travel, food and lifestyle blog

Thursday, December 17, 2015

KADAR HARGA BARU TAMBANG ERL, KTM ,LRT DAN MONORAIL


Berat mata memandang, berat lagi bahu ni yang nak memikulnya. Bagi pengguna kenderaan sendiri dah terbiasa dengan permainan turun naik harga minyak, ditambah lagi dengan kenaikan harga tol yang agak terasa keterlaluannya. Kini tibalah masa untuk rakyat yang setia menggunakan perkhidmatan awam yang katanya sangat efektif tu. *efektif sangat lulz.

Kenaikan harga baru bagi perkhidmatan KTM Komuter sudah mula dilaksanakan bermula 2 Disember 2015 yang lepas. Dengan kenaikan harga tambang yang rasanya memang sangat ketara getaran dijiwa ni diharap perkhidmatannya pun harus dipertingkatkan jugalah.

Sumber : Facebook
Bermula 1 Januari 2016 ni pula kadar tambang ERL pula bakal dinaikkan. Bukan RM5, bukan RM 10, tapi sehingga RM20 untuk KLIA Ekspress KL Sentral ke KLIA / KLIA 2. *banyak tu weh. Kalau dulu ERL ni memang akan jadi pilihan utama kalau MY nak ke KLIA/KLIA2, tapi sekarang memang fikir banyak kali jugak la. Nampak gaya kalau nak ke oversea untuk travel, memang kena pastikan kita betol-betol kaya dulu haha. Mana taknya, belum keluar negara dah banyak duit kena keluar semata-mata atas public transport. Silap-silap tiket kapal terbang korang lagi murah dari naik ERL ni.

Memandangkan ekonomi negara makin merusut. Pandai-pandailah kita berjimat dan selalulah berdoa supaya ALLAH SWT kurniakan pemimpin negara yang baru buat MALAYSIA yang lebih baik, lebih bertanggungjawab dan mampu memajukan negara kita.
Share:

5 comments:

  1. menangis kat bucu katil bila baca..dah la hari hari guna public transport..budget dah lari banyak sebab kenaikan nih..huwaaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe. pasni enth apa plak diorg nak naikkan

      Delete
  2. kesian orang duk kat kl guna public transport..tambang cepat naik,gaji duk takat tu je..hurmmm

    ReplyDelete
  3. Hurmmm.. kos sara hidup sgt tibggi di kuala lumpur.. tp gaji xpernah naik mcm harga brg dok naik.. 😔

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive