari Jepun, Norway dan sebagainya. Dengan slogan “Smiling, Served Fresh”, Sushi King dapat memikat pelanggan-pelanggan untuk menjadi rantaian restoran jepun kesukaan ramai di Malaysia.”


Sebagai salah satu rantaian restoran makanan Jepun terbesar di Malaysia dan telah beroperasi lebih dari 20 tahun, pembukaan outlet terbaru ini satu pencapaian terbesar bagi Sushi King.


Ha ada berita baik nampaknya dari Sushi King ni.*Apa dia? Untuk pengetahuan korang, Sushi King dalam proses memohon status Halal daripada JAKIM pada 7 Mac yang lepas dan berkemungkinan akan dapat status Halal tu pada bulan Jun atau Julai 2016.

Dear valued customers, we’re pleased to inform that Sushi King has submitted application for Halal certification to JAKIM on 7 March 2016.
Posted by Sushi King on Thursday, March 17, 2016

Berikut merupakan antara menu popular yang korang boleh dapat di mana-mana outlet Sushi King di seluruh Malaysia.


Dibawah ni pula antara menu yang mana ianya hanya ada di outlet Sushi King di AEON Mall Shah Alam sahaja.





Mochi Durian dan Mochi Pandan


Mochi Durian

Sushi King Aeon Shah Alam

Lot 606, First Floor, Aeon Shah Alam,
No. 1, Jalan Aquatik 13/64,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Share:

5 comments:

  1. Bestnyaaaa unlimited sushi. Iday dapat invitation, tapi kerja, kalau tak memang seeonok makan sushi. Heheeheh

    ReplyDelete
  2. Sushi is always my favourite. Lepas ni tak perlu pergi jauh jauh dah. Nice one!

    ReplyDelete
  3. Amboi menyelerakan je semuanya. Tekak ini terasa macam tak puas je makan sushi tempoh hari.

    ReplyDelete
  4. Wuuuuu.. Sedapnya sushi
    Lama dah tak gi makan kat sushi king
    Cambest je tengok. Yummeh

    ReplyDelete
  5. puas hati dapat makan sushi banyak - banyak :D

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive