Kajang memang cukup popular dengan Sate, yang mana ianya telah diiktiraf sebagai salah satu dari jenis makanan warisan di negeri SelangorTapi, tahukah korang bahawa di Kajang mempunyai sebuah Galeri Sate ?. Walaupun sudah berapa tahun duduk di kajang, MY sendiri tak pernah tahu akan kewujudan Galeri Sate Kajang. Ianya terletak bersebelahan dengan medan sate lama yang mana tidak jauh dari Medan Sate Haji Samuri


Sempena program Eat Travel Write anjuran Gaya Travel yang lepas, MY dan rakan media berkesempatan untuk datang ke Galeri Sate Kajang dan mempelajari mengenai sejarah sate di negara kita.

"Sate (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.
Sate dicipta oleh para pedagang jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad 19."


Di sini korang akan dapat mengetahui secara lebih mendalam bagaimana sejarah sate di negara kita mula berkembang dari tahun ke tahun. Galeri Sate Kajang beroperasi setiap hari Sabtu hingga Khamis dari 11 pagi hingga 8 malam. Waktu rehat pada 3 petang hingga 4 petang. Setiap hari jumaat Galeri Sate Kajang akan tutup. Masuk adalah PERCUMA!