travel, food and lifestyle blog

Monday, November 16, 2015

SAWASDEE KRUB MEETS APA KHABAR | MALAYSIA WONDERS CAMPAIGN

SAWASDEE KRUB MEETS APA KHABAR | MALAYSIA WONDERS | Seeties bersama dengan Tourism Malaysia Thailand telah menjalankan satu kempen iaitu Malaysia Wonders yang mana ianya melibat kan 9 orang blogger dari Thailand menjelajah 3 negeri di Malaysia iaitu Penang, Perak dan Kuala Lumpur.

Pada 12 November 2015 (Khamis), satu pasukan yang terdiri daripada 9 Top Thai Bloggers akan berjumpa 9 Bloggers Malaysia bagi memulakan Wonders Campaign Challenge di Kuala Lumpur. Kedua-dua pasukan Malaysia dan Thailand akan menjalani satu siri yang menyeronokkan, budaya dan cabaran tumpuan untuk pelancong. Kami telah diberi tanggungjawab menjadi "Ambassadeur extraordinaire" bagi Malaysia dan terlibat dalam pertukaran sosial dan budaya mereka.


Mereka dikatakan perlu menyelesaikan 9 misi berkaitan, MY juga telah terlibat bersama 8 blogger Malaysia lain untuk membantu mereka dalam menyelesaikan beberapa cabaran di Kuala Lumpur. Cabaran yang perlu kami tempuhi adalah di sekitar Petaling Street dan Hotel Grand Millennium yang mana ianya juga telah menjadi penaja penginapan kami di Kuala Lumpur.


Kami telah berkumpul di Einstein Cafe yang terletak di Jalan Sultan yang mana ianya berada berdekatan dengan Petaling Street. Taklimat cabaran dan pembahagian kumpulan di lakukan sejurus selepas tetamu kami iaitu 9 blogger dari Thailand sampai.


Selepas semuanya selesai, cabaran dimulakan dengan mencari spot makanan berpandukan dari seeties apps collection. Kami perlu ke Petaling Street untuk mencari 5 jenis makanan popular dan membeli cenderahati bericonkan Malaysia . Cabaran ini menjadi lebih susah apabila 2 cabaran tersebut hanya diberi RM30 untuk berbelanja. Kumpulan yang paling banyak membawa balik cenderahati, mereka akan menang.


FATTY UNCLE EAT TRAVEL merupakan partner MY untuk menyelesaikan cabaran di Kuala Lumpur. Korang boleh singgah blog beliau di www.fattyuncleeattravel.com. Nasib tidak meyebelahi kumpulan kami. Kami tewas dalam cabaran yang diberikan.


Selepas selesai semuanya, kami telah dibawa ke Grand Millennium Hotel untuk sidang media dan cabaran seterusnya.


Selepas sidang media berlangsung, kami diminta untuk bersiap sedia untuk cabaran terakhir kami iaitu cabaran membuat teh tarik dan mocktail.




Selesai cabaran ini, kami diberi peluang untuk balik ke bilik untuk membuat persiapan majlis makan malam.



Majlis makan malam kami telah berlangsung di Serai @ Pavillion. Disini kami diberi peluang terakhir untuk beramah mesra bersama blogger yang ada terutama mereka dari Thailand.




Terima kasih kepada Seeties dan Tourism Malaysia Thailand kerana menjemput saya. Semoga kita boleh bekerjasama lagi di lain masa. Kepada semua pembaca, jangan lupa untuk download aplikasi Seeties di telefon pintar korang. Nanti jangan lupa rujuk kempen ni di seeties.me/malaysiawonders .


Share:

4 comments:

  1. I see a lot of good opportunities there. Best gila dapat mingle around with Thai bloggers! Lucky

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive