TARIKAN DI PUTRAJAYA

TARIKAN DI PUTRAJAYA | Bermula dari sebuah ladang getah atau kampung terpencil yang mana asalnya dengan nama Prang Besar. Nama tersebut diakatakan berasal dari nama seorang ketua kampung (orang asli) yang sanggup berperang dengan angkatan bintang tiga yang mahu merampas tanah orang asli bagi membina sebuah kem. Tapi, rampasan itu tidak berjaya kerana hebatnya ilmu yang ada pada tok batin tersebut. Maka, begitulah serba sedikit mengenai asal usul dimana sebelum bertukarnya nama tempat tersebut. Putrajaya adalah dari singkatan 'Putra' dimana ianya dipilih sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nama ini telah ditambah dengan perkataan 'jaya' yang bermaksud 'kecemerlangan'. Maka terjadilah Putrajaya yang anda ketahui sekarang._info Google.

Kini Putrajaya telah menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan baru yang selama ini terletak di Kuala Lumpur yang sangat sesak dan pesat pada ketika itu. Ini juga merupakan salah satu faktor perpindahannya untuk mengurangkan kesibukan di Kuala Lumpur. Selari dengan pembagunan ini, banyak tempat menarik telah diwujudkan untuk kemudahan penduduk setempat dan sekitarnya.

Semasa Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia anjuran Majalah Gaya Travel yang lepas, MY sempat berkunjung di beberapa tempat menarik di Putrajaya. Antaranya ialah :




MASJID PUTRA | Untuk pengetahuan korang, Masjid Putra ini juga dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. 

Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Kawasan masjid bermula masuknya di Pintu Utama sehinggalah ke dalam kawasan masjid. Manakala Dataran Putra dan Souq tidak berada dalam lingkungan kawasan masjid. Arkitek yang membina masjid ini iaitu Y. Bhg. Dato’ Dr. Nik Mohamad Bin Mahmood dari Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu.

WEBSITE

________________________________


TAMAN WARISAN PERTANIAN | Taman Warisan Pertanian ini terletak di Presint 16, Putrajaya. Ia menekankan kepada latar belakang pertanian Malaysia dengan nilai komersial. Pelawat yang datang kesini boleh merasa sendiri buah-buahan segar dan melihat pelbagai aktiviti pertanian seperti menoreh getah, mengumpul getah, penjagaan tanaman, pemeliharaan buah-buahan dan banyak lagi.

Antara tarikan di sini termasuk kompleks pelawat, dusun, laluan herba dan rempah, petak getah klon dan banyak lagi.

WEBSITE

________________________________


TAMAN CABARAN | Tempat ini sangat sesuai bagi mereka yang sukakan pada cabaran. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan khas untuk pegunjungnya. Antaranya ialah:

*Extreme Sport Facilities(Climbing Sport)
* Extreme Sport Facilities(Sliding Sport)
* Extreme Bike Route
* Thrill Park

WEBSITE

________________________________


foto @Hanifzman


TAMAN WETLANDWetland Putrajaya  merupakan taman wetland buatan manusia pertama di Malaysia. Taman Wetland terdiri daripada Taman Wetland (138 hektar) dan kawasan sekitar wetland (1977 hektar).


Taman Wetland mempunyai menara pemerhati setinggi 18 meter, nurseri tanaman, denai semula jadi, kolam flamingo, kawasan berkelah serta tarikan menarik yang lain. Pelawat juga boleh mendapatkan maklumat di pusat pemuliharaan wetland dan kepentingannya kepada ekosistem di Putrajaya.

WEBSITE

________________________________


SKYRIDES FESTIVALS PARK | Skyrides Perayaan Park adalah Taman Tema Belon Helium pertama dan terbesar di Malaysia. Skyrides ballon ini membolehkan anda untuk menikmati pemandangan 360 darjah di sekitar Putrajaya dari aras 150 meter.


Antara tarikan lain yang ada di sini ialah :

- SkyWarriors Rainforest Challenge ; permainan untuk menguji kekuatan dan ketahanan diri.
- SkyKids ; taman permainan utama untuk kanak-kanak dan golongan muda.
- SkyGallery ; terdiri daripada koleksi yang hebat untuk memperingati memori anda.
- SkyDemo ; dimana anda boleh belajar bagaimana untuk membuat kraftangan sendiri.
- SkyTaste ; makanan ringan yang lazat untuk semua peringkat usia.

Masa beroperasi:

Isnin – Khamis: 10:00 AM hingga 10:00 PM

Jumaat – Sabtu: 10:00 Am hingga 12:00 AM (midnight)

Ahad: 10:00 AM hingga 11:00 PM

HARGA TIKET:

Masuk ke Skyrides Festivals Park adalah PERCUMA . Hanya ride dan makanan sahaja berbayar.

– Skyrides Balloon:
MyKad – Adult RM38, Kid RM30.
Non-MyKad – Adults RM68, Kid RM60.

– Skywarrior Rainforest Challenge:
RM10 with unlimited tries.

– Skykids:
RM10 per child



Selain dari tempat dan lokasi yang MY nyatakan di atas, ada banyak lagi tempat menarik untuk korang lawati jika ke Putrajaya.

Post a Comment

4 Comments

  1. aku dah baca. tp malas komen. pastu baca caption atas ni, dah baca jemput la komen. jadi aku terpaksa komen jgk lah nampaknya. hohoho

    ReplyDelete
  2. yg skyrides tu je tak penah masuk lagi heheheh

    ReplyDelete